Keenakkan Pizza Citarasa Itali Di Motorino Sky Avenue | Dengar kata, salah satu tarikan terbaru di Resorts World Genting adalah makanan yang terletak di pusat beli belah terbaru juga iaitu Sky Avenue. Buat golongan kaki makan macam saya ni, kalau tak terjah memang tak sah lah, sure lah nak merasa makanan-makanan yang ada di sana.

Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

Kebetulan 14hb Jan 2017 merupakan birthday Aeysha, anak saya yang ke 13 tahun. Sebenarnya pening jugak kepala pikir nak buat apa dan kemana untuk sambut birthday dia tahun ini. Pikir punya pikir akhirnya kami sepakat bawa dia jalan-jalan ke Genting Highland dan mencuba makanan-makanan yang terdapat di Sky Avenue.

Tempat pertama kami untuk lunch hari adalah di Motorino. Kami ingin merasai dan menikmati keenakkan pizza citarasa Itali di Motorino Sky Avenue, Genting Highland ini.

Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

Saya ni kalau bab-bab makanan western ni kurang sikit, tapi sebabkan birthday anak so ikutkan ajelah tekak dia, tapi bila saya rasa pizza disini, ehhh sedap lah pulak, beberapa keping jugaklah saya makan..hahaha. Setiap gigitan pizza memang terasa kerangupan dan kesedapannya, perghhhh..hingga menjilat jari gitu…

Motorino Pizzaria, Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

Anak saya pulak, memang suka sangatlah dia dapat makan di sini sebab makanan kegemaran dia memang pizza. Pizza di sini pula, yumm yummm…memang sedap sedap. Bau harum pizza memenuhi ruang makan serta menyocok-nyocok lubang hidung saya. Buatkan perut terus berkeroncong laju.

Keenakkan Pizza Citarasa Itali Di Motorino Sky Avenue

Motorino Pizzaria, Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

Motorino ini merupakan jenama francais yang di bawa masuk dan di miliki oleh Resort World Genting.Untuk pengetahuan anda, Motorino Pizzaria yang terletak di Sky Avenue ini merupakan restoran pizza ikonik yang pertama di Malaysia dan pernah diiktiraf terbaik di New York.

Pembukaannya baru diumumkan pada bulan December tahun 2016. Kiranya kami ni merupakan orang yang terawal jugalah dapat menikmati keenakkan pizza citarasa Itali Di Motorino Sky Avenue ini.

Jika anda pertama kali datang ke Motorino ini, anda pasti akan merasa teruju dengan cara pembuatan pizza yang disediakan disana. Saya pun turut teruja jugak tau! Apa taknya mereka menyediakan dan membakar pizza dengan menggunakan dua ketuhar pizza yang didatangkan khas terus dari Naples, Itali.

Motorino Pizzaria, Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

Mereka membuat Authentic Neapolitan style pizza, doh pizza yang mereka hasilkan berlainan dari apa yang saya pernah rasa selama ini. Kerangupan doh yang dihasilkan serta pilihan 20 jenis topping yang disediakan memang memberi kelazatan yang tak terhingga. Memang anda patut cuba!!

Terdapat 10 menu terbaik yang terdiri daripada Marinara, Margherita dan pepperoni hingga kepada citarasa tertinggi Itali (stracchiatella dengan selasih, garam laut dan minyak zaitun, cendawan cremini, sos colatura di alici ditambah keju mozzarella susu lembu, bawang merah, tomato anggur, ikan bilis putih dan garam laut). Turut ditawarkan adalah piza kobis Brussel dengan keju fior de latte, bawang putih, keju pecorino dan ayam belanda salai, piza kepah bersama ceri dan telur, pilihan ayam cili belanda bercili.

Motorino Pizzaria, Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

ARUGULA & BRESAOLA
(air dried beef/mozzarella/parmesan)

Motorino Pizzaria, Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

MARGHERITA
(tomato sauce/mozarella/basil/pecorino/e.v.olive oil)

Motorino Pizzaria, Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

DEL POPOLO
(tomato sauce/mozazrella/pasley/olives/onion/cured anchovies)

Motorino Pizzaria, Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

AMATRICIANA
(tomoto sauce/mozzarella/chicken sauce/scallion/pecorino/fresh chilli)

Motorino Pizzaria, Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

MARINARA
(tomato sauce/oregano/e.v.olive oil)

Motorino Pizzaria, Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

PEPPERONI
(tomato sauce/mozzarella/beef pepperoni/e.v.olive oil/fresh chilli/sea salt/pecorino)

Terdapat juga sajian pembuka selera Itali (Antipasto) yang dimasak atau di makan mentah yang mengandungi campuran bilis, buah zaitun, sardin, jeruk dan sayur-sayuran. Memang antipasto ni merupakan sajian pembuka selera yang digemari orang-orang Itali.

Bukan itu sahaja tau, Motorino jua menawarkan beberapa pilihan kepak ayam panggang berpirisa lemon, pudina dan serbuk cili. Pengunjung juga boleh menikmati chicken meatball yang di masak dengan sos tomato dan ditambah keju pecorino dan daun selasih, merupakan gabungan masakan New York dan Itali.

Terdapat juga pilihan pencuci mulut yang terdiri daripada tiramisu, kek coklat dan gelato.

Motorino Pizzaria, Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

KEPAK AYAM BERPERISA LEMON

Motorino Pizzaria, Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

CHICKEN MEATBALL

Motorino Pizzaria, Keenakkan Pizza Motorino, Motorino Sky Avenue, Pizza Motorino, Resorts World Genting

Kalau anda juga ingin merasai kelainan dan keenakkan Pizza citarasa Itali di Motorino Sky Avenue, anda boleh aje datang ke Motorino Restoran yang terletak di Aras 1, Sky Avenue. Waktu operasi dari pukul 10.00am – 10.00pm (Ahad hingga Khamis). 10.00am – 12.00pm(Jumaat, Sabtu, Cuti Umum dan hari sebelum cuti umum)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web mereka di www.motorinopizza.com/malaysia/malaysia atau anda boleh sahaja hubungi 03-61011118 atau layari www.rwgenting.com