Perayaan Tahun Baharu Cina, Kempen Wang Bersama Shopee, Carian Dalam Talian Shopee, Meningkat Sebanyak 32%, Jumlah Carian Produk Di Platform Shopee, Shopee Malaysia, Fortune Ang Pao, Kempen Hari Gaji, WangWithShopee

Carian Dalam Talian Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Tahun Baharu Cina

Saya pasti ramai sudah rakyat Malaysia yang tahu tentang platform membeli belah atas talian yang terkemuka ini dan pasti ramai juga yang tidak ketinggalan bershopping di platform ini. Maklum lah, kan zaman sekarang zaman di hujung jari, nak beli apa-apa pun dah mudah, beli aje secara online…sehari dua dah sampai di rumah, haa..betapa mudahnya shopping secara online ni kan? Saya juga rajin bershopping secara online ni dan tempat yang rajin saya terjah adalah di Shopee..~hee~

Sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia, Shopee iaitu platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di platform Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini.

Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan.

Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Dengan menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 

2018

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut:

Perayaan Tahun Baharu Cina, Kempen Wang Bersama Shopee, Carian Dalam Talian Shopee, Meningkat Sebanyak 32%, Jumlah Carian Produk Di Platform Shopee, Shopee Malaysia, Fortune Ang Pao, Kempen Hari Gaji, WangWithShopee

Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:

Perayaan Tahun Baharu Cina, Kempen Wang Bersama Shopee, Carian Dalam Talian Shopee, Meningkat Sebanyak 32%, Jumlah Carian Produk Di Platform Shopee, Shopee Malaysia, Fortune Ang Pao, Kempen Hari Gaji, WangWithShopee, Carian Palin Popular

Anda juga boleh menikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini.

Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Setiap hari saya dah cuba bermain dengan permainan Forture Ang Pao ni untuk mencuba nasib..hehehe.

Seterusnya, akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
#WangWithShopee

Mengenai Shopee

Merupakan platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform yang direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Peningkatan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini, dengan mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan dan kecantikan, bayi dan permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Ianya merupakan sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan.

Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman di bawah ini :

WEBSITE