Container Kebab, Container Kebab Malaysia, Pt Baba Rafi Indonesia, Upacara Menandatangani Perjanjian Francais Induk, Kebab, Container Kebab Di Wangsa Walk Mall, cawangan pertama Container Kebab

Upacara Menandatangani Perjanjian Francais Induk Container Kebab Malaysia

Saya pasti ramai di antara anda kenal kebab dan suka makan kebab kan? Saya..sudah semestinya suka, memang dari dulu saya suka sangat dengan makanan yang berasal dari Timur Tengah ini. Rasanya memang sedap dan ianya mudah di makan walaupun di mana kita berada.

Jika saya tidak terasa nak makan nasi, pilihan saya selain dari makanan cepat dan halal, sudah semestinya saya akan memilih kebab, cuma masalahnya nak mencari kebab bukannya senang, tak banyak tempat jual kebab ni.

Container Kebab, Container Kebab Malaysia, Pt Baba Rafi Indonesia, Upacara Menandatangani Perjanjian Francais Induk, Kebab, Container Kebab Di Wangsa Walk Mall, cawangan pertama Container Kebab

Berita terkini yang saya rasa semua peminat kebab terutama warga kota yang sentiasa mengejar waktu akan gembira, apabila rantaian kebab yang ternama dan terbesar di dunia iaitu Container Kebab akan di buka di Malaysia pada bulan Julai ini. Haaa…senanglah saya nak cari kebab yang sedap lepas ni..hehehe.

Upacara Menandatangani Perjanjian Francais Induk Container Kebab Malaysia

Container Kebab, Container Kebab Malaysia, Pt Baba Rafi Indonesia, Upacara Menandatangani Perjanjian Francais Induk, Kebab, Container Kebab Di Wangsa Walk Mall, cawangan pertama Container Kebab

Baru-baru ini pada 6 Jun 2018 saya berkesempatan menyaksikan upacara menandatangani perjanjian di antara PT Baba Rafi Indonesia dan Container Kebab Sdn Bhd bagi membawa jenama Container Kebab di Malaysia. Turut hadir dalam majlis ini, pengarah Baba Rafi iaitu Hendy Setiono.

Untuk pengetahuan anda, Container Kebab merupakan jenama yang terkemuka yang mempunyai lebih dari 1300 cawangan merentasi 9 buah Negara. Continer Kebab Sdn Bhd bercadang bukan sahaja membawa produk dan jenama tetapi turut bakal memperkenalkan model perniagaan, system pengurusan kedai, pengurusan logistic hinggalah ke konsep reka bentuk kedai.

Merupakan satu jenama yang telah terbukti berjaya diselangi dengan pelbagai produk yang berasaskan KEBAB yang direka bentuk khusus untuk citarasa penduduk ASEAN.

Container Kebab, Container Kebab Malaysia, Pt Baba Rafi Indonesia, Upacara Menandatangani Perjanjian Francais Induk, Kebab, Container Kebab Di Wangsa Walk Mall, cawangan pertama Container Kebab

Jika anda berminat untuk menjadi usahawan atau memulakan perniagaan, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana usahawan yang berminat untuk mengusahakan perniagaan ‘Container Kebab‘ melalui skim ‘licensing’ atau kerjasama perniagaan ‘joint venture’.

Model perniagaan Container Kebab yang dilihat lebih berkemampuan berbanding dengan jenama rangkaian makanan yang lain, di mana kos adalah dalam lingkungan RM 120,000 hingga ke RM 150,000 direkabentuk khusus untuk menarik minat pengusaha kecil dan sederhana serta usahawan yang ingin menceburi bidang perniagaan F&B.

Anda boleh layari video sekitar majlis menandatangani perjanjian di antara PT Baba Rafi Indonesia dan Container Kebab Sdn Bhd :-

Menurut kata Pengarah Urusan Container Kebab, Kenny Poh, pembukaan cawangan pertama rantaian makanan dari Indonesia itu dijangka akan bermula pada Julai tahun ini di Wangsa Walk Mall.

Beliau turut berkata, untuk melihat dahulu prestasi dan perkembangan cawangan pertama ini sebelum meneruskan perancangan untuk membuka cawangan baharu dan seterusnya. Di anggarkan untuk tahun ini sahaja mereka meyasarkan 5 cawangan di seluruh Malaysia.

Kebab yang di sediakan juga turut mengikut kehendak citarasa tempatan serta melakukan sedikit perubahan menepati citarasa rakyat Malaysia. Apa-apa pun bagi saya, yang penting ianya merupakan makanan yang berkhasiat, menggembirakan hati apabila di makan dan sudah semestinya HALAL.

Container Kebab Bakal Beroperasi Di Wangsa Wall Mall

Container Kebab, Container Kebab Malaysia, Pt Baba Rafi Indonesia, Upacara Menandatangani Perjanjian Francais Induk, Kebab, Container Kebab Di Wangsa Walk Mall, cawangan pertama Container Kebab

Sebagai peminat kebab..saya turut rasa tak sabar nak tunggu cawangan pertama Container Kebab yang bakal beroperasi bulan Julai ini di Wangsa Walk Mall. Katanya sedap yang amat!!

Kalau ada rezeki lebih, memang teringin jugak nak usahakan perniagaan macam ni, nampak macam menarik aje busines ni. Nampak gaya kena menabung lebih sikit ni..hehehe.

Untuk anda yang berminat mengentahui lebih lanjut jenama ini, bolehlah hubungi :

Encik Kenny Poh di talian

0169321663

atau email di

kenny@containerkebab.com.my

Anda juga boleh layari :

INSTAGRAM | FACEBOOK