Buffet Ramadhan 2018, Buffet Ramadhan Aneka Selera, Bukit Bintang, Buffet Aneka Selera, Aneka Selera Ramadhan, Royale Chulan, Hidangan Traditional, kempen Amal Ramadhan, Kad Ketupat, Berbuka Puasa

Buffet Aneka Selera Ramadhan Di Royale Chulan, Bukit Bintang

Bulan puasa ni saya pasti ramai yang tercari-cari tempat berbuka puasa yang menghidangkan makanan yang sedap-sedap dan berbaloi dengan harga yang di keluarkan, ya tak? Saya pun memang cerewet sikit bab-bab nak berbuka puasa ni, dah keluar banyak duit tapi hidangan hampa, memang frust betul kalau jadi macam tu.

Kali ini saya nak kongsikan pada anda semua tempat berbuka puasa yang bagi saya hidangan yang di sediakan sedap dan menepati selera saya, kiranya berbaloi dengan harga yang di bayar.

Buffet Aneka Selera Sempena Ramadhan Di Royale Chulan, Bukit Bintang

Tempat yang saya maksudkan adalah di Royale Chulan, Bukit Bintang. Kali ini buffet yang di sediakan bertema Buffet Aneka Selera yang menyediakan lebih 300 hidangan yang telah bermula dari 16hb Mei – 14 June.

Tahun ini merupakan tahun ke 3 saya berpeluang berbuka puasa di sini, dan tahun ini juga saya bersyukur dapat menikmati hidangan utama iaitu kambing golek yang paling sedap saya rasa setakat ini dan di hidangkan bersama nasi Arab.

Buffet Ramadhan 2018, Buffet Ramadhan Aneka Selera, Bukit Bintang, Buffet Aneka Selera, Aneka Selera Ramadhan, Royale Chulan, Hidangan Traditional, kempen Amal Ramadhan, Kad Ketupat, Berbuka Puasa

Kambing Golek dan Nasi Arab

Memang sedap tak terkata, 2 kali saya ke station kambing untuk ambil kambing dan nasi Arab tersebut. Saya ni tak makan kalau kambing tu rasa hamis, tapi di sini saya boleh pulak makan, tak hamis dan daging dia cukup lembut dan juicy.

Buffet aneka selera dengan pelbagai hidangan traditional memang terasa seperti berada di kampung dan merasai hidangan air tangan ibu. Hilang jugak rasa rindu pada masakan ibu.

Buffet Ramadhan 2018, Buffet Ramadhan Aneka Selera, Bukit Bintang, Buffet Aneka Selera, Aneka Selera Ramadhan, Royale Chulan, Hidangan Traditional, kempen Amal Ramadhan, Kad Ketupat, Berbuka Puasa

Hidangan lain seperti sup rawan juga bubur lambuk memang satu kemestian ketika berbuka puasa. Sup rawan di sini memang cukup rasa, sedap jika di makan bersama roti ataupun nasi impit, manakala bubur lambuk pula buatkan saya teringat dengan bubur lambuk Kampung Baru yang terkenal dengan kesedapannya.

Selain itu, buat peminat itik, haa bolehlah pekena rendang itik, macam saya memang tak makan itik..hehehe tapi tak kisah sebab banyak aje lauk pauk lain yang sedap dan boleh di makan bersama sambal belancan, sambal bulu, sambal ikan bilis, sambal tempoyak, sambal cili hijau dan beberapa sambal lagi, kemudian di makan pula dengan ulam-ulaman.

Buffet Ramadhan 2018, Buffet Ramadhan Aneka Selera, Bukit Bintang, Buffet Aneka Selera, Aneka Selera Ramadhan, Royale Chulan, Hidangan Traditional, kempen Amal Ramadhan, Kad Ketupat, Berbuka Puasa

Buffet Ramadhan 2018, Buffet Ramadhan Aneka Selera, Bukit Bintang, Buffet Aneka Selera, Aneka Selera Ramadhan, Royale Chulan, Hidangan Traditional, kempen Amal Ramadhan, Kad Ketupat, Berbuka Puasa

Lauk-lauk lain yang bagi saya sedap di makan dengan nasi putih dan nasi hujan panas adalah seperti ayam percik, daging dengdeng, ikan patin masak tempoyak, pajeri nenas, udang masak lemak cili padi dan labu masak lemak putih udang kering.

Buffet Ramadhan 2018, Buffet Ramadhan Aneka Selera, Bukit Bintang, Buffet Aneka Selera, Aneka Selera Ramadhan, Royale Chulan, Hidangan Traditional, kempen Amal Ramadhan, Kad Ketupat, Berbuka Puasa

Ayam Percik

Buffet Ramadhan 2018, Buffet Ramadhan Aneka Selera, Bukit Bintang, Buffet Aneka Selera, Aneka Selera Ramadhan, Royale Chulan, Hidangan Traditional, kempen Amal Ramadhan, Kad Ketupat, Berbuka Puasa

Ikan Patin Masak Tempoyak

Buffet Ramadhan 2018, Buffet Ramadhan Aneka Selera, Bukit Bintang, Buffet Aneka Selera, Aneka Selera Ramadhan, Royale Chulan, Hidangan Traditional, kempen Amal Ramadhan, Kad Ketupat, Berbuka Puasa

labu masak lemak putih udang kering

Dah makan hidangan berat-berat mesti nak cari pemanis mulut pulak kan..so pemanis mulut di sini pun banyak sampai tak tahu nak rasa yang mana dulu..hahaha.

Antara pemanis mulut yang di hidangkan adalah seperti fruit tart, cream puff, cheese tart, cream caramel, sago gula melaka, assorted pudding, assorted french pastries, assorted malay pastries dan paling best serawa durian. Bukan itu sahaja, kuih raya pun ada termasuk dodol.

Buffet Ramadhan 2018, Buffet Ramadhan Aneka Selera, Bukit Bintang, Buffet Aneka Selera, Aneka Selera Ramadhan, Royale Chulan, Hidangan Traditional, kempen Amal Ramadhan, Kad Ketupat, Berbuka Puasa

Kempen Amal Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan, Royale Chulan juga turut menganjurkan kempen Amal Ramadhan dengan mengutip derma RM10 bagi setiap seorang yang ingin menderma, dan sebagai balasan, pihak hotel akan memberi hadiah kepada penderma “Kad Ketupat” yang mana boleh di gantung di pokok hiasan di lobi hotel.

Buffet Aneka Selera Sempena Ramadhan Di Royale Chulan, Bukit Bintang

General Manager Royale Chulan Bukit Bintang,Tuan Manshor Din

Setiap sumbangan yang diberi dari Kempen Kasih Ramadhan akan disumbangkan kepada rumah amal yang terpilih iaitu Rumah Anak Yatim Shifa.

Harga Buffet Aneka Selera Ramadhan Royale Chulan

RM98 nett (untuk dewasa)

RM60 nett (kanak-kanak dan warga emas)

Untuk info lanjut anda boleh hubungi  :

03 21479898

atau

layari website

http://www.royalechulan-bukitbintang.com/

(*nota kaki – hidangan gambar di atas hanyalah sebahagian daripada menu yang di hidangankan untuk buffet Aneka Selera Ramadhan Royale Chulan)