Beberapa hari yang lepas saya ada menonton Wanita Hari Ini. Topic hari itu ialah Bukan Isteri, Bukan Janda. Tetamu undangan pada hari itu ialah Datuk Khairul Anuar dari Sukaguam.
Tajuk Bukan Isteri Bukan Janda ialah berkenaan tentang status wanita yang bersuami tetapi ditinggalkan, dan nak kata janda tapi belum ditinggalkan. Bermakna digantung tak bertali tanpa ada penghujung.
Saya berminat tentang topic ini kerana saya pun berada dalam situasi yang sama selama 5 tahun. Naik turun mahkamah selama 5 tahun bukan lah satu jangka masa yang singkat. Penat berhabis wang ringgit, tekanan emosi semua ada, tapi masih mahkamah tidak memihak kepada saya.
Disebabkan topic ini dikeudarakan , sebanyak sedikit saya dapat kesimpulan kenapa saya masih belum dilepaskan lagi walaupun sudah tidak tinggal bersama selama 5 tahun.
Disini biarlah saya  kongsikan seba sedikit apa yang saya dengar daripada topic yang dibicarakan, pada lelaki atau wanita diluar sana tentang hak-hak seorang isteri yang ditinggalkan tetapi tidak mahu dilepaskan oleh suami.
Dalam isu ini Datuk khairul ada menggulas berkenaan isu ini, yang mana jika isteri sudah tidak suka atau sebaliknya, bagaimana harus dibuat mengikut undang-undang islam dan bagaimana untuk membebaskan perkara itu dari berlaku.
Disini Datuk Khairul ada mengulaskan yang orang lelaki boleh berkahwin lain tetapi isteri tidak boleh. selagi masih ada taraf isteri orang bermakna status nya akan kekal sebegitu.
Kata beliau, orang lelaki ni kena gentlemen sikit, samaada memegang isterinya dengan cara baik atau melepaskan isterinya dengan cara baik. ( terdapat dalam surah al bakarah ).
Tidak ada persefahamnan, tidak ada kasih sayang lagi tetapi tidak mahu melepaskan. Kenapa jadi begini?
1) Kerana Dendam. (kemarahan)
     Orang lelaki berdendam kerana merasa malu dengan kawan-kawan dan orang sekeliling, malu bila semua
     orang tahu si isteri menuntut fasakh, bukan dia yang menceraikan si isteri.
2)  Kerana Ego (tidak mahu melepaskan)
     Ego disini bermaksud, si suami tidak menyangka yang isterinya ingin menuntut fasakh lalu bagi dia, alang-
     alang dia tidak mendapat isteri, orang lain pun tidak boleh bersama isteri dia.
BUKAN ISTERI BUKAN JANDA
Tiga Elemen yang Datuk Khairul huraikan terhadap isu ini.
 
1)  Pandangan masyarakat.
     Dilemma dalam hal ini banyak ditanggung oleh wanita. Pandangan masyarakat terhadap seorang wanita
     terpaksa yang menuntuk fasakah kebanyakkan negatif, sedangkan hal sebenar tidak
     diketahui. Mereka akan terus memandang rendah terhadap wanita-wanita ini. Dihina serta dipersalahkan
     kerana tidak pandai menjaga suami. Masyarakat menghukum tanpa usul periksa. Ini lah yang saya turut
     rasai.
     (-Sebenarnya benda ini sesuatu harus / wajib dilakukan jika mendatangkan kemuradatan.)
2)  Soal prosudear
     Adakah Mahkamah dan peguam sudah mengambil semua tindakan yang sewajarnya
3)  Mendapat pembelaan yang sewajarnya
     Jangan mengambil masa terlalu lama. Boleh mendatangkan kemudaratan terhadap isteri yang teraniya.
Tanggungjawab seorang lelaki terhadap perempuan
Firman Allah s.w.t
Wahai org-orang yang beriman , hendaklah kamu tahu apa yang telah kamu akad kan.
Bermakna ketika akad dahulu kamu telah berjanji dengan si isteri dan keluarga isteri untuk menjaga dengan baik. Tetapi jika sudah tidak ada persefahaman, dipulangkan juga dengan cara yang baik.
BUKAN ISTERI BUKAN JANDA
Tetapi jika isteri tidak ada kasih sayang lagi kepada suami dan suami tidak mampu lagi untuk menjaga atau memberi kasih sayang , tidak mampu memberi nafkah lagi kepada si isteri, maka lepas kan lah wanita itu kerana dia ada hak untuk mendapat kasih sayang daripada lelaki lain. Mungkin jodoh hanya setakat itu.
Huraian saya
Saya bersependapat dengan Datuk  Khairul yang mana tidak kira lelaki atau perempuan haruslah bertolak ansur, ikut negara luar yang mana mereka boleh berbincang dengan baik masaalah perceraian tanpa ada perasaan ego. Orang melayu yang beragama islam tahu bab-bab agama dan tahu salah kalau menggantung isteri tetapi masih melakukan dan menghukum isteri dengan cara begitu.
Saya berharap pihak Mahkamah memandang serius perkara ini. Janganlah dibiarkan si isteri menderita di gantung tak bertali.
BUKAN ISTERI BUKAN JANDA
Ramai wanita diluar sana yang senasib dengan saya, yang masih tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Saya tidak malu untuk bersuara disini kerana saya berhak untuk bersuara. Berhak untuk membela nasib-nasib wanita yang menerima nasib seperti saya. Di gantung tak bertali bertahun-tahun lamanya.
 
Dimana kah hak-hak wanita yang sering dilaungkan?
Tags :  Bukan Isteri, bukan Janda, Bukan Isteri dan bukan janda, Digandung tak bertali sama makna bukan isteri bukan janda