Tahun 2014 Tahun Melawat Malaysia , jom kita jalan-jalan cari makan di Melaka Bandaraya Bersejarah. Sambil-sambil melihat-lihat tempat-tempat bersejarah sambil-sambil isi perut..hehehe

Buat anda yang akan datang ke Melaka jangan lupa untuk berhenti di Perhentian Kuih Kampong yang terletak di Jalan Ujong Pasir , Melaka. Tempat ini juga dikenali dengan nama Kedai Bawah Pokok.

Perhentian Kuih Kampong

Orang yang sentiasa ramai di Perhentian Kuih Kampong

Perhentian Kuih Kampung ni memang terkenal dengan perbagai jenis kuih muih traditional yang beraneka jenis dan rasa dia pun sedap-sedap. Tak sah kalau ke Melaka tak singgah disini.

Hentian Kuih Kampong

Kuih Muih yang berbagai pilihan

 

Perhentian Kuih Kampong

Kedai yang simple tapi sentiasa dikunjungi orang

Bukan hanya kuih traditional , asam pedas disini juga sedap dam memang terkenal. Nasi lemak , pau dan macam-macam jenis makanan juga turut dijual disini.

Hentian Kuih Kampong

Pilihan Jalan-jalan Cari Makan ya..

Perhentian Kuih Kampong juga menjadi pilihan Jalan-jalan Cari Makan dan juga beberapa akhbar tempatan. Masa saya singgah di kedai ini , ramai juga pelancong asing yang datang makan disini.

Buat anda yang belum pernah cuba singgah di Perhentian Kuih Kampong , singgah-singgah lah disini dan anda pasti seronok menikmati kuih muih dan makanan yang ada di sini.