Pagi-pagi ni tiba-tiba teringat pasal baby Ally si kucing comel yang saya sayang sangat ni. Teringat pulak semasa mula-mula ambik baby kucing ni dahulu, punyalah kurus kering dan ada macam-macam penyakit. Beribu jugak habis untuk pulihkan dia. Malam tidur pun tak berapa lena sebab jaga dia. Macam jugak jaga baby manusia.

Cerita Kucing Comel, Kucing Kesayangan

bersama baby Ally dan Comot

Macam mana kita jaga anak kita macam tu jugaklah saya jaga anak-anak kucing saya.

Macam-macam saya belajar cara-cara penjagaan kucing. Saya tak nak setakat bagi makan dan bagi tempat berlindung sahaja tapi saya nak mereka juga disayangi dan diberi kasih sayang sepenuhnya.

Cerita Kucing Comel, Kucing Kesayangan

Baby Ally tidur, siap berselimut. Malam-malam mesti nak tidur dengan mama

Punyalah manja si baby Ally ni sampaikan tidur pun nak dengan saya..hehehe. Mungkin dah terbiasa sejak kecil dah dibawa tidur sama.

Tengoklah perbezaan yang ketara sangat dari saya jumpa baby ally sehingga lah sekarang dia.

Cerita Kucing Comel, Kucing Kesayangan

Ini semasa baby Ally kecik dan sedang sakit

Waktu jumpa dia doktor dah cakap dia tak ada harapan nak hidup, tapi saya tak berputus asa jaga dan belajar selok belok jaga baby kucing yang sakit, akhirnya baby Ally jadi Kucing Comel dan nakal..hehehe

Lihat aje video dibawah ini…kecik sangat dia waktu ni.

Ingin Bela Kucing? Klik Sini!

Jadi saya harap sangat, kalau ada kucing-kucing dijalanan yang kotor , kecik, kurus dan sebagainya…jangan rasa geli dan jijik dengan mereka. Kalau boleh dan mampu nak jaga, bawa mereka pulang dan jaga dengan elok..insaallah mereka akan jadi sihat dan jadi kucing comel dan pasti anda akan sayangi.

Cerita Kucing Comel, Kucing Comel, Kucing Kesayangan

Baby Ally sekarang. Dah tak muat dah tempat tidur dia tu..hehehe

Alhamdulillah disebabkan sayangkan kucing, saya akhirnya bukak boarding services dirumah, bukan mencari keuntungan tapi menolong sesiapa yang tak ada tempat nak tinggalkan kucing mereka, saya akan tolong jaga dengan sepenuh kasih sayang. Duit dari situ saya akan beli makanan buat kucing-kucing jalanan. Mana kucing-kucing yang sakit juga saya akan bawa ke klinik.

Mana yang termampu saya tolong, insaallah saya tolong.

Buat yang nak jaga kucing tapi tak tahu macam mana nak uruskan mereka, cepat-cepat dapatkan buku ini. Baca dan fahami kucing kesayangan anda.