Bertempat di Berjaya University College Of Hospitality telah berlangsung Cabaran Baking California Raisins bersempena Raya Fiesta. Pertandingan yang terdiri daripada barisan blogger-blogger dan diwajibkan menyediakan hidangan seperti biskut, roti, kek atau muffin yang bersesuian dengan konsep Raya Fiesta.

Cabaran Baking California Raisins Bersempena Raya Fiesta

Pertama kali sertai pertandingan sebegini memang satu pengalaman yang sungguh berharga. Kecut perut tu tak boleh nak cakap lah, tapi disebabkan nak mencuba saya nekad sertai cabaran baking California Raisins  ini. Nasib baik setiap peserta di wajibkan membawa seorang lagi blogger untuk di gandingkan bersama ketika cabaran baking berlangsung.

Cabaran Baking California Raisins, California Raisins Raya Fiesta

Bersama partner Nurmisnan dalam Bloggers Baking Challenge

Saya terus memilih pasangan saya iaitu Nurmisnan(Kongsi Bersama Nora) untuk bergandingan dengan saya yang dikira satu kepala jugak lah. Bila satu kepala ni senang nak bergaduh ke, nak merajuk ke tapi masing-masing tak makan hati..hehehe.

Cabaran Baking California Raisins

Bloggers Baking Challenge ini telah dianjurkan oleh California Raisins sendiri yang mana mereka ingin menanamkan minat memakan RAISINS serta memasak menggunakan Raisins, yang mana ia cukup berkhasiat untuk tubuh badan kita. Rasa dia pun sedap okay!!

Cabaran BakingCalifornia Raisins, Blogger Baking Challenge, California Raisins Raya Fiesta

Beberapa hari sebelum cabaran baking Califonia Raisins berlangsung, kami berdua membuat perbincangan dan telah beberapa kali tukar resepi dan akhirnya kami sebulat suara membuat biskut aje, senang sikit sebab masa yang diberi untuk berbaking hanya 1 jam.

Saya sempat juga praktis dirumah membuat biskut dari resepi yang telah kita pilih. Risau waktu pertandingan takut tak jadi pulak nanti..hehehe.

Kami juga sebulat suara memilih nama kumpulan SERASI ELNINO dan nama biskut kami ialah ELNINO COOKIES.Kenapa Elnino? Ok nama elnino ni idea Nurmisnan sebab dia kata sekarang musim panas jadi sesuailah dengan nama elnino tu. Ok jugaklah kan!!!

Bloggers Baking Challenge

Nak tahu, lagi beberapa minit pertandingan nak bermula, kami berdua sempat lagi berlari ke supermarket untuk membeli bahan yang kami rasa perlu ditambah. Kelakar sungguh, terkejar-kejar kami berdua dengan kasut tinggi..kihkihkih.

Kami juga di sediakan dapur yang cukup besar dan selesa, terasa macam berada dalam rancangan MASTERCHEF pulak.

Cabaran Baking California Raisins, Bloggers Baking Challenge, California Raisins Raya Fiesta

First time jugak ni dapat masuk dapur macam ni, siap masak-masak lagi. Syiok woooo….Best betul siapa jadi student kat sini.

Cabaran Baking California Raisins, California Raisins Raya Fiesta, Bloggers Baking Challenge

Kami berdua memang bersungguh-sungguh menyiapkan biskut dari resepi yang kami cipta. Walaupun kami berdua ni kurang berkemahiran berbaking tapi kami tetap nekad menyiapkan elnino cookies kami.

Nak kata kelam kabut tu memang lah kelam kabut sikit sebab kami bukan berkemahiran menggunakan alatan di sana. Alatan semua besar dan canggih hehehe, nasib baik ada ketua chef yang monitor kita ketika masak dan turut ada penolong bila kita perlukan pertolongan menggunakan bahan-bahan yang ada disana. Akhirnya kami berjaya menyediakan hidangan yang bagi saya sedap dan cantik.

Elnino Cookies kami ni selain ada campuran raisins, di dalam dia ada inti nuttela so special sikit, kami juga menyediakan hidangan tambahan untuk dimakan bersama biskut ini iaitu ice-cream. Kalau makan biskut ni bersama ice-cream fuhhh..memang sedap. You all boleh cuba di rumah.

Cabaran Baking California Raisins, California Raisins Raya Fiesta, Bloggers Baking Challenge

Inilah hasil gabungan kami berdua iaitu Elnino Cookies

Bila dah siap kenalah dinilai oleh juri kan! Bergetar juga hati membawa hidangan ini kemeja juri dan melihat juri merasa hidangan kita ini. Alhamdulillah juri suka dan tak ada komen negatif, so lega lah hati kami sikit.

Cabaran Baking California Raisins Bersempena Raya Fiesta

Juri sedang menilai hidangan peserta.

Cabaran Baking California Raisins

Sempat lagi bergambar dengan juri..hehehe

Pengumuman Pemenang Bloggers Baking Challenge

Menang kalah tu adat bertanding. Kami tak mensasarkan menang pun. Kami hanya ingin berseronok dan mencuba cabaran yang diberi yang tak pernah kami lakukan selama ini. Jika menang itu merupakan satu bonus buat kami.

Jeng…jenggg…akhirnya kami terpilih juga untuk tempat 2nd runner-up. Wowww…memang tak disangka-sangka, gabunga kami berdua menjadi.

Cabaran Baking California Raisins, Bloggers Baking Challenge, california Raisins Raya Fiesta

Kami mendapat tempat 2nd Runner Up

Cabaran Baking California Raisins, California Raisins Raya Fiesta, Bloggers Baking Challenge

Hasil hidangan cabaran baking tempat pertama – Aliza dan Meriam

Cabaran Baking California Raisins, California Baking Raya Fiesta, Blogger Baking Challenge

Hidangan dari 1st Runner Up – Ayu Idris dan Naomie

Untuk tempat pertama dan 1st runner-up, tahniah buat mereka. Buat mereka yang tak mendapat tempat, saya ucapkan tahniah juga kerana anda semua turut menyediakan hidangan yang sedap dan cantik, yang penting kita sama-sama enjoy masuk Cabaran Baking California Raisins Bersempena Raya Fiesta ini.

Di bawah ini merupakan hidangan daripada peserta yang telah menyertai Blogger Baking Challenge. Memang berbakat mereka semua ini.

Cabaran Baking California Raisins , California Raisins Raya Fiesta, Blogger Baking Challenge

Hidangan dari Ellana dan Tommy

Cabaran Baking California Raisins, California Raisins Raya Fiesta, Blogger Baking Challenge

Hidangan Dari Team Sweetie Pie

Cabaran Baking California Raisins

Dari Team Muffers – Jocko dan Mestro Ridwan

Cabaran Baking California Raisins, California Raisins Raya Fiesta, Blogger Baking Challenge

Hidangan dari Ayu Rafikah dan Cik Lily Putih

Cabaran Baking California Raisins

Hidangan dari Team Muffin Heads

Lega rasanya bila semua dah selesai. Lepas ni bolehlah masuk mana-mana pertandingan masakan lagi..kihkihkih. Terima kasih pada semua yang menjayakan dan menaja Cabaran Baking California Raisins Bersempena Raya Fiesta ini.