Cabar Diri Untuk Gaya Hidup Sihat Dengan Sertai Coway Run 2017

Cabar Diri Untuk Gaya Hidup Sihat Dengan Sertai Coway Run 2017

Masa sekolah dulu memang saya selalu jugak masuk pertandingan larian, tapi bila dah besar panjang ni memang tak pernah nak join mana-mana larian pun, apatah lagi nak lakukan senaman. Tapi bila dah masuk pertengahan umur ni, terfikir pulak kenapa lah saya tak amalkan gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan saya.

Ketika hadiri sidang media Coway Run 2017, timbul semangat untuk menjaga kesihatan dan bila melihat rakan-rakan bersemangat untuk sertai larian yang akan diadakan, saya pun turut bersemangat sama untuk sertai larian tersebut..hehehe.

Coway Run 2017, Gaya Hidup Sihat Dengan Coway Run 2017, Larian Coway 2017, Register Online Coway Run 2017, Sertai Coway Run 2017

Coway Run 2017

Buat pertama kalinya Coway (M) Sdn Bhd akan menganjurkan Coway Run 2017 , acara ini akan berlangsung pada 7 Mei 2017 dan bertempat di Starling Mall, Damansara Uptown.

Coway Run 2017, Gaya Hidup Sihat Dengan Coway Run 2017, Larian Coway 2017, Register Online Coway Run 2017, Sertai Coway Run 2017

Tujuan larian diadakan adalah untuk memberi galakkan kepada masyarakat agar sama-sama menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan dalam masa yang sama memberi inspirasi kepada orang ramai untuk turut serta dalam menjalani budaya kekal sihat dan cergas.

Coway Run 2017, Gaya Hidup Sihat Dengan Coway Run 2017, Larian Coway 2017, Register Online Coway Run 2017, Sertai Coway Run 2017

Semasa majlis pelancaran di adakan, Mr Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway turut menekankan :

Coway Run 2017 bertujuan untuk menjadi medium kepada rakyat Malaysia untuk keluar dari zon selesa dan berani untuk melakukan langkah pertama yang lebih baik serta kihudupan yang lebih sihat.

Beliau juga turut menegaskan bahawa larian ini bukanlah soal untuk memenangi tempat pertama tetapi semangat keberanian untuk mengharungi kesusahan dan kebimbangan serta merubah diri kearah lebih kuat dan yakin dalam menghadapi kesusahan.

Larian Coway 2017 Untuk Gaya Hidup Sihat

Coway Run 2017 terdiri daripada 5KM dan 10KM sekitar kawasan Starling Mall dengan 4 kategori lelaki dan wanita veteran, dan lelaki dan wanita terbuka (untuk peringkat umur 18 tahun keatas).

  • terbuka Lelaki (18-39 tahun)
  • Wanita Open (18-34 tahun)
  • lelaki Veteran (40 tahun keatas)
  • Wanita Veteran (35 tahun keatas)
  • Fun Run (18 tahun keatas)

Yang bestnya anda akan dapat berlari bersama-sama dengan model kecergasan terkenal iaitu Jordan Yeoh dan bekas Miss Universe Malaysia Carey Ng yang akan turut sama dalam larian ini. Kehadiran mereka ini adalah untuk memberi sokongan dan semangat kepada peserta menamatkan larian hingga ke garisan penamat.

Coway yang terkenal dengan “Ultimate Water specialist“, akan memastikan para peserta tidak akan alami dihidrasi ketika larian, maka mereka akan menyediakan 3 bekas air (water purifiers) di setiap 3 stesen air dengan air yang terbaik dari “The Water Specialist“.

Adakah anda sudah bersedia cabar diri untuk gaya hidup sihat dengan sertai Coway Run 2017 ini? Jika ya, jom sama-sama kita sertai larian ini dengan daftar segera di http://www.myraceonline.com/

Untuk info lanjut boleh layari facebook