Sejak Hari Raya ni, nak menulis entry pun dah jadi lemau. Adakah sebab makan lemang dan rendang terlampau banyak itu yang otak jadi lemau? Mungkin jugak kot..hehehe. Eshhh…tak boleh jadi ni, kot lama tak menulis nanti lupa pulak apa yang nak ditulis. Ok lah, saya buat serba sedikit coretan hari raya aidil fitri 2014 ini ikut apa yang terlintas difikiran aje lah ya.

Coretan Hari Raya Aidil Fitri 2014, Hari Raya Aidil Fitri 2014, Hari Raya Aidil Fitri

Duduk depan laptop sambil makan kuih raya dan minum kopi, ngappp ngappp dah beberapa ketoi kuih masuk dalam mulut ni tapi satu ayat pun tak tertulis. Haiiii…nape lah jadi macam ni oiiiii….

Ummm…Raya tahun ni memang tak banyak nak diceritakan, tahun ni nak berjalan raya pun malas. Bawak anak kerumah mak dan rumah kawan di Ampang aje. Rumah mak biasalah tiap-tiap hari saya pergi sebab dekat tapi rumah kawan hanya  2 buah rumah aje saya pergi. Itu pun hari raya pertama dan raya ke 3 aje.

Lepas beraya dirumah mak, petang tu balik semula ke rumah sendiri. Duduk rumah tengok tv, itu aje lah. Malam tu baru lah pergi ke rumah kawan yang terletak di Ampang.

Coretan Hari Raya Aidil Fitri 2014

Berhari raya dirumah Sharleen Oyen di Ampang, malam raya pertama

Coretan Hari Raya Aidil Fitri 2014, Hari Raya Aidil Fitri

Gambar blur lah pulak..tapi nak masukkan jugak sebab baru ni le Aeysha dapat main bunga api

Gambar diatas ni semasa beraya di rumah kawan di Ampang, malam raya pertama. Seronoklah Aeysha dapat main bunga api dan dapat duit raya banyak kat sini. Terima kasih auntie-auntie yang comeiii belako..hehehe. Terima kasih tuan rumah Sharleen Oyen sudi jemput kami berhari raya, next year kami akan gi lagi ya..hehehe.

Memang happening di rumah Sharleen Oyen ni, semua kawan-kawan lama dan baru berkumpul disini. Macam di rumah mak yang mana anak-anak semua balik kampung dan berkumpul.

Coretan Hari Raya Aidil Fitri 2014

Raya ke 2, dah tak tahu nak buat apa..jalan-jalan di Mid Valley

Coretan Hari Raya Aidil Fitri 2014, Raya ke 2 Di Mid Valley

Cantik pulak decoration yang dibuat untuk raya kali ni, itu yang sibuk dok tangkap gambar kat sini tu…

Raya ke 2 hanya ke rumah mak sekejap, balik aje dari rumah emak kami terus ke Mid Valley. Jalan-jalan di sana pulak. Dah tak tahu nak kemana lagi. Kawan-kawan pun ramai yang balik kampung. Seronok jugak dekat Mid Valley ni, boleh tangkap-tangkap gambar ala-ala dikampung..hehehe.

Gambar dibawah ni pula semasa hari raya ke 3. Berhari raya di rumah kawan juga, terletak di Ampang. Kali ni kita tak makan kuih raya tapi makan nasi berlauk. Fuhhh…itu yang sedap tu. Aeysha siap bertambah makan nasi. Mungkin asyik rendang dan lemang aje 2 hari ni sebab tu dia rindu nasi kot.

Coretan Hari Raya Aidil Fitri 2014

Raya ke 3 di Ampang

Coretan Hari Raya Aidil Fitri 2014

Di sini sempat jugak dia buat gelang getah. Saya baru tengok gelang getah ni, itu yang sibuk dok tangkap gambar gelang getah ni, cantik pulak saya tengok. Macam-macam permainan budak-budak sekarang ni. Zaman kita dulu dok buat dengan tangan aje…tak ada macam ni.

Ini aje lah kerja mereka. Emak dok sibuk berborak, anak main benda ni. Last-last mak dapat jugak satu..hehehe..(terima ajelah kan..)

Setakat ini ajelah coretan hari raya aidil fitri 2014 yang dapat saya coretkan disini..setakat 2 buah rumah kawan ini ajelah yang saya pergi. Rumah kawan yang lain tu tak le berani saya nak terjah, mana lah tahu kot-kot diaorang balik kampung pulak. Lagi pun raya sekarang ni tak boleh main terjah aje. Kena tunggu open house yang dibuat baru leh kita pergi.

So akak tunggu ajelah open house hari raya , mana lah tahu kot-kot ada sesiapa yang sudi menjemput nanti. Kalau tak ada yang menjemput nanti akak majuk macam ni…

Coretan Hari Raya Aidil Fitri 2014

Comel kan akak merajuk..hehehe.

 

Lazada Malaysia