13 Sebab Kenapa Anda Patut Berbuka Puasa Di Bangi Golf Resort | Makin dekat nak puasa ni maka makin banyaklah hotel atau restoran menawarkan hidangan menu istimewa masing-masing. Kita yang melihat ni jadi rambang mata di buatnya. Nak pergi restoran ni, nak pergi hotel sana..mesti ada yang pening dan serabut kan? hehehe. Saya pun selalu jugak jadi cam gitu!
Nak elakkan anda pening dan buntu, apa kata saya suggestkan anda berbuka puasa di Bangi Golf Resorts. Nak tahu kenapa? Kena lah baca entry ni sampai habis..~heehee~ Baca tau..jangan tak baca!
13 Sebab Kenapa Anda Patut Berbuka Puasa Di Bangi Golf Resort
Seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi Restoran Bangi Golf Resort (BGR) telah menyediakan hidangan eksklusif untuk Buffet Ramadhan 2018 bermula pada 19 May sehingga 13 Jun 2018.
Tahun ini merupakan tahun ke 2 saya mencuba hidangan di restoran Bangi Golf Resort. Memang hidangan yang disediakan tidak menghampakan saya dan keluarga. Pilihan makanan pun banyak dan boleh lah pilih ikut selera kita.
Bukan itu sahaja, banyak sebab-sebab anda patut berbuka disini antaranya adalah :-
1. Disahkan HALAL – Ini memang penting buat saya dan semua umat Islam. Sejak tahun 2009 lagi, Restoran Bangi Golf Resort telah disahkan halal oleh JAKIM. Ia juga telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan telah menerima anugerah tersebut dari Menteri Besar Selangor pada 2017.
Makna anda dah tak perlu risau atau was-was untuk berbuka puasa di sana. Makan aje lah apa yang anda suka, semua halal dan menyelerakan.
2. Penjimatan Wang Anda! – Terkenal kerana menghidangkan buffet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti. Restoran BGR sekali lagi menawarkn lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Haa..banyak kan?
Anda boleh juga membuat tempahan dalam talian di laman web https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah :-
- RM 59 nett untuk dewasa
- RM29.50 nett untuk kanak-kanak
Bagi saya, buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ni memang murah jika dibandingkan dengan buffet Ramadhan yang ditawarkan di tempat lain. Berbaloi dengan kualiti makanan yang di hidangkan.
3. Sajian Ekslusif – Buat peminat kambing, anda boleh menikmati masakan popular yang menonjolkan Kambing Bakar yang dipanggang dengan cara perlahan di atas api, serta Sup Kambing Mamak. Di stesen ini, cef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak kepada anda.
Dari tahun lepas memang inilah yang saya kejar terlebih dahulu. Serius sedap, anda mesti cuba!
Tetamu juga boleh menikmati satay ayam dan daging serta Kway Teow goreng dan Mee Mamak yang disediakan secara langsung di depan mereka. Ayam dan daging yang lembut serta kuah kacang yang membangkitkan selera sesiapa sahaj yang menikmatinya.
4. Hidangan Barat – Sajian gastronomik seperti Sous Vide Eggs boleh didapati di bahagian stesen Barat. Susah nak dapatkan hidangan ini, selalu hotel-hotel mewah sahaja yang ada hidangan sebegini.
Hidangan yang di campur Cendawan Espuma yang memang menjadi kegemaran saya, ramai yang kata hidangan ni memang sedap, anda memang patut cuba hidangan ini jika anda berbuka puasa di sini.
Manakala untuk hidangan yang lebih tradisional, Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara turut tersedia.
5. Masakan Melayu Traditional – Tak lengkap rasanya kalau tak ada masakan melayu tradisional. Di sini, yang specialnya, bahan mentah yang digunakan di tanam sendiri di lokasi premis Bangi Golf Resort sendiri, cef akan mengambil sayur-sayuran organik dan menghidangnya ketika Bufet Ramadhan. Memang fresh dari ladang gitu..hehehe.
Nasi Kerabu, nasi yang dihidangkan dengan ulam yang di tanam sendiri, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan lain. Warna biru Nasi Kerabu pula datangnya dari kelopak Bunga Telang yang juga ditanam di kebun yang ada di sana.
Tahun ini terdapat Laksa Sarawak dan Laksa Singapura yang dibuat untuk memenuhi citarasa anda.
