Alhamdulillah baru-baru ini saya telah diberi peluang beriftar bersama Team Denaihati di Laman Kayangan Shah Alam.Ramai juga blogger-blogger yang hadir, tak kira yang baru atau yang lama. Kaum keluarga juga turut diundang sama.

Terima kasih kepada Team Denaihati dan Denaihati Ilhamku kerana peluang yang saya terima ini. (Shakkido..thanks ya, kerana masukkan nama sis dalam list)

Beriftar Bersama Team Denaihati, Laman Kayangan Shah Alam , Buffet Ramadhan

Peluang sebegini tak akan saya tolak dan persiakan, yang pertama kerana saya nak sangat beriftar bersama team denaihati dan blogger, dan yang ke dua kerana saya pernah terbaca review buffet ramadhan Laman Kayangan jadi saya teringin sangat beriftar di Laman Kayangan Shah Alam.

Walaupun lokasi Laman Kayangan terletak di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam dan jauh dari rumah saya tapi disebabkan saya nak juga turut serta beriftar bersama-sama mereka, saya sanggup harungi juga.

Sesampai sahaja di Laman Kayangan, saya terpegun melihat hiasan atau konsep buffet ramadhan yang lain dari yang lain. Apa yang saya tahu, mereka telah memilih konsep perkahwinan untuk buffet Ramadhan kali ini.

Beriftar Bersama Team Denaihati, Laman Kayangan Shah Alam, Buffet Ramadhan

Kredit Image : Eshamz

Memang cantik hiasan yang dibuat. Selain itu, juadah makanan kampung turut disediakan. Terasa seperti makan dalam majlis perkahwinan pula. Suasana yang meriah serta bebas seakan-akan didalam majlis perkahwinan.

Beriftar Bersama Team Denaihati, Laman Kayangan Shah Alam, Buffet Ramadhan Laman Kayangan

Berbagai jenis makanan masakan kampung yang terhidang. Kuih muih kampung serta lauk pauk kampung tersusun cantik sehingga menaikkan selera sesiapa yang melihatnya.

Terdapat juadah yang istimewa seperti Daging Kambing Panggang, Nasi Bryani, Kurma Daging, Kari Daging dan macam-macam lagi.

Keunikan bukan hanya pada hiasan sahaja tetapi tersedia warung-warung kecil di tengah-tengah dewan Laman Kayangan. Dengan nama-nama yang mengamit hati seperti Warung Wak Jakasi (menyediakan rojak buah dan popia basah), Warung Pak Leman (juadah laksa johor dan laksa penang), Warung Mak Temah (kuih apam balik kecil) dan beberapa lagi warung-warung kecil yang menyediakan makanan-makanan yang membolehkan kita membuat pilihan.

Beriftar Bersama Team Denaihati, Laman Kayangan Shah Alam, Buffet Ramadhan Laman Kayangan

10525369_10204278738119780_7598968504376278559_n

Juadah Istimewa Laman Kayangan Kambing Panggang

Terdapat banyak lagi hidangan yang menarik dan sedap-sedap tersedia di Laman Kayangan ini. Anda boleh sahaja pergi ke Laman Kayangan di Shah Alam ini untuk merasa kesedapan menu-menu yang disediakan.

Setelah menjamu selera kami para blogger dikejutkan dengan nyanyian selamat harijadi. Rupa-rupanya harijadi isteri kepada Tuan Haji Amir(founder denaihati ilhamku dan denaihati network). Selamat harijadi sis Ainul, moga dimurahkan rezeki dan dilempahi dengan kasih sayang.

Beriftar Bersama Team Denaihati, Buffet Ramadhan Laman Kayangan Shah Alam

Moga Di murahkan Rezeki dan dilimpahi kasih sayang yang berpanjangan. Kredit Image : Saiful Amri

Beriftar Bersama Team Denaihati, Buffet Ramadhan Laman Kayangan Shah Alam

Majlis beriftar bersama Team Denaihati di Laman Kayangan Shah Alam ini memang terasa kemeriahannya dalam suasana yang santai. Majlis yang diadakan saban tahun oleh Denaihati Network untuk  merapatkan lagi Ukwah diantara kita sesama blogger.

Blogger-blogger dilayan mesra oleh Team Denaihati, saya sungguh terharu sangat atas kemesraan dan keramahan yang diberikan. Tiada jurang diantara kita semua. Semua bergaul seperti telah kenal lama. Walhal ada yang baru sahaja bekenal mesra disana.

Beriftar Bersama Team Denaihati Di Laman Kayangan Shah Alam

Group yang begitu sporting. Kredit Image : Eshamz

10462538_10204278762640393_4951379500067881723_n

Beriftar Bersama Team Denaihati Di Laman Kayangan Shah Alam

Kredit Image : Shida Omar

Tak kira yang baru atau yang lama, yang perempuan atau lelaki..masing-masing begitu sporting dan happening. Anak-anak blogger yang hadir juga turut gembira bermain dan bergurau senda sesama mereka.

Mudah-mudahan saya masih diberi peluang lagi untuk bersama-sama Team Denaihati dan blogger-blogger yang hadir ini di event-event yang akan datang.

Buat blogger-blogger yang hadir, terima kasih juga kerana anda semua memang yang terbaik (Nak tulis nama satu-satu ramai le pulak yang hadir so tengok dari gambar aja lah ya..anda tahu siapa anda hehehe)

Di bawah ini adalah Vblog yang telah dibuat oleh Azahari (PUEX). Memperlihatkan suasana kami semua beriftar bersama Team Denaihati Di Laman Kayangan Shah Alam.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Buffet Ramadhan Laman Kayangan, anda boleh ke Laman Web Laman Kayangan ini :- http://www.lamankayangan.com/