Sarkas, Sarkas Moden Terbesar Di Asia Tenggara, Kini Kembali, Dengan Aksi Yang lebih Hebat, Crè Arts Asia, Kuala Lumpur Performing Art Centre

Crè Arts Asia 2018 Kini Kembali Dengan Aksi Yang lebih Hebat

Buat peminat-peminat sarkas dan yang tak pernah tengok sarkas tapi teringin nak tengok, jangan lupa untuk menyaksikan acara Crè Arts Asia iaitu sarkas yang terbesar di Asia Tenggara, yang akan dipersembahkan di Kuala Lumpur Performing Art Centre.

Bercerita pasal sarkas, teringat zaman saya kecil-kecil dulu, selalu juga tengok rancangan sarkas di kaca tv. Masa tu kalau ada rancangan sarkas, mesti cepat-cepat duduk depan tv sebab nak tengok aksi haiwan dan juga badut membuat persembahan. Masa kecil-kecil dulu suka lah tengok sebab ada haiwan cerdik, tapi bila dah besar ni rasa tak sanggup pula nak tengok haiwan dipergunakan.

Tapi sarkas kali ini dipersembahkan tanpa binatang atau badut tapi kita tetap terhibur dan kagum dengan kehebatan persembahan meniru graviti yang cukup berwarna warni serta pretasi yang cukup hebat dari pergerakkan tubuh manusia yang cukup luarbiasa mencabar seperti elemen udara, air, bumi dan api!

Anda hanya perlu menetapkan imaginasi anda ke dunia fantasi yang dipersembahkan dan bersiap sedialah untuk menikmati banyak aksi-aksi menentang graviti yang dipersembahkan oleh mereka yang cukup berpengalaman.

Crè Arts Asia 2018

Sarkas, Sarkas Moden Terbesar Di Asia Tenggara, Kini Kembali, Dengan Aksi Yang lebih Hebat, Crè Arts Asia, Kuala Lumpur Performing Art Centre

Crè Arts Asia adalah terdiri dari peneraju seni persembahan terkemuka di Malaysia iaitu Viva Circus dengan kerjasama bersama Psycusix yang mengetuai kumpulan seni persembahan sarkas moden dan kontemporari.

Dihasilkan bersama Chris Lo (Pengarah pengeluaran & Acara), Yiki Chin (Show Producer), yang dikelilingi oleh mereka-mereka dalam industri seperti Nana Liew (Pengarah Kreatif) dan Afique Khaikal (Choreographer Art Flow) dan Samantha Yee .

Sarkas, Sarkas Moden Terbesar Di Asia Tenggara, Kini Kembali, Dengan Aksi Yang lebih Hebat, Crè Arts Asia, Kuala Lumpur Performing Art Centre

Dari Kiri : Chris Lo (Production Director, Event Director) , Yiki Chan (Producer, Marketing Manager) , Aifique Khaikal ( Creative Director, Flow Arts Choreographer) dan Nana Liew (Creative Director, Dance Choreographer)

Viva Circus yang menjadi perintis dalam industri kecergasan tarian, adalah yang pertama untuk latihan Viva Vertical (Pole Dance), Flyoga, Workout Bungee, Seni Aerial dan Circus di Malaysia. Dengan banyaknya studio tertubuh di Lembah Klang, Viva Circus merupakan nama yang cukup gah jika anda mencari sesuatu aksi yang menentang graviti.

Psycusix adalah kumpulan peneraju sarkas moden dan kontemporari Malaysia, mereka adalah kumpulan yang sangat fleksible, berpengalaman dan unik yang menyampaikan nilai estetik tinggi.

Mereka membawa bersama mereka unsur-unsur api, cahaya, juggling, akrobatik dan tarian bersama diatas pentas untuk persembahan dengan hasil seni dan teknik-teknik pergerakkan yang pasti membuatkan anda tidak akan lupa setiap detik persembahan yang dibuat.

Sarkas Moden Terbesar Di Asia Tenggara Kini Kembali Dengan Aksi Yang lebih Hebat

Sarkas, Sarkas Moden Terbesar Di Asia Tenggara, Kini Kembali, Dengan Aksi Yang lebih Hebat, Crè Arts Asia, Kuala Lumpur Performing Art Centre

Pertunjukan tahun ini oleh Crè Arts Asia sangat istimewa dari tahun lepas dengan banyak pergerakkan baru dan perubahan dalam aliran koreografi, dengan jalan cerita yang pasti membuatkan anda terpaku pada tempat duduk anda. Jarang ada persembahan yang mempunyai jalan cerita dari awal hingga ke akhirnya. Kiranya macam persembahan teater yang mempunyai jalan cerita.

Crè Arts Asia merupakan pertunjukan sarkas moden yang sesuai untuk semua peringkat umur dan lapisan masyarakat, tak kira yang muda dan berumur pasti terhibur dengan persembahan mereka ini.

Sarkas, Sarkas Moden Terbesar Di Asia Tenggara, Kini Kembali, Dengan Aksi Yang lebih Hebat, Crè Arts Asia, Kuala Lumpur Performing Art Centre

Diadakan di KLPAC dari 30 November hingga 2 Disember 2018, tiket akan disediakan secara dalam talian di RedTix airasiaredtix.com bermula 15 Oktober 2018. Mulai dari RM118, RM158 dan RM198 bergantung kepada jenis tempat duduk.

Berita baik untuk kanak-kanak dan warga emas, mereka berhak mendapat pengurangan harga bagi tempahan kumpulan. Tidak lupa pemegang Kad Debit dan Kredit Hong Leong Bank (HLB), diskaun 10% daripada harga tiket biasa akan dikenakan. Sekurang-kurangnya 15% jika anda mempunyai kad kredit GSC HLB!

Cuti sekolah pun dah makin dekat, pasti sarkas ini akan menjadi perbualan hebat dikalangan ibu bapa serta anak-anak yang ingin berhibur menyaksikan persembahan yang unik ini. Untuk dapatkan info lanjut, boleh layari :

WEBSITE | FACEBOOK