Cerita Hari Raya Pertama 2014 rasanya tiada yang istimewa, pasti semua orang akan tempuh perkara yang sama pada raya pertama ini. Bersalam-salaman dipagi raya, sembahyang raya, ke kubur dan ziarah menziarahi sanak saudara memang satu kemestian pada hari raya pertama.

Macam juga raya sebelum sebelum ini yang mana kami 2 beranak tempuh setiap kali Hari Raya Aidil Fitri. Bersalam-salaman antara kami dua beranak di pagi raya sudah jadi kemestian selama 7 tahun kami beraya berdua. Tiada lagi riuh rendah yang pernah kami tempuh sebelum ini. Alhamdulillah kami dah dapat terima semua ini.

Cerita Hari Raya Pertama 2014, Hari Raya Aidil Fitri 2014 , Raya 2014

Berselfie di pagi raya 2014

Selepas bersalam-salaman berdua barulah kami ke rumah emak untuk merasai dan menumpang kemeriahan hari raya yang ada disana.

Semua ini demi Aeysha, kalau ikutkan saya, memang saya nak duduk rumah aja. Bukan apa, hati tetap terasa hati tetap sedih melihat kebahagiaan keluarga orang lain yang dapat beraya bersama-sama keluarga sendiri, bergambar bersama-sama keluarga..ahhhh sedih sangat tapi demi Aeysha saya buang semua itu.

Di rumah mak memang meriah dengan adik-beradik dan keluarga mereka. Kebanyakkan mereka akan beraya dirumah mak terlebih dahulu. Masa ni memang riuh rendah dengan telatah masing-masing. Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dan beratur untuk dapatkan duit raya memang dah jadi rutin dipagi raya disini.

Cerita Hari Raya Pertama 2014, Hari Raya Aidil Fitri 2014, Raya 2014, Kenangan di Hari raya pertama 2014

Bersama ibu tercinta

 

Cerita Hari Raya Pertama 2014, Hari Raya Aidil Fitri 2014, Hari Raya Pertama 2014, Hari Raya

Bersalam-salaman dipagi raya bersama kaum keluarga

 

Cerita Hari Raya Pertama 2014, Hari Raya Aidil Fitri 2014, Kenangan dihari raya pertama

Sempat berselfie

Bersyukur sangat kerana saya masih mempunyai ibu, adik beradik dan anak-anak buah yang sentiasa rapat dan mengambil berat hal saya dan Aeysha.

Sekurang-kurangnya tidaklah sunyi kehidupan saya dan yang penting melihat wajah Aeysha gembira dikelilingi dengan saudara mara.

Cerita Hari Raya Pertama 2014, Hari Raya Aidil Fitri 2014, Raya pertama 2014

Ini hanya sebahagian daripada kaum keluarga yang beraya di rumah mak

Walau hanya menumpang kebahagiaan dan kasih sayang daripada mereka ketika hari raya ini, saya amat bersyukur sangat-sangat. Aeysha pun tidaklah sunyi dan dia dapat merasai nikmat Hari Raya. Moga ikatan ini sentiasa begini selama-lamanya.

Inilah cerita Hari Raya pertama 2014 saya. Tidak selamanya bersedih kerana masih ada insan-insan yang menyayangi diri ini.