Berbuka Puasa, Buffer Ramadhan Restoran Rebung, Buffet Ramadhan 2019, Dato Chef Ismail, masakan kampung, Nostalgia Sajian Desa, Restoran Rebung Chef Ismail, Sajian Traditional, Taman Botani Perdana

Sajian Buffet Ramadhan 2019 Di Restoran Rebung Bertemakan Nostalgia Sajian Desa

Kalau di tanya kepada saya, sajian apa yang saya suka tak kala berbuka puasa, semestinya pilihan saya sajian traditional atau ala kampung. Hidangan lain bukan tak suka, tapi tekak melayu saya ni kuat sangat kepada masakan warisan kita zaman berzaman, lagipun bila tiba bulan puasa ni terasa rindu dengan masakan mak so haruslah saya cari makanan ala-ala kampung yang sama dengan masakan mak ketika berbuka puasa.

Antara restoran yang saya suka pergi kerana menyediakan sajian kampung yang sedap adalah Restoran Rebung milik Chef Ismail. Dari restoran ni terletak di Bangsar (berdekatan dengan rumah saya) hinggalah berpindah ketempat sekarang iaitu di Taman Botani Perdana, saya tetap akan pergi menjamu selera di restoran ini. Masakan dia benar-benar kena dengan citarasa saya.

Buffet Ramadhan Restoran Rebung 2019 Bertemakan Nostalgia Sajian Desa

Berbuka Puasa, Buffer Ramadhan Restoran Rebung, Buffet Ramadhan 2019, Dato Chef Ismail, masakan kampung, Nostalgia Sajian Desa, Restoran Rebung Chef Ismail, Sajian Traditional, Taman Botani Perdana

Sepanjang bulan Ramadhan 2019 ini, Restoran Rebung menyediakan lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan pelanggan yang berkunjung untuk berbuka puasa. Bermula dari makanan pembuka selera (appetizer) sehinggalah ke pencuci mulut. Haa..banyak tu kan! Orang kata, makan tak habis gitu..hehehe.

Bertemakan “Nostalgia Sajian Desa”, Restoran Rebung masih mengekalkan hidangan masakan kampung yang istimewa dan paling saya gemari iaitu daging salai masak lemak cili api, telur itik masak lemak dan ikan patin masak tempoyak.

Berbuka Puasa, Buffer Ramadhan Restoran Rebung, Buffet Ramadhan 2019, Dato Chef Ismail, masakan kampung, Nostalgia Sajian Desa, Restoran Rebung Chef Ismail, Sajian Traditional, Taman Botani Perdana

Berbuka Puasa, Buffer Ramadhan Restoran Rebung, Buffet Ramadhan 2019, Dato Chef Ismail, masakan kampung, Nostalgia Sajian Desa, Restoran Rebung Chef Ismail, Sajian Traditional, Taman Botani Perdana

Berbuka Puasa, Buffer Ramadhan Restoran Rebung, Buffet Ramadhan 2019, Dato Chef Ismail, masakan kampung, Nostalgia Sajian Desa, Restoran Rebung Chef Ismail, Sajian Traditional, Taman Botani Perdana

Jangan lupa mencuba menu yang lain-lain pun tak kurang hebatnya, antaranya aneka ayam (ayam goreng, ayam masak merah, ayam kerutub, ayam kurma, kari ayam, ayam masak lemak), aneka ikan (ikan singgang, ikan goreng berlado, ikan masak taucu, gulai lemak ikan dan kacang panjang, ikan masin masak lemak, ikan pari air asam, ikan asam rebus, ikan cencaru sumbat dan lain-lain lagi), lala goreng pedas, udang masak sambal, kepah, masak lemak jantung, gulai lemak pisang, aneka ikan, aneka sayur dan lain-lain lagi.

Berbuka Puasa, Buffer Ramadhan Restoran Rebung, Buffet Ramadhan 2019, Dato Chef Ismail, masakan kampung, Nostalgia Sajian Desa, Restoran Rebung Chef Ismail, Sajian Traditional, Taman Botani Perdana

Itu belum lagi saya listkan hidangan sampingan yang lain, sure anda tak senang duduk dan rasa nak pergi sekarang aje ke Restoran Rebung..hehehe.

Terdapat juga gerai-gerai yang beratapkan nipah, kayu dan kain menyerikan lagi suasana kampung ketika anda berbuka puasa. Boleh pilih mana yang anda berkenan untuk mulakan dahulu juadah berbuka anda. Kalau saya, sure terjah gerai nasi kerabu, yang lain-lain tu kemudian saya akan terjah..hehehe.

Berbuka Puasa, Buffer Ramadhan Restoran Rebung, Buffet Ramadhan 2019, Dato Chef Ismail, masakan kampung, Nostalgia Sajian Desa, Restoran Rebung Chef Ismail, Sajian Traditional, Taman Botani Perdana

Berbuka Puasa, Buffer Ramadhan Restoran Rebung, Buffet Ramadhan 2019, Dato Chef Ismail, masakan kampung, Nostalgia Sajian Desa, Restoran Rebung Chef Ismail, Sajian Traditional, Taman Botani Perdana

Kemudahan-Kemudahan yang terdapat di Restoran Rebung

Berbuka Puasa, Buffer Ramadhan Restoran Rebung, Buffet Ramadhan 2019, Dato Chef Ismail, masakan kampung, Nostalgia Sajian Desa, Restoran Rebung Chef Ismail, Sajian Traditional, Taman Botani Perdana

Restoran Rebung terletak di atas ruang parking, bermakna kemudahan parking memang tidak menjadi masalah di sini. Keluar kereta, masuk lift, tekan tingkat atas sekali dah sampai ke ruang Restoran Rebung. Tak kala melihat dekorasi dalaman restoran ini, mata dah terpaku dengan dekorasi yang bercirikan kampung di mana kain batik dan pelikat tersidai di tingkap-tingkap yang ada di sana. Terus terasa rindu pula pada kampung halaman.

