Munnar , Kerala India Part-2

Sesuatu yang paling seronok sewaktu saya di Munnar, Kerala India ini , saya berpeluang belajar masakan tradisional Kerala dengan seorang guru masakan yang terkenal dikalangan pelancong asing yang datang ke sana.

Masakan Traditional India ni perbagai mengikut kawasan disana. Disebabkan saya berada di Kerala jadi saya memilih untuk belajar masakan Traditional Kerala, India.

Belajar Masakan Traditional Kerala Di Munnar

Private kelas untuk masakan kerala
Lips Smacking Classes

Kami ambil Private Cooking Class dengan Nimi Sunilkumar yang berasal dari Munnar dan telah membuka peluang untuk pelancong belajar masakan tradisional Kerala di rumah beliau. Bermakna kami akan diajar oleh beliau tanpa ada pelajar/pelancong lain , saya rasa selesa begini.

Sebelum saya ke Kerala India lagi , saya dah buat survey untuk private kelas masakan tradisional Kerala di sana dan saya tertarik untuk belajar dengan beliau ( Nimi Sunilkumar ) kerana beliau jujur berinteraksi dengan kita dan cepat membalas e-mail yang kita hantar kepada beliau. Daripada review yang saya baca juga semua positif tentang beliau dan kelas yang beliau adakan.

Hari ini hari ke 2 saya di Kerala dan hari pertama saya di Munnar , pada sebelah petangnya saya sempat kerumah Nimi yang terletak di pekan Munnar untuk belajar masakan traditional Kerala, sesuatu yang sangat saya nanti-nantikan.

Belajar Masakan Traditional Kerala Di Munnar India

Di hadapan rumah Nimi Sunilkumar

Sesampainya kami di rumah Nimi kami disambut dengan ramah mesra dan senyuman yang manis dari Nimi , orangnya tinggi lampai , cantik dan peramah. Kami terus dibawa ke ruang dapur rumah beliau tempat kelas masakan yang selalu beliau adakan.

Sesi kelas bermula dan yang pertama sekali Nimi ajar kita ialah tentang nama-nama rempas ratus yang dipakai untuk masakan traditional Kerala dan bagaimana rupa bentuk rempas ratus tersebut. Banyak jugak yang saya tak pernah lihat..hehehe

Belajar Masakan Traditional Kerala Di Munnar India

Selepas dia menerangkan dengan lebih detail pasal rempah ratus, baru lah kita discuss apa yang kita nak masak. Bestnya pasal Nimi dia akan bertanya apa masakan yang kita hendak masak dalam kelas masakan tersebut, dia akan beli kan bahan-bahan mengikut  apa yang kita nak masak.

Owhh ya…ingin saya beritahu anda semua yang pertama saya katakan pada Nimi yang saya seorang  Muslim dan saya perlukan barang-barang halal, dia amat memahami dan alhamdulilah tidak sukar dapatkan bahan halal disana kerana masyarakat di Munnar jugak ramai yang beragama Islam.

Akhirnya kita semua sepakat untuk masak Mutton Stew , Mutton Biriyani , Idiyappam dan dessert nya pula ialah Paal ada prathaman (milk pudding with rice flakes ). Banyak kan permintaan kita , tapi Nimi kata dia sanggup ajar kan semua masakan yang kita minta.

Memang bila kita perhatikan bahan-bahan yang perlu di sediakan banyak tapi bila kita dah memahami apa bahan yang betul dan sepatutnya untuk satu-satu masakan dan bahan-bahan pun ada , tidak lah sesusah mana pun.

Sebelum kita memulakan sesi kelas masak memasak Nimi sempat buatkan Masala Tea ( welcome tea ) untuk kami , dengan murah hatinya beliau turut menunjukkan rahsia cara membuat tea yang  sedap ( tidak ada dalam list yang kita nak belajar ). Bila saya rasa tea yang di buat..woww memang sedap sangat tea tersebut, untuk buat tea ni mereka menggunakan susu segar dan masala spice (bukan instant macam yang selalu kita buat)

Belajar Masakan Traditional Kerala Di Munnar India

Dalam masa dia mengajar kami memasak kami juga turut serta menolong mana yang patut , tidak hanya sebagai pendengar atau permerhati semata. Saya rasa cara ini bagus untuk saya mengingati ajaran yang diberi. Melihat Nimi berkerja memang pantas dan professional , walaupun pantas tapi kami memahami apa yang di ajar.

Belajar Masakan Traditional Kerala Di Munnar India

Belajar Masakan Traditional Kerala Di Munnar India

Kini barulah saya tahu macam mana mutton stew mereka pekat , baru lah saya tahu macam mana Idiyappam(macam putu mayam) dibuat , baru saya tahu apa itu broken rice dan bitten rice . Selama ini saya pun tak tahu adanya broken rice atau bitten rice , yang saya tahu hanya makan semata..hehehe.

Belajar Masakan Traditional Kerala Di Munnar India

Jenis-jenis masakan yang kami belajar

Selesai private class tersebut , segala apa yang kita masak dihidangkan pula untuk kita merasa masakan tersebut.

Memang saya terpaku dengan rasa masakan yang telah kami masak ( cewahhh “kami” ya!!..) seriously memang sedap. Nasi briyani dia lain dari yang lain , lain dari yang pernah saya rasa di Malaysia. Lamb Stew dia..fuhh bertambah saya makan, nak tambah kali ke 3 terasa malu lah pulak (menyesal saya tak tambah , balik asyik ingat je ).

Berbanyak terima kasih pada Nimi Sunikumar kerana bersusah payah mengajar kami Masakan Tradisional Kerala yang tak pernah kami tahu selama ini. Terima kasih juga kerana menghadiahkan kami buku masakan beliau edisi ke 2 iaitu Lips Smacking , Dishes Of Kerala.

Belajar Masakan Traditional Kerala Di Munnar

Inilah buku recepi yang kami dapat pemberian Nimi

Bila ada kelapangan nanti saya pasti akan masak masakan traditional kerala yang diajar dan pastinya saya akan buat satu entry tentang masakan tersebut. Nanti kan saja ya samaada jadi atau tidak saya masak seperti yang diajar…

Selepas ini saya akan ceritakan pula hari ke 2 saya di munnar. penggalaman saya di ladang tea yang tidak boleh saya lupakan dan macam-macam pengalaman yang saya rasa amat menyeronokkan buat saya.

* Munnar Part 1