6. Sajian Timur Yang Sempurna – Menggunakan teknologi terkini dalam menyediakan hidangan Timur, Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan Nasi Ayam Hainan. Setiap ketulan ayam telah dimasak secukupnya, memberikan rasa empuk dan berjus yang hebat. Nasi yang empuk dan diperkaya dengan lemak ayam, menjadikannya berkilau dan penuh rasa. Melengkapkan pengalaman ini adalah sos bawang putih & halia serta cili yang pasti akan menggoda anda untuk mendapatkan tambahan kali kedua.
Tidak dilupakan juga Daging Masak Lada Hitam dan juga rekaan terbaru iaitu Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.
7. Pelbagai Pencuci Mulut – Pencuci mulut di sini adalah sesuatu yang mesti anda nikmati. Terdapat pelbagai pencuci mulut yang disediakan terdiri dari :
- Tiramisu Itali
- seleksi kuih muih Melayu
- puding
- agar-agar dan buah-buahan.
Tidak dilupakan juga, Gelato yang disediakan segar dengan perasa durian dan bunga kantan akan sekali lagi disediakan.
Seleksi pencuci mulut baru juga akan dihidangkan untuk buffet Ramadhan 2018 ini yang pasti akan meninggalkan kenangan manis buat anda. Antara pencuci mulut yang menarik perhatian saya adalah :
- Salted Caramel Brownies
- Bandung Lychee Cheese Cake
- Pina Colada Cheese Cake
- Blueberry Crème Brulee Cake
- Talas Salted Corn
- The Patissier Mocha Fudge Cake
- Red Velvet Durian Mousse
- Pandan Gula Melaka Mousse
- Cendol Mousse.
8. Harga Istimewa Buat Peminat Durian – Siapa yang minat durian, pasti akan gembira mendengar berita ini. Anda boleh menikmati durian sepuas-puasnya. BGR bersedia menerima tempahan untuk durian :
- Musang King (RM110/sekotak)
- D24 (RM55/sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk Iftar dan Hari Raya.
Tempahan pra majlis durian boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/.
9. Persembahan Secara Langsung – Untuk memeriahkan lagi suasana berbuka puasa anda, persembahan secara langsung akan diadakan bermula 6.30pm hingga 9.30pm.
10. Tempat letak kereta percuma – Jangan risau tentang tempat letak kereta kerana terdapat lebih 800 lot parkir disediakan oleh Restoran BGR buat tetamu.
11. Surau di sediakan – Ruang solat yang luas buat tetamu.
12. Khidmat Masyarakat – Sepanjang Ramadhan al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). Ia di buat demi memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusian kepada mereka yang kurang bernasib baik.
13. Elakkan Pembaziran – Ketika berbuka puasa, tak payah nak ambik sebanyak-banyaknya penuh satu meja, anda tak perlu risau takut lauk habis. Di BGR, mereka akan sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja buffet sehingga majlis selesai. Pastikan anda makan sehingga habis untuk mengelakkan pembaziran. Tak baik membazir ni!
Restoran BGR turut bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan dari Bufet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Jom Berbuka Puasa Di Bangi Golf Resort Restoran
Ok, dah 13 Sebab Kenapa Anda Patut Berbuka Puasa Di Bangi Golf Resort saya tulis, so apa tunggu lagi kawan-kawan, segera lah buat tempahan untuk berbuka puasa di sana nanti. Dengan harga yang di berikan, anda bolehlah bawa keluarga atau kawan-kawan untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort ini.
Untuk membuat tempahan dan juga untuk mendapatkan info lanjut tentang Buffet Ramadhan 2018 di BGR ini, anda boleh layari :
Alamat: Bangi Golf Resort Restaurant, No. 1 Persiaran Bandar,
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E
Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557
Email: sales@bgrrest.com
Laman Web: http://www.bgrrest.com
Facebook: https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram: @bangigolfresortofficial
wahhh menarik pelbagai menu ada di sini..harga pun xmahai sangat bagi yg berkesempatan boleh la ke sini nohh..wowww
tengok semua makanan tu waktu tengah hari ni memang betul-betul terliur. fuhhh. mesti sedap semuanya. rambang mata nak ambil yang mana kan sebab semua sedap. yang bestnya durian pun ada..
Menu kat BGR ni tak pernah tak sedap kan?? sokmo sedap!!! terliur kita tgk dibuatnya…
Bestnya tengok lemang dan daging dia rasa tak sabar pula nak tunggu bulan ramadhan macam ni.paling best bila banyak hidangan la mesti kalau berbuka sini tak tau nak pilih mana satu
Antara tempat yang Ana recommend untuk berbuka dekat kawan2. Harga murah satu hal, menu pula banyak sangat. Tempat pun luas. Ana dah rasa kerabu tu kak. Memang sedap dan fresh ulam2 dia. Kambing pula jangan cakaplah. Terbaik.
