Chow Kit Trade Centre (CKTC) Bakal Menjadi Mercu Tanda Baru Yang Berprestij Di Chow Kit

Chow Kit Trade Centre (CKTC) Bakal Menjadi Mercu Tanda Baru Yang Berprestij Di Chow Kit

Chow Kit Trade Centre (CKTC) Bakal Menjadi Mercu Tanda Baru Yang Berprestij Di Chow Kit | Bercerita pasal Chow Kit ni saya pasti ramai yang akan bayangkan lagu Arwah Sudirman ” CHOW KIT ROAD” kan? Haaa…bayangkan betapa famousnya Chow Kit ni sampai ada lagu lagi tu..hehehe.

Dari dulu lagi semua orang sudah maklum yang Chow Kit ni juga merupakan tempat borong terbesar di Kuala Lumpur dengan perbagai barang boleh didapati disini seperti barangan basah, barang perhiasan, beg tangan, kasut, kosmetik dan banyak lagi boleh didapati disini dengan harga yang cukup murah, menjadikan ia satu tempat yang terbaik untuk peniaga kecik mendapatkan barangan mereka.

Terkenang zaman muda belia, selalu jugak ikut family ke Chow Kit ni untuk dapatkan barang-barang keperluan rumah dan barangan berniaga seperti periuk kuali disana. Beli bukanya sedikit, sekali beli memang banyak dan penuh bonet kereta…katanya murah. Seronok sungguh mereka bershopping sebab dapat beli barang sekali banyak dengan harga yang sangat berpatutan.

Dengan arus pembangunan yang semakin berkembang, Chow Kit juga bakal menerima perubahan baru. VINSSON Group bakal memberi suntikan baru dan moden untuk perubahan yang dinanti-nantikan kedalam kota bersejarah Chow Kit.

Chow Kit Trade Centre (CKTC) Bakal Menjadi Mercu Tanda Baru Yang Berprestij Di Chow Kit

Chow Kit, Chow Kit Trade Centre (CKTC), Mercu Tanda Baru Berprestij Di Chow Kit,   Wholesale Mall, Visoon Group, Dato’ Michael Lim,  Founder of VINSOON Group, Pusat Peruncitan Dan Pemborongan, Perasmian Chow Kit Trade Centre, CKTC

Image Chow Kit akan menyerlah dengan adanya mercu tanda yang berperstij yang bakal dibangunkan tidak lama lagi iaitu Chow Kit Trade Centre (CKTC). Projek baru dari New Paradise Development di bawah VINSOON Group bakal menghidupkan susana Chow Kit dengan memberi sentuhan moden ke atas bandar bersejarah ini yang mana memang terkenal dengan barisan cawangan runcit dan barangan borongnya.

Chow Kit Trade Centre – Wholesale Mall bakal meningkatkan perniagaan pemborongan dan runcit ketahap yang membolehkan para pemborong mendapat dan merasai ruang borong sendiri yang unik dan ekslusif. Ia juga membuatkan pengunjung merasa selesa untuk membeli belah.

Chow Kit, Chow Kit Trade Centre (CKTC), Mercu Tanda Baru Berprestij Di Chow Kit,   Wholesale Mall, Visoon Group, Dato’ Michael Lim,  Founder of VINSOON Group, Pusat Peruncitan Dan Pemborongan, Perasmian Chow Kit Trade Centre, CKTC

Dato’ Michael Lim, Founder of VINSOON Group

Pada Majlis perasmian Chow Kit Trade Centre (CKCT) baru-baru ini Dato Michael Lim iaitu founder dan juga CEO VINSOON Group juga turut berkata :-

“Berbekalkan pengetahuan khusus mengenai pasaran Malaysia melalui projek-projek yang lalu, kami telah membangunkan pemahaman tentang pemborong dan pelabur yang disasarkan, dan benar-benar mencapai apa yang kami mahu lakukan.”

Tambah beliau lagi, selepas pelancaran CKTC diramalkan bahawa keseluruhan pembangunan akan sepenuhnya diambil menjelang Disember 2017, dengan Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM156,828,030.00. Pembangunan akan selesai menjelang akhir tahun 2019.

Sambutan yang begitu hangat untuk pembangunan ini mengambarkan permintaan yang kukuh untuk CKTC apabila projek itu dibuka kepada penjual pada Februari 2017.

Ikon 10 tingkat, dengan luas lantai bersih 34,650 kaki persegi, 50%  pembangunan kini dijual oleh pelabur perniagaan dan pemborong yang membawa pelbagai produk dan stok yang memberi tumpuan kepda produk kosmetik, peralatan dapur dan herba Melayu Traditional dari China, Thailand, Korea, Indonesia dan banyak lagi yang akan datang.

Chow Kit, Chow Kit Trade Centre (CKTC), Mercu Tanda Baru Berprestij Di Chow Kit,   Wholesale Mall, Visoon Group, Dato’ Michael Lim,  Founder of VINSOON Group, Pusat Peruncitan Dan Pemborongan, Perasmian Chow Kit Trade Centre

Chow Kit Trade Centre (CKTC) ini terdiri daripada 254 lot dengan kawasan terbina dari 52 hingga 181 kaki persegi. Harga bermula dari RM101,400.00 hingga RM1,411,800.00.

Untuk pengetahuan anda, MK Curtain – peruncit curtain terbesar di Nilai telah mengumumkan akan menguasai keseluruhan tingkat 7, sementara Hypershoe – rantaian kedai kasut terkemuka dengan lebih 40 kedai di Kuala Lumpur akan menduduki seluruh Tingkat 6 di bangunan tersebut.

Bagi pengunjung yang ingin menikmati makanan dan minuman tempatan pula, akan disediakan makanan warisan Melayu yang mencerminkan kesederhanaan elegen gaya hidup moden di ruang atas sekali.

Chow Kit, Chow Kit Trade Centre (CKTC), Mercu Tanda Baru Berprestij Di Chow Kit,   Wholesale Mall, Visoon Group, Dato’ Michael Lim,  Founder of VINSOON Group, Pusat Peruncitan Dan Pemborongan, Perasmian Chow Kit Trade Centre, CKTC

Tak sabar lah pulak saya nak tunggu projek ni siap sepenuhnya dan melihat Chow Kit berubah wajah. Kalaulah ada duit berkepuk-kepuk sure saya dapatkan satu unit untuk buat investment, tapi sebab tak ada, dapat tengok pun jadilah…hehehe. Diharap dengan pembangunan Chow Kit Trade Centre (CKTC) akan menjadi tarikan unik dan bakal menarik pembeli dari dalam dan luar negara. Jika anda tidak sabar untuk mengetahu lebih lanjut mengenai Chow Kit Trade Centre, anda boleh layari laman Facebook di :

https://www.facebook.com/ChowKitTradeCenter/