Cheesy Bites, Pizza Hut, Bawa Keseronokan, Pizza Hut Malaysia, Siapa Kena the Spicy Bites, Chicken Cheesy Bites

Pizza Hut Bawa Keseronokan Dengan Cheesy Bites Baru

Siapa yang tak suka makan pizza ya tak? Saya sekeluarga pun memang suka makan Pizza Hut ni, kalau tak makan di sana, sure saya call untuk delivery.

Baru-baru ni pun saya sempat makan pizza dengan anak. Sibuk dia nak makan Pizza so saya tunaikanlah permintaan dia. Syiok jugak berdating dengan anak sambil makan Pizza.

Now dah ada pizza baru tau! Apa lagi, kami pun cuba lah..perghhh sedap betul Cheesy Bites yang baru ni. Anda patut cuba!

Pizza Hut Bawa Keseronokan Dengan Cheesy Bites Baru

Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”)

Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”), rangkaian piza No. 1 Malaysia hari ini kembali dengan piza kegemaran ramai, Chicken Cheesy Bites. Bersama dengan letupan rasa yang tak dijangka, ia pasti menambah keseronokan semasa makan bersama keluarga dan rakan – rakan.

Cheesy Bites

Tersembunyi di antara 18 cheesy bites adalah dua gigitan limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa kepada pemakannya! Bertujuan menjadikan Chicken Cheesy Bites sesuatu yang menyeronokkan,

Pizza Hut akan menyediakan prop istimewa bagi pelanggan yang bermain permainan “Siapa Kena the Spicy Bites” bersama keluarga dan rakan – rakan seterusnya mengabadikan pengalaman seronok ini di media sosial. Seronok kan??

Sebagai tambahan kepada 18 cheesy bites yang dipenuhi dengan limpahan keju cheddar dan mozarella (dan dua gigitan cili pedas), Chicken Cheesy Bites juga didatangkan dengan lapisan sos salsa tomato, ditabur dengan isi ayam carik, bebola ayam serta keju.

Pizza Hut Bawa Keseronokan Dengan Cheesy Bites Baru

Pada majlis memperkenalkan Cheesy Bites Baru ini, Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekuti, Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata,

“Setelah hampir 36 tahun menyajikan piza lazat kepada pelanggan, kami lihat mereka teruja apabila disajikan makanan baru yang melangkaui bahan yang digunakan tetapi ditambah dengan pengalaman yang menyeronokkan. Chicken Cheesy Bites baru kami diinspirasikan daripada pengalaman kanak – kanak Malaysia yang menjadikan gurauan sebagai cara berinteraksi dan berseronok dengan sesama lain.

Cheesy Bites, Pizza Hut, Bawa Keseronokan, Pizza Hut Malaysia, Siapa Kena the Spicy Bites, Chicken Cheesy Bites

“Kami mewujudkan semula keseronokan ini dengan memberi pelanggan peluang untuk berseronok dengan sesama sendiri dan kena dengan Chicken Cheesy Bites yang dipenuhi rasa letupan mengejut, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan dan berseronok dengan sesama lain. Apa lagi cara yang paling bagus sempena pelancaran piza baru kami adalah bersama barisan pelakon GOL & GINCU Vol.2 – sebuah filem yang sinonim dengan persahabatan!”

GOL & GINCU Vol. 2: Membawa Persahabatan ke Realiti

Hadir di majlis pelancaran adalah krew GOL & GINCU Vol.2 yang menampilkan Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir yang bukan sahaja mendemonstrasikan cara menikmati Chicken Cheesy Bites baru, malah mereka bermain dan bergurau sesama sendiri dengan gigitan cili di sambil mempamerkan masa riang bersama.

Cheesy Bites, Pizza Hut, Bawa Keseronokan, Pizza Hut Malaysia, Siapa Kena the Spicy Bites, Chicken Cheesy Bites

Kerjasama Pizza Hut bersama GOL & GINCU Vol.2 adalah bersempena pelancaran Chicken Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober.

Kolaborasi ini akan turut melibatkan beberapa kempen serta aktiviti – aktiviti yang bakal menambahkan keriangan dan menjadi platform bagi rakyat untuk menemui semula ikatan hubungan menerusi pengalaman menyeronokkan.

Perkara Akhir: Mari pastikan semua kena!

Cheesy Bites, Pizza Hut, Bawa Keseronokan, Pizza Hut Malaysia, Siapa Kena the Spicy Bites, Chicken Cheesy Bites

Bagi menjadikan pengalaman makan pizza ini lebih luar biasa, Pizza Hut memastikan pelanggan bukan hanya ‘kena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘kena’ hadiah yang menakjubkan. Jaminan hadiah sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian dari peraduan “Siapa Kena”. Ia tertakluk kepada pelanggan yang makan di restoran, bawa pulang dan bagi penghantaran pesanan.

Hadiah yang ditawarkan termasuklah:

  • 35 hadiah wang tunai (5 x RM10,000 dan 30 x RM1,000)
  • Baucar Pizza Hut (Spageti Creamy Carbonara, Spageti Meatball Bolognese, Deli Wings (Kepak Ayam), Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih)
  • 50 x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2

Piza Chicken Cheesy Bites baru kini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bagi pilihan makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang dari 1 Oktober sehingga Disember 2018.

Kalau anda nak merasai kelazatan makan pizza yang terbaharu ni dan dalam masa yang sama nak menang hadiah hebat, apa kata anda ke Pizza Hut yang berdekatan dengan anda.

Untuk merasai sendiri letupan Chilli Bites dan untuk menyertai peraduan “Siapa Kena”, layari www.pizzahut.com.my/en/chickencheesybites.