Buffet Ramadhan Casa Ombak merupakan satu tempat berbuka puasa yang semestinya saya kunjungi Ramadhan 2014 ini. Casa Ombak merupakan tempat yang sesuai untuk kita membawa keluarga dan kawan-kawan menikmati hidangan berbuka puasa disini.

Tempat ini bukan sahaja terbuka buat orang Melayu tetapi juga terbuka untuk bangsa asing di Malaysia.

casa-ombak-buffet-ramadhan , Buffet Ramadhan Casa Ombak

BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK

Selalunya bila tiba Ramadhan kebanyakan restaurant dan hotel-hotel akan membuat promosi dan menyediakan buffet ramadhan. Ketika inilah kita selalu pening kepala nak pilih tempat berbuka puasa yang menepati citarasa kita dengan harga yang berpatutan.

Semperna bulan Ramadhan 2014 ini, Casa Ombak juga tidak ketinggalan mempromosikan Buffet Ramadhan Casa Ombak. Dengan hidangan yang berkonsepkan ala kampung, sedikit sebanyak dapat juga mempromosikan hidangan warisan turun temurun negara kita Malaysia.

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Turut tersediakan Buffet Stall terbuka untuk kesenangan buat kita memilih perbagai juadah yang disediakan dengan berkonsepkan ala garden, sambil itu kita boleh menikmati hidangan berbuka dalam suasana yang santai disampaing keluarga atau rakan-rakan.

Selain hidangan ala kampung tersedia juga instant food stall corner. Menarik bukan?

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak

LOKASI DAN MAP

Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Kuala Lumpur, jangan teragak-agak untuk datang dan mencuba hidangan Buffet Ramadhan Casa Ombak ini. Tempat ini terletak betul-betul ditengah bandaraya Kuala Lumpur dan dikawasan yang sangat stategik. Ianya mudah dijumpai dan juga persekitaran kawasan yang amat menggagumkan.

Dengan susun atur serta hiasan tempat buffet yang bercirikan garden pasti membuatkan tetamu merasa selesa untuk menjamu selera dalam suasana yang santai.

* Kemudahan ruang solat juga disediakan buat muslimin dan muslimat.

Terletak di Casa Ombak Banglo, No 22 Jalan Damai Off Jalan Ampang, merupakan lokasi event untuk Buffet Ramadhan Casa Ombak.

Casa Ombak Maps , Buffet Ramadhan Casa Ombak

Map ke Casa Ombak

TEMPAHAN

Tempahan juga boleh dibuat samada untuk individu, group, family atau syarikat. Kepada yang ingin membuat tempahan bolehlah segera hubungi talian dibawah ini :-

Call/ Whatsapp      :    Akma Omar 013 2680001

Tel                               :    03 21818750

Call/ Whatsapp      :     013 6241417

Call/ Whatsapp      :     012 6621062

Facebook Page       :     Ombak Creative Page

Website                     :    www.OmbakCreative.com

Dengan hidangan buffet yang serba mewah dan dengan harga yang berpatutan, saya pasti anda akan berpuashati jika datang ke Buffet Ramadhan Casa Ombak ini.

HARGA BUFFET RAMADHAN

Harga yang di kenakan pula memang amat berpatutan. Kita boleh makan apa sahaja dengan harga yang diberi.

  • Dewasa : RM 55.00nett
  • Kanak-kanak : RM27.00nett (5-12tahun)

Dengan harga yang berpatutan, kualiti makanan mereka juga amat terjamin. Bagi mereka yang pernah datang ke Casa Ombak dan menerima perkhidmatan yang disediakan, rata-rata memuji service yang diberi oleh Ombak Creative ini(review dari google).

Saya pasti selain daripada makanan dan lokasi Casa Ombak anda juga pasti nak tahu mengenai latar belakang Ombak Creative dan Casa Ombak yang memang terkenal sekarang ini ya tak?

LATAR BELAKANG OMBAK CREATIVE

Dikalangan para blogger dan sesiapa yang pernah mengikuti blog akmaomar.com pasti akan mengetahui siapa beliau.Blogger yang terkenal dan dalam masa yang sama merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Ombak Creative ini merupakan perniagaan keluarga beliau yang telah menjalankan penggurusan event selama 10 tahun. Ombak Creative adalah sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd.

Team Ombak Creative juga turut berpengalaman menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis koperat dan persendirian.

Buffet Ramadhan Casa Ombak , Menyediakan pelamin, Casa Ombak

Menyediakan pelamin dan menguruskan majlis perkahwinan

Buffet Ramadhan Casa Ombak , Casa Ombak , Perkhidmatan yang disediakan

Anda juga boleh mendapatkan khidmat catering dan canopy disini.

Selama 10 tahun beroperasi telah banyak event yang telah mereka kendalikan. Dengan tenaga kerja yang berpengalaman rata-rata yang mendapat khidmat daripada mereka memuji dan puashati dengan perkhidmatan yang diberi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan anda boleh layari website seperti yang tertera diatas.

Akhir kata dari saya, jangan tunggu lama-lama untuk membuat tempahan samaada untuk perkhimatan mereka atau merasai juadah Buffet Ramadhan Casa Ombak.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita ramai-ramai memeriahkan lagi suasana Buffet Ramadhan Casa Ombak sambil menikmati keenakan juadah berbuka yang disediakan.

Insaallah saya dan keluarga pasti akan datang ke Casa Ombak ini untuk menikmati juadah berbuka puasa disini , dan berkemungkinan saya dan beberapa orang blogger juga akan datang berbuka disini (sedang memilih tarikh yang sesuai).

Buffet Ramadhan Casa Ombak , Casa Ombak

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

* Kredit Image : Ombak Creative

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK