Alhamdulillah semalam 5hb julai tercapai juga hajat dihati untuk berbuka puasa di Buffet Ramadhan Casa Ombak. Perancangan selama seminggu bersama dengan Roshidayu Che Mat, Nooraini, Nurmisnan, Nami Namia dan Izwa yang akhirnya menjadi kenyataan. Terima kasih geng..hehehe.

Dah masuk contest [buffet ramadhan casa ombak], dah kenal dengan owner dia tapi belum pernah pergi tempat dia rasa kekurangan jugak kan. Bila dapat pergi ni, rasa saya dah cantik benar dah, kiranya cukup set.

Casa Ombak , Berbuka Puasa Di Buffet Ramadhan Casa Ombak , Buffet Ramadhan Casa Ombak

Lokasi Casa Ombak ni betul-betul di belakang Doubletree by Hilton Hotel Kuala Lumpur. Tak susah pun nak cari tempat dia. Kalau tak tahu jugak, gunakan waze aje.

Sesampai saya dia Casa Ombak, saya di sambut oleh penyambut tetamu yang ramah. Hilang penat bila melihat muka-muka yang menyambut kita murah dengan senyuman. Sementara nak tunggu yang lain datang sempat lagi saya melihat sekeliling dan tengok-tengok makanan yang akan dihidangkan untuk berbuka nanti.

Casa Ombak, Buffet Ramadhan Casa Ombak, berbuka di buffet ramadhan casa ombak

Berbuka Puasa Di Buffet Ramadhan Casa Ombak, Casa Ombak , Buffet Ramadhan Casa Ombak

Terpegun saya melihat hiasan yang cantik dan tersusun rapi, berkonsepkan ala-ala garden serta tema color putih dan hijau membuatkan kita terasa berada di tengah-tengah garden sambil menikmati suasana yang mendamaikan.

Hidangan Ala Kampung  , Casa Ombak, Hidangan Berbuka Puasa

Lauk pauk kampung yang enak dan menyelerakan

 

Berbuka Puasa , Nasi Kerabu , Casa Ombak

Rugi sangat tak dapat merasa nasi kerabu, perut dah penuh time ni..huhuhu

 

Berbuka Puasa , Laksam

Laksam pun saya tak dapat rasa..huwaaaa. Bukan dah habis tapi saya yang dah kenyang sangat

 

Berbuka Puasa  , Kuih Muih Kampung, Kuih Mueh Kampung hidangan berbuka

Beraneka jenis kuih muih kampung

Tersedia juga instant cook stall yang menyajikan masakan yang perbagai. Pilih aja stall mana, samada stall roti john, kueh teow basah dan lain-lain semua dimasak disitu jugak.

Berbuka Puasa Di Buffet Ramadhan Casa Ombak, Buffet Ramadhan Casa Ombak

Kuih-kuih yang di goreng di stall yang tersedia

 

Berbuka Puasa , Buffet Ramadhan Casa Ombak

Kueh Teow goreng basah, memang sedap sangat. Anak akak sampai 2 kali suh budak yang masak ni gorengkan untuk dia..hahaha

 

Berbuka Puasa Di Buffet Ramadhan Casa Ombak

Memang banyak dan meriah hidangan yang disediakan.. ( terasa nak letak aje semua gambar makanan mereka, tapi penuh pulak nanti entry saya ni dengan gambar-gambar..hehehe)

Makanan yang dihidangkan semua sedap-sedap dan menepati selera saya. Maklumlah tekak melayu jadi bila hidangan kampung ni memang menepati selera. Teringat pulak kampung bila makan hidangan ni.

Lepas berbuka dan makan-makan, masa untuk bergambar bersama blogger-blogger yang hadir. Kehadiran mereka ke Casa Ombak ini memang betul-betul buatkan suasana di sini meriah. Disebabkankan suasana disini santai jadi kami buat tempat ini macam kawasan kami..hahaha. Memang betul-betul happening.

Berbuka di Casa Ombak , Casa Ombak , Bersama blogger di Casa Pmbak

Bersama-sama blogger-blogger yang hadir untuk berbuka di Casa Ombak. Yang 2 di tepi tu , Akma Omar dan Shida Omar merupakan orang kuat Casa Ombak

 

Bersama blogger di Casa Ombak, Blogger, Casa Ombak

Sempat bergambar lagi semasa tengah makan.

 

Casa Ombak , Berbuka Puasa di Casa Ombak, Bersama blogger berbuka di Casa Ombak

Bersama dengan blogger-blogger otai, syiok dapat beramah mesra dengan mereka ketika berbuka di Casa Ombak

 

Casa Ombak, Berbuka Puasa Di Casa Ombak

Bersama Akma Omar, NoorAini, Nami Namia dan NurMisnan. Blogger-blogger perempuan yang hebat

 

10456812_784715011549650_4675974768019102283_n

Dah lama tak dukung baby, dapat dukung baby rasa kekok akak dibuatnya..Baby kepada blogger Roshidayu Che Mat

Memang meriah sangat bila dapat beramah mesra dengan blogger-blogger yang hadir berbuka puasa di Buffet Ramadhan Casa Ombak ni. Terima kasih kepada blogger Roshidayu Che Mat, Mohd Azhari , Nami NamiaΒ  , Nooraini Zubir, Nur Misnan, Nurul Izwa dan keluarga masing-masing kerana dapat beriftar dengan sis di Casa Ombak ini.

Tidak lupa juga pada Hisyamudin Fadzil, Ishak Ismail, Nor Iman Nazuki dan Anarm kerana memeriahkan suasana serta sudi beramah mesra dengan sis.

Buat Akma Omar dan Shida Omar serta team Ombak Creative, terima kasih dan tahniah kerana menyediakan hidangan yang lazat serta memberi tetamu suasana yang benar-benar santai dan selesa. Jangan serik melayan kerenah kami semua ya..hehehe.

Buffet Ramadhan Casa Ombak, Casa Ombak, Ombak Creative

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Disini tak lupa juga ingin saya kongsikan tentang MAJLIS IFTAR AMAL yang akan diadakan di Casa Ombak pada 13hb Julai 2014 ini. Pada yang ingin berbuka puasa sambil beramal, bolehlah datang ke Casa Ombak pada tarikh ini.

Terdapat juga beberapa artis yang akan memeriahkan Majlis Iftar Amal ini nanti.

 

Majlis Iftar Amal, Casa Ombak, Majlis Amal

Sudi-sudilah hubungi nombor yang tertera di atas dengan segera untuk anda berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dan artis jemputan yang turut memeriahkan majlis tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.

 

 

Lazada Malaysia