Buffet Ramadhan 2018 Murah, lokasi untuk berbuka puasa, Ramadhan 2018, Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras, Berbuka dengan western food, Western Fusion

Menikmati Hidangan Western Sebagai Menu Berbuka Puasa Di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras

Buffet Ramadhan 2018 Murah – Menikmati Hidangan Western Sebagai Menu Berbuka Puasa Di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras | Lagi beberapa hari kita semua nak menyambut Ramadhan 2018, saya pasti ramai yang tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa. Asyik bercerita pasal hidangan traditional melayu, lauk pauk dan sebagainya, apa kata kali ini saya cadangkan anda ubah selera dengan hidangan western food pulak.

Sekali sekala ubah selera dengan makanan western tak ada salahnya, saya pun suka jugak makanan western ni, tiap-tiap hari makan pun tak apa, bolehlah diet sikit makan tanpa nasi..hehehe. Ok untuk kali ini saya bawa anda menikmati makanan western sebagai menu berbuka puasa iaitu di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras.

Hidangan Western Fusion Sebagai Menu Berbuka Puasa Di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras

Buffet Ramadhan 2018 Murah, lokasi untuk berbuka puasa, Ramadhan 2018, Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras, Berbuka dengan western food, Western Fusion

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini, Cafe ini dikenali dengan nama Grey & Blue Cafe, tapi telah dijenamakan semula dan diberi nama Blue Cafe dan terletak di di antara deretan kedai di Bandar Mahkota Cheras.

Untuk Ramadhan kali ini, Blue Cafe, menyediakan hidangan istimewa mereka iaitu western fusion (masakan barat) dengan sedikit sentuhan Asian dalam beberapa hidangannya. Apa yang menariknya, menu yang disediakan akan sentiasa berubah setaip hari. Jom lihat-lihat menu apa yang dihidangkan ketika bulan Ramadhan 2018 kali ini.

Hidangan yang menarik tumpuan mata saya sudah semestinya pizza, bermacam pizza terhidang untuk menu kali ini. Berkeping-keping pizza saya makan dan paling saya suka pizza rendang, memang tersedap bagi saya.

Buffet Ramadhan 2018 Murah, lokasi untuk berbuka puasa, Ramadhan 2018, Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras, Berbuka dengan western food, Western Fusion

Pizza yang sedap

Buffet Ramadhan 2018 Murah, lokasi untuk berbuka puasa, Ramadhan 2018, Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras, Berbuka dengan western food, Western Fusion

Rendang Pizza

Pizza with Lychee

Buffet Ramadhan 2018 Murah, lokasi untuk berbuka puasa, Ramadhan 2018, Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras, Berbuka dengan western food, Western Fusion

Smoky Duck Pizza

Pizza di sini special sikit sebab ada smoky duck pizza dan pizza dengan laici, tapi sedap pulak tu..hehehe. Anda patut cuba pizza-pizza yang ada di sini, memang berbaloi dengan harga yang di beri.

Mana yang anak-anak baru mula belajar berpuasa, bolehlah upah mereka makan pizza di sini, mesti mereka suka. Anak saya kalau western food ni memang suka sangat lah dia. Memang kena bawak dia datang berbuka di sini jugak nanti sebab dia suka pizza dan pasta yang ada disini.

Terdapat 2 jenis pasta yang di hidangkan iaitu Aglio Olio dan Cabonara. Kedua-dua hidangan yang sungguh enak dan membangkitkan selera. Cabonara di sini menjadi pilihan saya. kesedapan dia hingga saya repeat 2 pinggan..hehehe.

Buffet Ramadhan 2018 Murah, lokasi untuk berbuka puasa, Ramadhan 2018, Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras, Berbuka dengan western food, Western Fusion

Cabonara

Aglio Olio

Tidak dilupakan juga burger yang gebu, grill chicken dan juga chicken chop untuk penambah makanan anda jika belum kenyang, hehehe.

Buffet Ramadhan 2018 Murah, lokasi untuk berbuka puasa, Ramadhan 2018, Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras, Berbuka dengan western food, Western Fusion

Burger

Chicken Chop

Grill Chicken Chop

Buat mereka yang tak boleh tak ada nasi untuk berbuka puasa, jangan risau, ada nasi goreng, rendang ayam serta kuih tempatan seperti karipap dan juga popiah. Pencuci mulut seperti kek dan buah-buahan juga turut di sediakan.

Rendang ayam memang tidak mengecewakan. Rempah ratus yang di gunakan memang kena, dan yang penting ayam dia tak crispy ok, kiranya rendang ayam traditional gitu..hehehe.

Buffet Ramadhan 2018 Murah, lokasi untuk berbuka puasa, Ramadhan 2018, Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras, Berbuka dengan western food, Western Fusion

Nasi Goreng Cina

Buffet Ramadhan 2018 Murah, lokasi untuk berbuka puasa, Ramadhan 2018, Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras, Berbuka dengan western food, Western Fusion

Rendang Ayam

Karipap

Popiah

Pencuci mulut

So apa macam dengan hidangan yang ada di sini bila anda dah lihat gambar-gambar makanan ni? Bagi saya, kalau nak berubah angin sesekali makan makanan western, boleh lah datang ke sini jika anda berada di kawasan yang berdekatan.

Harga yang di kenakan untuk Ramadhan Dinner Buffet di Blue Cafe ni pun tak lah mahal, saya pun terkejut jugak dengan harga dia. Anda bayangkan anda makan western buffet dengan harga dewasa RM28 + 6% gst dan kanak-kanak RM18 + 6% gst, memang murah yang amat! Makanlah sampai kenyang..hehehe.

Ramadhan Dinner Buffet ini akan bermula dari 15hb May hingga 14hb June dari 7pm hingga 10pm.

Untuk info lanjut boleh layari : 

Facebook : www.facebook.com/Blue-Cafe

Instagram : www.instagram.com/b.luecafe

BLUE CAFE
No 7-2, Jalan Temenggung 25/9
Seksyen 9 Bandar Mahkota Ceras
43200 Cheras
Selangor
Telefon : 03-9011 3891