Ancasa Hotel & Spa Berkongsi Keceriaan Ramadan Bersama Anak-Anak Pusat Jagaan Kasih Murni

Berkongsi Keceriaan Ramadan Bersama Anak Pusat Jagaan Kasih Murni

Bulan Ramadan merupakan bulan seribu rahmat yang di nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam bersama-sama merebut peluang untuk melakukan pelbagai amal ibadat demi mengumpul pahala berlipat ganda yang di janjikan Allah S.W.T.

Ancasa Hotel & Spa juga tidak ketinggalan berkongsi keceriaan dalam menyambut bulan Ramadan Al Mubarak ini bersama-sama anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni melalui program “Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal” dan sekaligus melancarkan Ramadan Buffet 2019 yang bertemakan Aroma D’AnCasa.

Program ini merupakan acara tahunan Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik dan sekaligus menceriakan anak-anak yatim tersebut dalam menyambut Ramadan dan Syawal.

Ancasa Hotel & Spa Berkongsi Keceriaan Ramadan Bersama Anak-Anak Pusat Jagaan Kasih Murni

Tahun ini juga merupakan tahun yang amat bermakna bagi Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana mendapat sokongan dan penajaan rasmi daripada Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd untuk tajaan penggangkutan bagi mengambil dan menghantar anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni serta tajaan bahan bacaan kanak-kanak dari Kumpulan Media Karangkraf.

Manakala sekali lagi ADABI Consumer Berhad telah sudi sekali lagi berkolaborasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbang barang keperluan asas kepada anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni untuk kegunaan mereka sepanjang bulan Ramadan ini.

Berkongsi Keceriaan Ramadan Bersama Anak-Anak Pusat Jagaan Kasih Murni

Ancasa Hotel & Spa Berkongsi Keceriaan Ramadan Bersama Anak-Anak Pusat Jagaan Kasih Murni

Tahun ini saya bertuah, sekali lagi di undang menyertai aktiviti yang pihak hotel adakan dan turut sama-sama berbuka puasa bersama mereka yang kurang bernasib baik. Program yang bermula seawal jam 10 pagi dimulakan dengan acara gotong royong memasak bubur lambuk, kemudian di agihkan kepada orang awam berhadapan hotel termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock.

Ancasa Hotel & Spa Berkongsi Keceriaan Ramadan Bersama Anak-Anak Pusat Jagaan Kasih Murni

Kemudian bersama anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni kami semua di jamu dengan hidangan buffet Ramadan yang sedap-sedap serta menyaksikan penyerahan duit Hari raya sebanyak rm50.00 setiap seorang kepada kanak-kanak tersebut. Terharu melihat keceriaan di wajah anak-anak comel ini. Bukan itu sahaja, pihak Ancasa juga turut bermurah hati membawa 30 orang anak-anak ini membeli belah baju raya ke Jakel Mall, Kuala Lumpur.

Ancasa Hotel & Spa Berkongsi Keceriaan Ramadan Bersama Anak-Anak Pusat Jagaan Kasih Murni

Ancasa Hotel & Spa Berkongsi Keceriaan Ramadan Bersama Anak-Anak Pusat Jagaan Kasih Murni

Program khidmat masyarakat terutamanya pada setiap bulan Ramadan dan Syawal tidak asing lagi diadakan oleh warga kerja Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur, Program yang dianjurkan setiap tahun dilihat sebagai tanggungjawab sosial untuk terus mendekati masyarakat serta membantu meringankan beban bagi yang memerlukan. Terima kasih pada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.” ulas Naib Presiden Kanan Bahagian Hospitaliti, Encik Azam Khan Noor Mohammad.

Bagi sesiapa yang ingin berbuka puasa di Ancasa Hotel & Spa, pihak hotel turut menawarkan buffet Ramadan dengan harga yang amat berpatutan iaitu :

RM70.00 – Dewasa

RM40.00 – Kanak-kanak (5-12 tahun)

Untuk sebarang tempahan, boleh hubungi 03-20266060 sambngan 7703

www.ancasahotels.com