Geng Dakwah, Info Zakat, Informasi Zakat Di Youtube, PPZTV,  PPZTV Di Youtube, YouTube, Zakat, Informasi tentang Zakat, Channel Youtube PPZTV, Pusat Pungutan Zakat

Layari Informasi Zakat Di Channel Youtube PPZTV

Layari Informasi Zakat Di Channel Youtube PPZTV | Dulu jika ada kemusykilan apa-apa, telefon atau media cetak merupakan perantara untuk mendapatkan maklumat. Zaman makin berubah dan canggih. Kebanyakkan kita sudah memiliki telefon pintar yang membolehkan kita mengakses maklumat dengan cepat dan mudah hanya dihujung jari sahaja.

Sejak adanya media sosial seperti facebook, twitter, instagram, you tube dan banyak lagi cabang media sosial yang lain yang kita boleh dapatkan sumber maklumat. Salah satu tempat yang menjadi tumpuan saya untuk dapatkan maklumat adalah di Youtube.

Youtube lebih dikenali sebagai laman perkongsian video untuk memuat naik, menonton dan berkongsi klip video peribadi dan komersial, malah laman sosial ini juga telah digunakan sebagai salah satu sumber untuk menyampaikan maklumat. Elemen audio dan visual lebih menarik minat saya daripada membaca. Bukan bermakna saya malas nak membaca tau tapi kepuasan lebih kepada menonton dan mendengar..hehehe.

PPZTV Laman Informasi Zakat 

Geng Dakwah, Info Zakat, Informasi Zakat Di Youtube, PPZTV,  PPZTV Di Youtube, YouTube, Zakat, Informasi tentang Zakat, Channel Youtube PPZTV, Pusat Pungutan Zakat

Bercerita mengenai Channel Youtube ni, baru-baru ni saya ada masuk kesana sebab saya nak cari maklumat mengenai Zakat. Terdapat beberapa kemusykilan tentang pembayaran Zakat dalam otak saya ni. Tentang siapa yang selayaknya menerima wang zakat yang diberi? Boleh ke diberi sendiri kepada golongan Asnaf yang dikenali tanpa melalui Pusat Pungutan Zakat? dan macam-macam lagi lah…

Bukan tak ada minta pandangan dan pendapat orang, ada tu memang ada tapi bermacam-macam jawapan pulak yang saya terima. Serabut jugak otak dan risau juga jika mendapat maklumat yang salah sebab banyak maklumat yang saya dapat bercanggah antara satu sama lain.

Alhamdulillah bila saya masuk ke laman social media Youtube, saya terjumpa laman Informasi Zakat Di Channel Youtube PPZTV terbitan dari “Pusat Pungutan Zakat”.

Channel Youtube PPZTV merupakan salah satu medium pembelajaran tentang kemusykilan tentang zakat. Pengguna media social boleh mendapatkan maklumat berkaitan zakat seperti ceramah, video skesta, video santai yang mencuit hati tapi penuh dengan ilmu dan pelajaran.

Setiap sektsa, ceramah dan perkongsian yang disampaikan oleh geng dakwah dalam video tersebut memang mudah untuk difahami kerana setiap perincian video yang dipersembahkan dengan begitu ringkas tapi cukup padat dengan segala maklumat yang terperinci.

Geng Dakwah, Info Zakat, Informasi Zakat Di Youtube, PPZTV,  PPZTV Di Youtube, YouTube, Zakat, Informasi tentang Zakat, Channel Youtube PPZTV, Pusat Pungutan Zakat

Info Zakat Di Channel Youtube PPZTV juga bagus untuk tontonan kanak-kanak

Bukan itu sahaja, ia juga boleh menarik minat anak-anak kita menonton sama kerana cara penyampaian yang disampaikan tidak membosankan dan terdapat juga video animasi yang pasti mencuit hati mereka dan dalam masa yang sama turut memberi kefahaman kepada anak-anak tentang Zakat.

Dengan adanya Channel Youtube PPZTV ini, mudahlah kita semua dapatkan bermacam-macam maklumat tentang zakat dan tak adalah lagi kekeliruan tentang pembayaran zakat, so tak ada lagi alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab yang satu ini.

Kita kena ingat, zakat bukan sekadar zakat fitrah sahaja yang harus kita bayar tapi ada beberapa lagi zakat yang kita sebagai seorang Muslim wajib ditunaikan seperti zakat harta, zakat pendapatan, zakat emas, zakat saham dan lain-lain lagi. Seeloknya jika kita ada sebarang kemusykilan, kita dapatkan maklumat disaluran yang betul agar tidak ada sebarang kekeliruan dan duit zakat yang di keluarkan sampai kepada golongan asnaf yang betul-betul layak dan memerlukan.

Layari Informasi Zakat Di Channel Youtube PPZTV

Info-info tentang zakat di channel Youtube PPZTV memang sangat berguna untuk kita semua. Memang saya sarankan buat anda-anda yang masih keliru atau masih belum memahami tentang zakat supaya segera subscribe channel Youtube PPZTV ini.

Selama ini kita boleh aje subscribed info-info yang bermacam-macam ya tak? So apa lah salahnya jika kali ini kita subscribed juga laman PPZTV ini dan kita sharekan juga kepada rakan-rakan kita yang lain. Semoga apa yang kita kongsikan ini mendapat manfaat buat semua serta mendapat ganjaran dari NYA dengan menyebarkan laman ini, InsyaAllah.

 

Untuk dapatkan lebih Informasi Zakat Di Channel Youtube PPZTV ini, anda boleh layari :

https://www.youtube.com/ppztv/