Di sini, ruang makan yang ada mampu menampung kapasiti sehingga 500 orang pada satu masa. Terdapat bilik-bilik yang terpisah dengan warna iaitu Blue Room berkapasiti 20-23 orang, Red Room berkapasiti 70-80 orang, Green Room berkapasiti 110-120 orang. Stage Area berkapasiti 120-130 orang, Yellow Room berkapasiti 50 orang manakala Anjung boleh menampung sehingga 70 orang.

Berbuka Puasa, Buffer Ramadhan Restoran Rebung, Buffet Ramadhan 2019, Dato Chef Ismail, masakan kampung, Nostalgia Sajian Desa, Restoran Rebung Chef Ismail, Sajian Traditional, Taman Botani Perdana

Manakala anda juga tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang mengerjakan Solat kerana ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan turut tersedia dan mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa. Apa yang lebih menarik lagi, kawasan Restoran juga merupakan restoran mesra OKU!

Persembahan Ghazal sepanjang bulan Ramadhan

Berbuka Puasa, Buffer Ramadhan Restoran Rebung, Buffet Ramadhan 2019, Dato Chef Ismail, masakan kampung, Nostalgia Sajian Desa, Restoran Rebung Chef Ismail, Sajian Traditional, Taman Botani Perdana

Sepanjang bulan Ramdhan nanti, anda tidak akan terasa sunyi dan bosan kerana pelanggan akan dialunkan dengan irama Ghazal oleh kumpulan  Ghazal Sri Nuansa. Sambil menjamu selera sambil mendengar alunan irama ghazal yang mengusik jiwa. Memang terasa kita berada di zaman dahulu kala.

Berbuka Puasa, Buffer Ramadhan Restoran Rebung, Buffet Ramadhan 2019, Dato Chef Ismail, masakan kampung, Nostalgia Sajian Desa, Restoran Rebung Chef Ismail, Sajian Traditional, Taman Botani Perdana

Kredit Image : Restoran Rebung

So sesiapa nak buat tempahan untuk berbuka puasa sudah boleh dilakukan sekarang ye! Cepat-cepat hubungi talian 03-2276 3535 atau 03-2276 2525.

Alamat : 5-2, Aras 5,
Parkir Bertingkat Bukit Aman,
No1 Jalan Tanglin,
Taman Botani Perdana.

Harga Buffet Ramadhan 2019 Restoran Rebung :

Dewasa – RM84.80 nett

Kanak-kanak – RM53.00 nett (5 -11 tahun)

Buffet Ramadhan 2019 Restoran Rebung Bercirikan Nostalgia Sajian Desa

Yang terasa nak buat majlis berbuka puasa di Rebung ataupun nak buat majlis berbuka puasa di rumah, pejabat dan sebagainya, restoran rebung turut menyediakan perkhidmatan katering, anda boleh hubungi pihak katering mereka di talian 03-2276 3535/ 2525 untuk maklumat lanjut.

Untuk pengetahuan anda juga, sepanjang  bulan ramadhan 2019 ini, Dato’ Chef Ismail juga akan berada di Sofitel Kuala Lumpur,Damansara. Dato’ Chef Ismail akan berada di Sofitel pada hari-hari tertentu. Bagi anda yang ingin berjumpa Chef Ismail selain daripada Restoran Rebung, anda juga boleh berbuka puasa di Sofitel Kuala Lumpur Damansara untuk berjumpa dengan Chef Selebriti ini.

Sedikit Info Restoran Selain Bulan Ramadhan 

Menyediakan buffet Breakfast, Lunch, Hi-Tea, and Dinner.

Buffet Breakfast: Bermula pada jam 8:00 pagi-10:30 pagi

Harga                    : RM 21.20 dan Breakfast Set Bermula dari harga RM6.00

Buffet Lunch       :  Bermula pada jam 11:00 pagi-3:00 petang.

Harga                    : RM42.40(Dewasa),Rm29.70(Kanak-Kanak)

Buffet Hi -Tea     :  Bermula pada jam 3:30 petang -5:30 petang

Harga                    : RM37.10(Dewasa),RM21.20(Kanak-Kanak)

  • Bergantung pada tempahan

Buffet Dinner      : Bermula pada jam 6:30 petang- 10:30 petang

Harga                    : RM53.00(Dewasa),RM35.00(Kanak-Kanak)

Bermula bulan Mac 2019, Restoran Rebung telah memperkenalkan satu lagi konsep terbaru iaitu Pick & Pay. Pick & Pay merupakan konsep makanan rakyat yang mana harga bermula serendah RM0.50 untuk sebiji kuih dan RM1.50 untuk segelas air (tidak termasuk 6% SST dan 10% Servis Charge). Konse Pick & Pay ini diilhamkan sendiri sendiri oleh Dato’ Chef Ismail.