Berbuka Puasa Di Shah's Village Hotel Dengan Hidangan Melayu Asli

Berbuka Puasa Di Shah’s Village Hotel Dengan Hidangan Melayu Asli

Saya ni, masa bulan Ramadan aje, mesti nak cari masakan Melayu Traditional untuk santapan berbuka puasa,bukan apa..rindu sangat dengan masakan mak, rindu kat kampung, makan ramai-ramai dengan hidangan masakan melayu. Anda pula macam mana? Suka masakan melayu traditional atau masakan yang macam mana?

Kalau anda macam saya, tercari-cari masakan melayu asli, rindu masakan kampung..rindu masakan mak, apa kata ke Shah’s Village Hotel yang sentiasa mengekalkan konsep masakan melayu traditional bila tiba bulan Ramadan. Senang aje nak cari hotel ini. Hanya bersebelahan dengan A&W Petaling Jaya, berdepan dengan AMCORP MALL.

Shah’s Village Hotel juga tidak ketinggalan memeriahkan buffet Ramadhan 2019 kali ini dengan promosi Ramadhan dan menawarkan pelbagai menu hidangan dari pelbagai masakan melayu traditional yang pastinya memberi kepuasan buat anda bila berbuka puasa disini.

Berbuka Puasa Dengan Masakan Melayu Traditional Di Shah’s Village Hotel Petaling Jaya

Berbuka Puasa Di Shah's Village Hotel Dengan Hidangan Melayu Asli

Shah's Village Hotel, Buffet Ramadan 2019, Berbuka Puasa, Hidangan Melayu Traditional, Hidangan Melayu Asli, Pakej Buffet Ramadhan 2019, Masakan Melayu Traditional, Petaling Jaya

Berbuka Puasa Di Shah's Village Hotel Dengan Hidangan Melayu Asli

Ramadhan kali ini Shah’s Village Hotel menawarkan menu makanan tempatan seperti Nasi Briyani, Nasi Mandi, Laksa, Mee Kari, Mee Goreng dan lain-lain lagi sehinggalah ke pencuci mulut jenih kuih muih tempatan.

Baru-baru ni sempatlah merasa hidangan berbuka puasa di Shah’s Village ni, memang seronok, terasa kita makan di rumah, berselera akak makan dik, sedappp!!

Menu berbuka puasa yang disediakan adalah hasil dari chef-chef yang berpengalaman yang pastinya mengikut citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Shah’s Village Hotel. Para pelanggan yang sering ke sana pun dah tahu macam mana hasil masakan yang ada di sana, sebab tu lah mereka tak pernah jemu untuk menikmati hidangan di Shah’s Village.

Pakej Buffet Ramadhan 2019 yang ditawarkan pun tak lah mahal, kira cukup berbaloi dan sangat berpatutanan dengan hidangan yang ada. Hanya RM60.00 untuk dewasa dan RM45.00 untuk warga emas, RM40.00 untuk kanak-kanak dan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran, bagi saya kebanyakkan orang mampu untuk menikmati hidangan berbuka di sini.

Berbuka Puasa Di Shah's Village Hotel Dengan Hidangan Melayu Asli

Berbuka Puasa Di Shah's Village Hotel Dengan Hidangan Melayu Asli

Masa-masa puasa ni lah sedap makan kuih muih melayu ni, kalau hari biasa memang susah nak dapat. Actually banyak lagi lauk-pauk dan kuih muih melayu yang ada di sini. Kalau anda nak merasa, dipersilakan datang ke sini ya.

Apa yang menariknya kali ini, pihak Shah’s Village Hotel akan bekerjasama dengan pihak Syria Care, dimana kempen ini, dengan setiap RM3.00 dari pembelian pakej Ramadhan, akan di sumbangkan untuk tajaan iftar pelarian Syiria dan Lubnan. Dapatlah kita beramal jariah dalam bulan Ramadan ini bagi meringan beban mereka-mereka yang memerlukan.

Berbuka Puasa Di Shah's Village Hotel Dengan Hidangan Melayu Asli

Shah’s Village Hotel juga menjemput para syarikat atau mana-mana korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Shah’s Village Hotel untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab social korporat di Shah’s Village Hotel, contohnya seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang bulan Ramadhan ini, amatlah di alu-alukan.

Untuk membuat tempahan, boleh hubungi :

Phone – 03 79555522 / Fax – 03 79551782