Baru-baru ni sempatlah saya bercuti di Ho Chi Minh Vietnam bersama anak dan rakan-rakan. Memang niat hati kesana nak membeli baju kurung untuk raya nanti. Saya diberitahu oleh rakan-rakan yang dah pernah ke sana iaitu Vietnam merupakan pusat membeli belah baju kurung yang dah siap dan belum siap serta kain-kain cotton yang cantik-cantik.

So apa lagi, jom shopping di Vietnam!!

Ho Chi Minh, Vietnam, Bercuti Di Ho Chi Minh

Sampai-sampai aje di airport Ho Chi Minh terus tukar duit dulu, tapi tak lah banyak sebab kami nak tukar di Ben Thanh market, kata orang kat kedai emas disana tukar duit lagi bagus. Seeloknya tukar dari dollar ke dong.

Untuk ke hotel kami sepakat naik kenderaan awam iaitu bas. Keluar aje dari airport, pandang sebelah kanan dah nampak bas berderet menunggu penumpang. Seret aje beg naik bas kat sana. Siapkan aje duit dalam 5000 ke 7000 dong, murah lah dari ambik taxi.

menggunakan Bas Di Vietnam, Ho Chi Minh

Dalam perjalanan ke hotel, terkejut saya melihat kenderaan yang paling banyak disana adalah motor. Jadi excited sekejap saya melihat suasana sebegini.

Motor Kenderaan Utama Di Vietnam, Ho Chi Minh Vietnam

Sampai sahaja diperhentian terakhir kami pun turun dari bas, disini problem sedikit sebab nak melintas jalan dengan membawa beg luggage yang besar memang susah. Memang menakutkan melintas jalan disini, tapi ini semua pengalaman yang menyeronokkan bila difikirkan balik.

Susah Melintas Di Ho Chi Minh Vietnam, Vietnam

Kami menginap di City Hotel, sampai aje hotel kemas dan keluarkan barang-barang dari beg dan berehat sekejap, lepas tu apa lagi, pergi cari tempat makan lah.

City Hotel Vietnam , Menginap di City Hotel

City Hotel Vietnam, Ben Thanh Market berdekatan City Hotel

Ingatkan susah nak cari kedai makan, kisahnya senang. Merata-rata kedai makan halal disana. Depan City Hotel pun ada restoran Sri Penang, tapi hari pertama kami tak makan disana, nak jalan-jalan dahulu dekat night market Ben Thanh dan jenguk-jenguk kedai yang lain-lain dulu. Last-last kami masuk restoran Hajah Basiroh. Kiranya restoran ni famous jugak dikalangan orang Malaysia. Cuma bagi saya, makanan mereka manis-manis belaka. Tekak saya susah nak terima makanan manis-manis ni.

Restoran Hajah Basiroh, Restoran Halal Di Vietnam

Restoran Hajah Basiroh, Bee Noodle Hajah Basiroh Vietnam

Selepas menjamu selera, nak balik ke hotel kami dah singgah menyinggah untuk bershopping, kiranya baru sampai dan dah tak menyempat nak menyopping..hehehe. Malam pertama disini dah berplastik kami shopping t-shirt dan baju kurung siap. Seronok jugak shopping di Night Market Ben Thanh ni.

Yang tak bestnya, mereka ni suka pegang-pegang kita untuk ke kedai mereka. Rimas betul lah kalau jalan sikit orang pegang, jalan sikit orang dok pegang…rasa nak sepok aje tangan tu..hahaha.

Ben Thanh Market, Night Market Di Ben Thanh Market

Sebelum datang ke sini, ramai kawan-kawan suruh cuba kopi vietnam. Memang saya nampak ramai yang jual kopi ni, apa lagi saya mencuba lah, sampai-sampai aje dalam mulut..mak datuk punya lah manis, bukan selera saya, saya rasa kopi disini terlalu manis sangat. Beberapa kali jugak saya mencuba dengan berlainan peniaga, fuhhh semua manis-manis. Saya rasa orang vietnam memang suka manis-manis.

Kopi Vietnam, Kopi Vietnam Manis

Kopi Vietnam

Yang bestnya disini, warung-warung mereka. Bukan sebab makanan, tapi saya suka tengok kerusi-kerusi yang mereka sediakan untuk pelanggan. Kalau dekat sini kerusi kanak-kanak tapi disana memang kerusi untuk lepak-lepak minum kopi…hehehe rasa kelakar pun ada. Risau jugak duduk dekat kerusi kecik ni sebab takut patah, almaklum badan kami besar-besar.

Berehat di warung tepi jalan vietnam, Ho Chi Minh Vietnam

Berehat di warung tepi jalan, tapi yang menarik dalam gambar ni adalah kerusi yang saya duduk tu…kecik sangat sampai tak nampak kerusi..hehehe

Entry bercuti di Ho Chi Minh Vietnam ni merupakan entry hari pertama saya disini. Ini baru saya cerita hari datang, belum lagi cerita hari yang lain-lain. So tunggu okay, bila saya free nanti saya sambung lagi cerita pengalaman saya di Vietnam.