Yes. Murah.
Baru jap td komen kat blog Khai. Aida tgh fikir2 nak stay bangi or putrajaya. Ada 2 exam days during Ramadhan nanti. In shaa Allah. Terpikat dgn uolls punyer review ha ha ha… Nak ajak asben & anak-anak. Pelbagai makanan nyer. Dessert nyer yummy! Aida memang la akan terjah dessert table dulu tau.
Setiap tahun, baca review buffer iftar BGR, semuanyer nampak sedap-sedap. Nampak macam gath untuk blogger kt BGR pun ada gak ni..
JMR menulis…Best Tak Kalau Ada Kad Ceria Yang Boleh Bagi Diskaun 70%?
Wow ramainya blogger bersama2 mencuba pelbagai menu Ramadan yang disediakan oleh BGR! Meriah sungguh.
Bella selalu juga ke BGR dengan family bila Ramadan menjelang. Lagipun dekat je dengan Bella since Bella duduk di Kajang. Harga pun berpatutan dan ada pelbagai makanan yang disediakan. Tahun ni nak ke BGR lagi lah!
Bella Enveeus menulis…Come Have Fun At Shinhwa Theme Park, Jeju Shinhwa World!
tak cukup 13 tu kak.. hahahaa… banyak sebab kenapa kita kene pilih bangi golf resort sebagai destinasi utk berbuka bersama keluarga.. harga berpatutan, lokasi senang nak access, parking luas ya hamat dan yang paling penting telur separuh masak tu yang jd signature setiap tahun.. ok lapa balik..hahaha
Tiap2 tahun memang pergi berbuka puasa kat BGR ni..banyak pilihan makanan dan menu utama paling suka adalah kambing bakar dia..the best so far..tahun ni x sure lagi nak berbuka kat sini ke x..
setiap tahun akan ke sini,. tapi kan ermm baru-baru ni kecewa sebab makanan dia x macam tahun lepas. hopefully time puasa betul nnti ada la pembaharuan
wahh banyak sebab ni! tak ada alasan lagilah tak nak berbuka di sini kan! apapun menariknya! gambar2 akak pun menggoda semuanya. pernah ke sini sebelum ni tapi nampak macam tahun ni lagi meriah dengan banyak menu!
Harga buffet kat sini murah kan nak compare dekta tempat lain. Tempat lain mostly dah cecah seratus dah harganya. Makanan dia pun best2 sebenarnya.
Any buffet yang serves durian memang kena go. The food pun nampak sedap sgt. I’ve been to this hotel before memang sedap masakan dia semua
Kalau dah 13 sebab ni memang kena datang cuba makan kat sini lah untuk berbuka tapi Maha memang setiap tahu datang sini suka banyak makanan dan tempat yang juga luas serta selesa untuk berbuka…
Can i be mean and say that I will skip all of that food just to feast on the durian like there’s no tomorrow. Hahahah Hope you don’t mind I am a durian lover. ^^V
wah murahnya ramadan buffet kat sini. Susah nak jumpa bawah RM100 dengan menu yang pelbagai. Suka tengok menu buah durian tu. Tak tahan tengok rasa nak gi cuba sekarang lah!
Seriously murah kak..dgn byk sajian siap ade unlimited durian lagi..hilma igat lagi penah buka puasa dekat bangsar..sama la ade kambing bakar durian mcm2 sebijik mcm yg ni..harga pun dekat 150++ ..mmg berbaloi2 dan nampak sedap je mknan tu semua..
Semua nampak sedap especially yang exclusive menu. Kambing bakar ika suka sangat. Facilities dia pun seperti surau pun boleh tahan
Menarik betul berbuka puasa di luar sekali sekala. Nak makan apa tinggal pilih saja
Ibu Zaid menulis…Tempat menarik di Johor? Amboi cantiknya! Memang best bercuti di 10 lokasi ini!
Yang paling cantik, harganya ni. Insyaallah boleh masuk cuba nanti. 😇
Satu sebab je perlu untuk makan berbuka puasa, perut lapar. 🙂 Nak reward diri sendiri hehe
Mama Hakim menulis…Jerawat di telinga? Aduh sakitnya! Ini cara menghilangkan yang paling berkesan.