Bona Cinemas, IMAX, Gold Class Dengan Dewan D-BOX, D-Box, Resorts World Genting, Pawagam, Menonton Filem, GOLD CLASS WITH D-BOX, SkyAvenue, Genting Highlands

Bona Cinemas Perkenalkan IMAX dan Gold Class Dengan Dewan D-BOX Di Resorts World Genting

Jika anda inginkan hiburan yang menyeronokkan dalam satu kawasan, Resorts World Genting punyai segalanya, terkenal dengan pusat permainan, shopping, makanan juga hiburan tak kira peringkat umur.

Terkini, Bona Cinemas di Resorts World Genting telah memperkenalkan dua pengalaman baru dengan adanya penambahan IMAX dan Gold Class dengan dewan D-BOX yang berteknologi tinggi, membolehkan penonton merasai dengan lebih mendalam gambaran gerakan yang mendebarkan seolah anda turut berada di dalam filem tersebut.

Saya amat bertuah dapat merasai pengalaman yang cukup menarik menonton karya sinematik diketinggian 6,00o kaki di atas paras laut dan mendapat kepuasan yang cukup bermakna bila turut dapat menonton cerita Aquaman di IMAX dan Mortal Engines di Gold Class dengan dewan D-BOX bersama-sama anak saya.

Bona Cinemas Perkenalkan IMAX dan Gold Class Baru Dengan Dewan D-BOX di Resorts World Genting

Bona Cinemas, IMAX, Gold Class Dengan Dewan D-BOX, D-Box, Resorts World Genting, Pawagam, Menonton Filem, GOLD CLASS WITH D-BOX, SkyAvenue, Genting Highlands

Bona Film Group adalah syarikat perfileman dan televisyen, syarikat pengedaran dan pameran bersepadu, yang merupakan syarikat swasta pertama yang menerima lesen pengedaran filem dari negara Cina pada tahun 1999, dan pada februari 2018 telah membuka cineplex luar negara yang pertama di Resorts World Genting.

Sejak pembukaannya, Bona Cinemas menawarkan filem yang menarik dan hit dalam bahasa yang yang pelbagai samada Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin, Kantonis, Korea dan lain-lain dalam keselesaan mewah dengan teknologi visual-visual canggih.

IMAX

Bona Cinemas, IMAX, Gold Class Dengan Dewan D-BOX, D-Box, Resorts World Genting, Pawagam, Menonton Filem, GOLD CLASS WITH D-BOX, SkyAvenue, Genting Highlands

Berasal daripada “Image Maximum“, IMAX adalah sistem yang memperlihatkan imej dari cermin kristal dengan kejelasan yang lebih baik untuk keseronokan tontonan anda. Skrin yang lebih besar, mampu memberi pandangan yang lebih baik mengenai filem kegemaran anda apabila anda menonton di IMAX.

Bona Cinemas, IMAX, Gold Class Dengan Dewan D-BOX, D-Box, Resorts World Genting, Pawagam, Menonton Filem, GOLD CLASS WITH D-BOX, SkyAvenue, Genting Highlands

Pawagam IMAX juga mempunyai sistem bunyi yang canggih, yang ditonton khas untuk filem pilihan anda untuk memberikan anda pengalaman visual dan sonik luar biasa. Ia juga mampu menampung 250 penonton dalam satu masa.

Bona Cinemas, IMAX, Gold Class Dengan Dewan D-BOX, D-Box, Resorts World Genting, Pawagam, Menonton Filem, GOLD CLASS WITH D-BOX, SkyAvenue, Genting Highlands

Apabila saya menonton filem Aquaman di pawagam IMAX ini, terasa seperti filem ini telah membawa saya kepada kehidupan lautan yang luas dan seolah-olah benar-benar di alam nyata.

GOLD CLASS WITH D-BOX

Bona Cinemas, IMAX, Gold Class Dengan Dewan D-BOX, D-Box, Resorts World Genting, Pawagam, Menonton Filem, GOLD CLASS WITH D-BOX, SkyAvenue, Genting Highlands

Selesai menikmati filem Aquaman dan selepas menikmati makan petang, saya dan anak menonton filem yang ke 2 iaitu Mortal Engines.

Masuk sahaja ke dalam dewan Gold Class, saya dapati dewan tersebut kelihatan lebih luas daripada panggung biasa kerana tempat duduk hanya menawarkan 48 tempat duduk bagi setiap dewan.

Bona Cinemas, IMAX, Gold Class Dengan Dewan D-BOX, D-Box, Resorts World Genting, Pawagam, Menonton Filem, GOLD CLASS WITH D-BOX, SkyAvenue, Genting Highlands

Merupakan Gold Class yang pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan Sistem Gerakan D-Box. Kerusi D-Box yang menggunakan teknologi pergerakan terkini dengan empat tahap intensiti yang berbeza-beza,, membuatkan anda bergerak ke kiri, kanan, depan dan belakang mengikut kesesuaian yang anda inginkan.

Bona Cinemas, IMAX, Gold Class Dengan Dewan D-BOX, D-Box, Resorts World Genting, Pawagam, Menonton Filem, GOLD CLASS WITH D-BOX, SkyAvenue, Genting Highlands

Bila saya menonton filem Mortal Engines yang penuh dengan aksi, anak saya dah tekan butang kawalan pergerakan pada tahap 4 di kerusi saya tanpa saya sedari, haaa.. apa lagi, bergegarlah saya dibuatnya bila aksi kejar mengejar atau lompat-lompat..hehehe, tapi memang seronok jugak saya waktu tu.

Bona Cinemas, IMAX, Gold Class Dengan Dewan D-BOX, D-Box, Resorts World Genting, Pawagam, Menonton Filem, GOLD CLASS WITH D-BOX, SkyAvenue, Genting Highlands

Jika anda juga ingin merasai pengalaman yang menyeronokan ketika menonton filem yang anda suka, anda boleh ke Bona Cinemas terletak di Level 1, SkyAvenue Mall di Resorts World Genting.

Pawagam mempunyai enam ruang, meliputi 38,848 kaki persegi dan kesemua dewan dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby Atmos terkini untuk maximum cinematic immersion, dan terdapat juga pelbagai makanan ringan yang anda boleh dapati di concession stand.

SkyAvenue juga merupakan tempat kepada kereta kabel Awana SkyWay, pelbagai tempat makan yang sedap-sedap di Tahap 4, kedai runcit, the nightlife space Zouk Atrium, Ripley’s Believe it or Not! Adventureland dan Skytropolis Funland yang yang baru sahaja dibuka pada 8 Disember 2018.

Untuk info lanjut, anda boleh hubungi + 603 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com