Buffet Ramadhan 2017 The Grand Campbell Hotel

Ramadhan tahun ini bakal jatuh pada bulan Mei 2017. Kebanyakkan restoran, kedai mahupun hotel-hotel sudah mula memperkenalkan buffet Ramadhan mereka untuk kesenangan para pelanggan membuat pilihan dan menentukan di mana tempat dan lokasi terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan juga kenalan.

Jika anda berada di sekitar Jalan Tengku Abdul Rahman, The Grand Campbell Hotel merupakan pilihan terbaik untuk anda berbuka puasa kerana tempatnya yang strategik dan betul-betul berada bersebelahan dengan pusat beli belah yang terkenal seperti Jakel, Sogo, Nagoya, Pertama Kompleks dan banyak lagi pusat membeli belah disana.

Lepas membeli belah persiapan Hari Raya, bolehlah terus ke The Grand Campbell untuk menikmati hidangan berbuka dengan suasana yang tenang serta makanan yang sedap-sedap. Harganya juga amat berpatutan dengan beraneka jenis hidangan kampung disediakan secara buffet, menepati tema tahun ini iaitu “Nostalgia Klasik Ramadhan“.

Buffet Ramadhan 2017 The Grand Campbell Hotel

Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan, buffet Ramadhan 2017, hidangan kampung, Nostalgia Klasik Ramadhan, Ramadhan, The Grand Campbell Hotel, Jalan Tengku Abdul Rahman

Buffet Ramadhan 2017 The Grand Campbell Hotel memulakan operasinya  dari 26 May – 24 June 2017 sekitar pukul 7.30 hingga 9.30pm, yang terletak di Dewan Bunga Raya, Level 4.

Makanan kampung antara hidangan istimewa di sini. Mereka turut menyediakan 7 hidangan menu yang berbeza setiap hari. Saya bersama rakan media dan blogger di beri kesempatan merasai hidangan yang di sediakan ketika Buffet Ramadhan Preview yang diadakan pada 16 Mac 2017 baru-baru ini.

Jom kita jengok-jengok sebahagian menu yang bakal dihidangkan di hotel ini ketika Ramadhan nanti:

Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan, buffet Ramadhan 2017, hidangan kampung, Nostalgia Klasik Ramadhan, Ramadhan, The Grand Campbell Hotel, Jalan Tengku Abdul Rahman

Ulam-ulaman kampung yang membangkitkan selera.

Pembuka selera seperti ulam-ulaman kampung di makan bersama beraneka jenis sambal seperti sambal belacan, sambal tempoyak, sambal jawa, cili padi bersama kicap kalau di makan bersama nasi panas, fuhhh sure bertambah nasi dibuatnya…hehehe.

Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan, buffet Ramadhan 2017, hidangan kampung, Nostalgia Klasik Ramadhan, Ramadhan, The Grand Campbell Hotel, Jalan Tengku Abdul Rahman

Kambing Masak Jintan

Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan, buffet Ramadhan 2017, hidangan kampung, Nostalgia Klasik Ramadhan, Ramadhan, The Grand Campbell Hotel, Jalan Tengku Abdul Rahman

Hidangan sayur

Kari udang dan terung

Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan, buffet Ramadhan 2017, hidangan kampung, Nostalgia Klasik Ramadhan, Ramadhan, The Grand Campbell Hotel, Jalan Tengku Abdul Rahman

Stir Fried Mussel With Thai Sauce

Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan, buffet Ramadhan 2017, hidangan kampung, Nostalgia Klasik Ramadhan, Ramadhan, The Grand Campbell Hotel, Jalan Tengku Abdul Rahman

Ayam Ayam Kampung

Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan, buffet Ramadhan 2017, hidangan kampung, Nostalgia Klasik Ramadhan, Ramadhan, The Grand Campbell Hotel, Jalan Tengku Abdul Rahman

Telur Masin

Nasi Kismis Arab

Di atas ini merupakan sebahagian hidangan kampung yang pastinya membangkit selera anda. Banyak lagi menu yang bakal di hidangkan bermula Ramadhan nanti, yang pasti buatkan anda terkenang-kenangkan berbuka di kampung halaman bersama ibu dan ayah serta keluarga yang lain.

Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan, buffet Ramadhan 2017, hidangan kampung, Nostalgia Klasik Ramadhan, Ramadhan, The Grand Campbell Hotel, Jalan Tengku Abdul Rahman

Tahu Sumbat

Terdapat juga beraneka jenis kuih muih, bubur dan juga buah-buahan. Saya tak sempat pulak nak tangkap gambar kuih muih yang ada untuk tunjuk dengan anda semua, tapi yang pasti kuih muih kampung memang banyak disedaikan.

Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan, buffet Ramadhan 2017, hidangan kampung, Nostalgia Klasik Ramadhan, Ramadhan, The Grand Campbell Hotel, Jalan Tengku Abdul Rahman

Biskut-Biskut Traditional

Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan, buffet Ramadhan 2017, hidangan kampung, Nostalgia Klasik Ramadhan, Ramadhan, The Grand Campbell Hotel, Jalan Tengku Abdul Rahman

Air manisan serta air panas juga turut disediakan

Banyak juga menu yang saya tengok dalam buku menu sepanjang Ramadhan nanti, dan setiap hari menu mereka akan bertukar dan yang pasti kambing golek tetap ada setiap hari..yum yum, my favorite tau kambing golek..hehehe. Anda boleh makan apa sahaja sampai kenyang, tapi jangan sampai membazir pulak ya!

Kemudahan surau juga turut tersedia untuk kemudahan bersolat. Bukan itu sahaja, hotel ini juga menawarkan 153 bilik dengan pemandangan bandar dari tingkat 13 hingga tingkat 19. Wi-fi percuma, dewan persidangan, dewan bunga raya, dewan bankuet dan tempat letak kereta yang mencukupi. Rasa-rasa nak bershopping barang Raya semasa bulan puasa nanti di sekitar Jalan Tengku Abdul Rahman, bolehlah menginap di hotel ini. Senang sangat jika anda menginap di sini, semua tersedia di satu tepat dan kawasan.

Info tentang Buffet Ramadhan 2017 The Grand Campbell Hotel :
 
Tarikh 26hb May – 24 June.
Masa : 7.30-9.30pm
Harga : RM55.00 /Pax
Promosi : Beli 10 Tiket dan anda dapat 1 Free Tiket
Complimentary untuk kanak-kanak bawah 12 tahun 
 
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :
The Grand Campbell Hotel
Ground Floor, Campbell Complex,
98 Jalan Dang Wangi,
50100 Kuala Lumpur.
Tel : +6012 6871518
Email : fadzlina@grandcampbellhotel.com