Pertandingan Masakan, Anjuran California Raisins, Raya Rasa Sayang, Kismis Dari California Raisin, Cabaran Memasak, Nasi Briyani Raisins Sweet Memory, Kismis California

Cabaran Memasak Anjuran California Raisins Bertema Raya Rasa Sayang

Tahun 2019, sekali lagi Califoria Raisins telah menganjurkan pertandingan memasak bertemakan “Raya Rasa Sayang” yang bertempat di Berjaya University College Of Hospitality.

Penyertaan saya dalam pertandingan anjuran California Raisins kali ini juga merupakan penyertaan kali ke 2 buat saya di mana pada tahun 2016 saya bersama team saya telah berjaya mendapat tempat ke 3 untuk Blogger ‘s Baking Challenge Raya Fiesta. Untuk artikel penuh [BOLEH KLIK SINI].

Pertandingan Masakan, Anjuran California Raisins, Raya Rasa Sayang, Kismis Dari California Raisin, Cabaran Memasak, Nasi Briyani Raisins Sweet Memory, Kismis California

Untuk pentandingan kali ini, terdapat 8 kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai 3 orang blogger yang akan bertarung menyediakan resepi masing-masing dan diwajibkan menggunakan bahan utama iaitu kismis dari “California Raisins”.

Akhirnya saya, Kak Halimah dan Leya berada dalam satu kumpulan dan sepakat memilih nama kumpulan kami iaitu “Women Aspire“.

Pertandingan Masakan, Anjuran California Raisins, Raya Rasa Sayang, Kismis Dari California Raisin, Cabaran Memasak, Nasi Briyani Raisins Sweet Memory, Kismis California

Kumpulan Women Aspire Dalam Cabaran California Raisins

Cabaran Memasak Anjuran California Raisin Bertema Raya Rasa Sayang

Kali ini cabaran memasak yang bertemakan Raya Rasa Sayang yang menggunakan kismis hitam dari California Raisins dalam masakan, bertujuan membangkitkan suasana mesra menerusi makanan yang dihidangkan sempena musim perayaan Aidifitri. Ianya juga mencerminkan kemanisan Hari raya serta semangat kasih sayang, kemaafan, penghormatan, penghargaan, keredaan, kesyukuran, kerahmatan, keakraban, kebaikkan dan saling menghormati.

Setiap kumpulan diberi pilihan untuk memilih salah satu dari 8 tema masakan yang diberi dan kumpulan kami telah memilih tema “Togetherness“.

Pertandingan Masakan, Anjuran California Raisins, Raya Rasa Sayang, Kismis Dari California Raisin, Cabaran Memasak, Nasi Briyani Raisins Sweet Memory, Kismis California

Sepertimana yang semua ketahui, California Raisins merupakan snak yang disukai ramai tak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa. Merupakan kismis yang dikeringkan secara semulajadi dibawah sinaran matahari di California dan mempunyai rasa manis semulajadi dan juga mempunyai kandungan yang tinggi khasiatnya. Boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan kedalam hidangan masakan kita seharian untuk menambahkan kelazatan dalam hidangan masakan tersebut.

Pertandingan Masakan, Anjuran California Raisins, Raya Rasa Sayang, Kismis Dari California Raisin, Cabaran Memasak, Nasi Briyani Raisins Sweet Memory, Kismis California

Maka bermulalah cabaran kami memikirkan nak masak hidangan apa yang mencerminkan tema pilihan tersebut dan masakan apa yang sesuai dicampur kismis kedalamnya.

Beberapa hari sebelum cabaran memasak berlangsung, kami bertiga telah membuat perbincangan dan akhirnya kami sepakat dan sebulat suara untuk membuat nasi briyani. Kami namakan hidangan kami ini “Nasi Briyani Raisins Sweet Memory“.

Pertandingan Masakan, Anjuran California Raisins, Raya Rasa Sayang, Kismis Dari California Raisin, Cabaran Memasak, Nasi Briyani Raisins Sweet Memory, Kismis California

Menyediakan Nasi Briyani Dalam Cabaran California Raisins

Sebenarnya pening jugak nak namakan hidangan ni, macam-macam nama keluar, sampailah satu hari sebelum nak pergi baru lah dapat nama ni..hehehe. Bukan setakat pening nak masak apa, pening nak pilih nama kumpulan, pening pikir nak pakai baju apa (sebab termasuk dalam kriteria penilaian), pikir nak bawak pinggan apa dan macam-macam lagi lah..hahaha, tapi Alhamdulillah akhirnya selesai juga.

