court syariahAssalamualaikum….Berdetap detup jantung tika ni . Walau pun dah biasa naik turun tangga mahkamah syariah tapi hati ini masih takut dan perasaan sentiasa berdebar.

Besok pagi-pagi dan entah keberapa kali lagi aku kena pergi ke Mahkamah Syariah. Tak boleh tidur aku memikir apalah pulak yang bakal terjadi besok di Mahkamah Syariah nanti. Dihati dibibir sentiasa berdoa agar kejayaan menyebelahi aku.

Besok lawyer aku akan membuat bantahan keatas kes yang telah difailkan oleh pihak bakal ex aku iaitu berpindah Mahkamah. Tengok lah macam mana perkembangan perjalanan kes aku nanti, samaada hakim akan terima pakai apa yang akan  lawyer aku kemukan nanti, aku berserah sahaja, kalau lawyer aku yang baru ni pandai berhujan , berkemungkinan kes aku ini boleh berjaya tapi kalau sebaliknya…entahlah, aku pun dah serabut memikir macam-macam kemungkinan bakal berlaku besok.

Apa-apa pun, insaallah ku akan updatekan perkembangan perjalanan kes aku itu nanti.

Doa-doakanlah agar perjalanan kes aku ini berjalan dengan sempurna dan mengikut peraturan. Tidak ada berat sebelah. Kita tengok sahaja nanti.