Kembali Kitchen, D'Kembali, Bufet Ramadan 2019, Bufet Makan Malam, Selera D'Kembali, Best Western Petaling Jaya, Harga Bufet Ramadan

Kembali Kitchen Menyajikan Juadah Istimewa Bertema “Selera D’Kembali”

Terasa sekejap aje masa berlalu dan kini kita bakal menyambut bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini. Kemeriahan makin terasa apabila kebanyakkan hotel dan restoran turut mengadakan promosi buffet Ramadan istimewa buat mereka yang ingin berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Pada mereka yang masih tidak tahu ingin berbuka puasa di mana, saya cadangkan anda ke restoran Kembali Kitchen, Best Western Petaling Jaya. Bertemakan “Selera d’Kembali”, hidangan bufet makan malam di sini akan menyajikan lebih dari 100 juadah kegemaran ramai yang cukup enak, pastinya membangkitkan selera anda semua ketika berbuka puasa.

Kembali Kitchen Menyajikan Bufet Makan Malam Bertema “Selera D’Kembali”

Kembali Kitchen, D'Kembali, Bufet Ramadan 2019, Bufet Makan Malam, Selera D'Kembali, Best Western Petaling Jaya, Harga Bufet Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan 2019 ini berlangsung, hidangan bufet makan malam “Selera d’Kembali  akan disediakan oleh Chef yang cukup berpengalaman iaitu Chef Amin. Beliau akan menyediakan pelbagai menu pilihan ramai seperti Gulai daging kawah, Telur Itik bersama belimbing Masak Lemak Cili Padi, Ayam percik Kelantan, Daging rendang Tok, Paru Berlado, Pucuk Manis Masak Lemak, Sotong Masak Lemak Pucuk Ubi, Udang Mongolian, Ikan Masak Tikka, Daging Kambing Goreng Lada Hitam, Kambing Bakar, serta, Sotong Masak Kalio.

Keabu serta ulam-ulaman pembuka selera juga turut disediakan bersama pelbagai sambal-sambal antaranya sambal tempoyak, sambal belacan, sambal kicap, sambal jawa dan lain-lain.

Kerabu Udang Bersusun Hidang Berbuka Kembali Kitchen

Kerabu Udang Bersusun

Kerabu Kacang Botol pembuka selera bufet Ramadan Kembali Kitchen

Kerabu Kacang Botol

Ulam-ulaman Pembuka Selera Ramadan Best Western PJ

Ulam-ulaman

Ramadan Bufet 2019 - Kembali Kitchen Menyajikan Bufet Makan Malam Bertema Selera D'Kembali

Sambal-sambal pembuka selera.

Apa yang lebih memberi keterujaan dan istimewa, bufet makan malam  kali ini, Chef Amin turut menyajikan hidangan special iaitu Daging Salai Bersama Mangga Muda Masak Lemak Cili Padi. Pastinya akan membuatkan para pengunjung kecur air lioq gitu..hehehe. Saya dah rasa masa tau, memang sedap teramat dan daging dia pun lembut, makan boleh bertambah tau! Sesiapa yang berbuka puasa di sini, jangan lupa nikmati hidangan sedap ni.

Kembali Kitchen, D'Kembali, Bufet Ramadan 2019, Bufet Makan Malam, Selera D'Kembali, Best Western Petaling Jaya, Harga Bufet Ramadan

Daging Salai Bersama Mangga Muda Masak Lemak Cili Padi

Makan lemang bersama rendang pun memang sedap, terasa dah nak raya pula. Lemang yang disediakan memang lembut. Susah tau nak cari lemang yang lembut dan sedap macam ni.

Lemang Sedap Di Kembali Kitchen Yang Bertema Selera D'Kembali

Serunding Ayam D'Kembali

Serunding Ayam

Rendang Daging Kasturi D'Kembali Best Western PJ

Rendang Daging Kasturi

Kambing golek beserta hidangan bakar-bakar memang tak sah kalau tak ada. Yang ini pun bagi saya cukup special. Makan bersama sos mint manakala yang bakar-bakar di makan bersama air asam, perghhh sedappp!!

Ramadan Bufet 2019 - Kembali Kitchen Menyajikan Bufet Makan Malam Bertema Selera D'Kembali

Kambing Golek

Ramadan Bufet 2019 - Kembali Kitchen Menyajikan Bufet Makan Malam Bertema Selera D'Kembali

Satay Ayam Dan Daging

Lepas makan hidangan berat, mesti nak cari pencuci mulut kan? Mereka juga menyediakan pencuci mulut yang pelbagai..dari biskut raya, kuih traditional hinggalah ke ABC yang kita boleh buat sendiri dan letak bahan-bahan sendiri.

Banyak lagi hidangan yang ada di Kembali Kitchen sempena Ramadan ini. Saya pasti, anda tidak akan pulang dengan perasaan kecewa kerana hidangan di sini pasti dapat memuasakan hati para pengunjung.Memang sejak dahulu lagi, restoran Kembali Kitchen tidak pernah menghampakan selera pengunjung yang berbuka puasa disana.

Harga Bufet Makan Malam Selera D’Kembali

Harga Bufet Makan Malam Selera D'Kembali

Bersempena dengan Ramadhan kali ini, yang akan diadakan dari 13 Mei hingga 31 Mei 2019, 6.30 malam hingga 10 malam, di Kembali Kitchen. Untuk lebih penjimatan, anda digalakkan membuat pembelian awal, anda akan nikmati harga RM75nett setiap orang dewasa + Bonus Beli 5 Percuma 1. Manakala untuk harga kanak-kanak berumur 5 – 12 tahun dan warga emas berusia 55 tahun keatas  beharga RM62.50 bersih setiap seorang.

Promosi untuk pembelian awal berakhir pada 30hb April 2019. Untuk mendapatkan bauchar pembelian awal, anda boleh hubungi :

Cik Wan Nabila – 0197776079 / Cik Vicky – 0197774140

Email – info@bestwesternpj.com.my

Hotel Best Western juga berkolaborasi dengan rakan niaga seperti Maxis, Hotlink dan Maybank. Bermula dari 1hb Mei 2019 hingga 31hb Mei 2019, pelanggan niaga boleh menikmati diskaun ekslusif sebanyak 40% untuk seorang dewasa. Diskaun hanya sah pada harga asal dewasa iaitu RM125 bersih. Pelanggan boleh merujuk kepada aplikasi rakan niaga masing-masing bagi terma dan syarat.

Untuk keterangan lanjut boleh layari :

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

Kembali Kitchen @ Best Western Petaling Jaya,
No.1, Jalan 13/1, Section 13,
46100, Petaling Jaya. Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603-7610 2222
Fax : 603- 7610 2200