Nasi Briyani Raisins Sweet Memory ini merupakan resepi dari kak Limah, resepi nasi briyani yang dibuat lain dari yang lain. Saya dan Leya hanya bantu apa yang patut ketika berada di dapur.

Kak Halimah sedang kusyuk memasak nasi briyani dalam cabaran California R

Tekunnya Kak Limah masak. nasi briyani sweet memory.

Manakala Raita pula adalah hasil dari resepi yang saya selalu buat di rumah bila masak nasi briyani. Raita ni memang sesuai di makan bersama nasi briyani, selalu dihidangkan di kedai Arab atau kedai India.

Idea nak hias Raita ni bagi cantik datang malam sebelum cabaran. Ada jugak lah 2 ke 3 kali saya ubah cara hias Raita ni, last-last idea yang terakhir saya ambil gambar dan hantar ke group Women Aspire.  Masing-masing setuju dengan idea hiasan tersebut

Pertandingan Masakan, Anjuran California Raisins, Raya Rasa Sayang, Kismis Dari California Raisin, Cabaran Memasak, Nasi Briyani Raisins Sweet Memory, Kismis California

Inilah hasil berperah idea semalaman nak buat macam mana dengan Raita ni..:D

Cabaran Raya Rasa Sayang Bersama California Raisin

Bersama-sama bantu membantu dalam menghias hidangan

Sepanjang memasak kak Limah banyak memainkan peranan memasak nasi briyani, manakala saya dan Leya tolong apa yang patut dan menyiapkan hidangan Raita. Bila nasi briyani dah siap di masak kami sama-sama menghias hidangan di atas pinggan secantik dan sekreatif yang kami mampu untuk dipersembahkan dihadapan juri.

Menyediakan Nasi Briyani Raisins Sweet Memory Dalam Cabaran California Raisins

Akhirnya, inilah peresembahan dari kumpulan kami Nasi Briyani Raisins Sweet Memory.

Masa yang diberi adalah selama 1 jam, alhamdulillah atas kepakaran kak Limah memasak, kami siap lebih awal, sempatlah lagi saya dok kacau-kacau rakan-rakan blogger yang lain, nak meredakan debaran di hati bila nak mengadap juri nanti..hahaha. Sempat lagi tu tukar pakaian dan bertudung kain batik ala-ala orang-orang zaman dahulu.

Bila dah siap awal, maka kumpulan kami telah di panggil terlebih dahulu untuk mempersembahkan hidangan yang kami pertandingkan. Walaupun masuk bertanding ni hanya untuk suka-suka dan berseronok bersama blogger yang lain tapi bila part mengadap juri ni..adehhh memang ketaq dibuatnya.

Sepatutnya Leya yang kena jawab soalan dari juri tapi sebabkan kumpulan kami yang kena mengadap dulu, kami terpaksa masuk tanpa Leya sebab Leya keluar tukar baju, ingatkan kita peserta yang ke 7 tengok-tengok kita peserta pertama..huwaaaa. Bila di soal macam-macam, saya seorang yang tak banyak cakap ni tetiba boleh pulak bercakap walaupun ketaq..hahaha kira darurat sangat le ni.

Dihadapan Juri Sewaktu Cabaran Memasak Anjuran California Raisins

Kembang kempis idung dibuatnya bila nak menjawab soalan Juri..hehehe

Sementara nak menunggu keputusan diumumkan, kami semua sempat di beri tunjuk ajar dan tips dari Chef Selebriti Ili Sulaiman tentang cara memasak Beriani Ayam Kismis California dan Roti Sosej Masala Kismis California yang mana kesemua hidangan tersebut menggunakan California Raisins. Dapat jugalah saya merasa keenakkan masakan dari chef selebriti yang terkenal ini.

Chef Selebriti Ili Sulaiman Menunjukkan Demo Masakan Semasa Cabaran California Raisins

Akhirnya, acara yang ditunggu-tunggu pun tiba. Rezeki tidak menyebelahi kami. Namun kami semua tetap seronok menyertai cabaran memasak anjuran California Raisins ini. Kesemua peserta hebat-hebat belaka dan masakan yang dipertandingkan menggunakan kismis kali ini memang cukup menarik.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Moga kita dapat ketemu lagi di masa akan datang dalam cabaran masakan yang sebegini.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang pelbagai resepi dari California Raisins, boleh layari :

WEBSITE | WEBSITE | FACEBOOK