Sudah menjadi amalan warga kita di Malaysia, bila tibanya bulan puasa pasti ada diantara kita akan berbuka puasa di luar bersama-sama kaum keluarga atau sahabat handai. Ramai juga yang tercari-cari hotel mana yang menyediakan buffet ramadhan yang murah dan sedap. Masih tidak tahu mana hala tuju, jom kita berbuka puasa di buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur.

Royale Bintang Hotel terletak di area yang betul-betul strategik dan juga berada di tengah bandar Kuala Lumpur. Banyak juga kemudahan pengankutan awan tersedia untuk sampai ke sana seperti Monorel.

Macam saya masa ke sini senang aje, naik uber..tak payah pikir pasal parking. Tapi jika nak parking pun senang aje, just masuk ke parking yang tersedia dalam hotel.

Berbuka Puasa Di Buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur

Berbuka Puasa Di Buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur

Saya telah dijemput untuk Berbuka Puasa Di Buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur yang terletak di aras 1, Sunflower Brasserie, Royale Bintang Kuala Lumpur.

Berbagai hidangan yang tersedia untuk kita berbuka puasa di buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur ini.

Dengan masakan ayam panggang daun selasih, daging deng deng, masak lemak ikan masin belimbing besi , Siput manis rendang pedas , Guali tulang kambing dengan pisang muda , Lemak cili padi salai , Ikan bakar daun pisang , ayam percik dengan lemang dan macam-macam hidangan yang ada saya cuba. Terbukti kesemuanya sedap lebih-lebih lagi bila saya makan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.

Beraneka Lauk Pauk Yang Tersedia

Buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Royale Bintang , Berbuka Puasa Di Buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur

Berbuka Puasa Di Buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur

Buffet Ramadan Kuala Lumpur

Tidak ketinggalan aneka ulam kampung yang juga dihidangkan seperti pucuk pegaga, ulam raja, kacang botol , hidangan pebagai kerabu dan banyak lagi ulam-ulaman. Sambal belacan, sambal tempoyak dan bermacam jenis sambal pun ada.

Berbuka Puasa Di Buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur

Berbuka Puasa Di Buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur

Perbagai jenis gulai juga ada. Sotong dan udang salai memang menyentap selera untuk saya mencuba.

Berbuka Puasa Di Buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur

Yang menarik selera saya bila saya tengok Kambing Panggang Arab yang dihidangkan dengan (brown mint sauce, Blackpapper, Yoghurt, Hummus, Tabbouleh). Serious saya cakap memang sedap kambing panggang arab ni.

Ayam panggang juga menarik minat dan sedap apabila dimakan.

Buffet Ramadan Royal Bintang Kuala Lumpur

Untuk mereka yang rindukan manisan kampung, anda juga berpeluang untuk menikmati perbagai manisan traditional yang dihidangkan seperti wajik, dodol, tapai pulut daun pisang,  pulut panggang dan tak lupa bubur kacang merah, bubur pengat bisang dan macam-macam jenis bubur.

Pencuci Mulut Yang Sedap Ketika Berbuka Puasa

Tidak ketinggalan pemanis ala barat seperti Pancake with banana filling, strawberry filling dan lain-lain.

Buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur

Buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur

Buffet Dinner Royale Bintang Kuala Lumpur

Buffet Ramadan Royale Bintang, Royale Bintang, Berbuka Puasa

Memang puashati jika kita berbuka puasa di buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur ni. Makanan yang dihidangkan memang sedap dan lebih dari 100 hidangan beraneka pilihan tersedia disana.

Ruang solat juga disediakan untuk para muslimin dan muslimat.

Jika anda ingin berbuka puasa di luar, memang saya suggestkan berbuka puasa di Buffet Ramadan Royale Bintang Kuala Lumpur ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi talian 03-21439898 sambungan 4809.