Kajang Perdana Avenue, Kajang, Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan 2018, Konsep warung, Tempat Berbuka Puasa Di Kajang, Buffet Ramadhan 2018 Murah

Buffet Ramadhan 2018 – Buffet Berbuka Puasa Azam Pandan Kini Di Kajang Perdana Avenue

Buffet Ramadhan 2018 – Buffet Berbuka Puasa Azam Pandan Kini Di Kajang Perdana Avenue | Bulan Ramadhan 2018 ini, jika anda berada di area Kajang dan kawasan yang berhampiran dan tercari-cari tempat untuk berbuka puasa, anda boleh ke Buffet berbuka puasa Azam Pandan yang terletak di lokasi baru iaitu di Kajang Perdana Avenue.

Tahun ini, Buffet Berbuka Puasa Azam Pandan bukan hanya menyediakan hidangan istimewa melayu traditional dari negeri-negeri berlainan di Malaysia tetapi turut menyediakan masakan barat, serta masakan asli kaum China, India dan juga Arab.

Memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan ketika buffet berbuka puasa yang lepas, buffet berbuka puasa Azam Pandan tahun ini menyediakan lebih 200 juadah makanan termasuk 36 jenis makanan yang berkonsepkan warung.

Buffet Berbuka Puasa Azam Pandan Kini Di Kajang Perdana Avenue Berkonsep Warung

Memang banyak sungguh pilihan makanan yang dihidangkan antaranya Tetel Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh, Gulai Kawah, Perut Rebung Masak Lemak, Ikan Patin Masak Stim, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pucuk Manis Lemak Keledek dan banyak lagi pilihan yang boleh di makan dengan ulam-ulaman serta pelbagai sambal yang membangkitkan selera.

Kajang Perdana Avenue, Kajang, Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan 2018, Konsep warung, Tempat Berbuka Puasa Di Kajang, Buffet Ramadhan 2018 Murah

Makanan yang terdapat di warung pula, anda boleh menikmati Nasi Arab Mandy, Kambing Bakar, Kambing Kuzi, BBQ Ikan , Ayam, Ketam Bakar, Udang, Udang Bakar, Ayam Golek Madu, Gulai kawah, Bubur lambuk, Cendol Madu APSB, ABC, Bee Hoon Sup Utara , Kari dan Asam Pedas Kepala Ikan Salmon. Bolehlah makan sampai kenyang, tapi jangan sampai membazir ok..hehehe.

Kajang Perdana Avenue, Kajang, Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan 2018, Konsep warung, Tempat Berbuka Puasa Di Kajang, Buffet Ramadhan 2018 Murah

Kajang Perdana Avenue, Kajang, Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan 2018, Konsep warung, Tempat Berbuka Puasa Di Kajang, Buffet Ramadhan 2018 Murah

Kajang Perdana Avenue, Kajang, Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan 2018, Konsep warung, Tempat Berbuka Puasa Di Kajang, Buffet Ramadhan 2018 Murah

Konsep warung yang menyediakan “live cooking” di mana pengunjung dapat merasai makanan yang di masak terus seperti Penang Char Kueh Teow. Saya dah rasa kueh teow yang di goreng, perghhh sedap sangat, rasa nak repeat ke sana lagi bulan Ramadhan nanti. Terdapat juga goreng-gorengan yang lain untuk anda nikmati.

Dengan menyediakan sajian masakan istimewa hasil air tangan chef yang berpengalaman iaitu Chef Hafid, Chef Azim dan Chef Mila yang pastinya dapat mengubat rindu masakan kampung anda.

Pencuci mulut semestinya satu kemestian selepas menikmati hidangan yang ada. Pilihan pencuci mulut juga cukup mengancam dan membuat kecur mulut. Terdapat American Cheese Cake, Tiramisu, Red Valvet, Cream Caramel, Manggo Pudding, Chocolate Brownies, Serawa Durian dan bermacam-macam lagi pencuci mulut yang menarik perhatian. Penghilang dahaga yang pelbagai turut disediakan dan yang pasti teh tarik tidak dilupakan.

Kajang Perdana Avenue, Kajang, Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan 2018, Konsep warung, Tempat Berbuka Puasa Di Kajang, Buffet Ramadhan 2018 Murah

Dengan hidangan yang tersedia dengan harga yang di beri memang cukup berbaloi sangat. Harga yang di beri hanya RM55 nett (dewasa) dan RM27.50 net (kanak-kanak). Promosi sebanyak RM49.90 dalam minggu pertama dan ke empat.

Ingin menikmati makanan yang enak dan jauh dari kesibukkan kota dengan harga yang murah, anda bolehlah singgah menikmati buffet berbuka puasa Azam Pandan yang terletak di Kajang Perdana Avenue dalam suasana tenang dan indah. Kemudahan tempat solat yang selesa serta solat Terawih turut di adakan setiap malam.

Kajang Perdana Avenue, Kajang, Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa Azam Pandan, Buffet Berbuka Puasa, Buffet Ramadhan 2018, Konsep warung, Tempat Berbuka Puasa Di Kajang, Buffet Ramadhan 2018 Murah

Anda boleh menghubungi

03 78400516 / 03 78430617 atau layari www.azampandan.net

LOKASI

Kajang Perdana Avenue

Jalan Kajang Perdana 2/2 Taman Kajang Perdana,

43000 Kajang , Selangor.