Aktiviti Melukis, BBQ Lamb KL Kemensah, Beriadah DI BBQ Kamb KL Kemensah, Kampung Kemensah, Makan Dalam Sungai, Makan-makan di BBQ Lamb KL Kemensah,Ulu Klang Ampang, Aktiviti Hujung Minggu

Aktiviti Hujung Minggu Dengan Melukis Dan Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah

Aktiviti di luar bersama keluarga atau kawan-kawan adalah satu acara yang sangat menyeronokkan. Asyik duduk rumah aje dan buat benda yang sama kadang-kadang bosan jugak. Nak pergi jauh-jauh cuti tak panjang, tapi tetap nak keluar rumah untuk beriadah.

Kali ni saya nak ajak anda cuti-cuti di Kuala Lumpur sahaja, tapi tetap menyeronokkan. Tempatnya tak lain tak bukan di BBQ Lamb KL Kemesah, yang terletak di Ulu Klang Ampang. Selalu sangat saya lihat rakan-rakan upkan status beriadah dan makan-makan disana, jelous jugak dibuatnya, so kali ini giliran saya pulak.

Aktiviti Melukis, BBQ Lamb KL Kemensah, Beriadah DI BBQ Kamb KL Kemensah, Kampung Kemensah, Makan Dalam Sungai, Makan-makan di BBQ Lamb KL Kemensah,Ulu Klang Ampang, Aktiviti Hujung Minggu

Peluang ke BBQ Lamb KL Kemensah ni atas pelawaan Kak Halimah yang ajak saya turut serta lakukan aktiviti melukis di sana. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, dan disebabkan anak saya pun suka melukis, terus saya terima pelawaan tersebut. Kalau Kak Halimah tak ajak, tak tahulah bila saya akan ke sini. Tq Kak Halimah.

BBQ Lamb KL Kemensah

Aktiviti Melukis, BBQ Lamb KL Kemensah, Beriadah DI BBQ Kamb KL Kemensah, Kampung Kemensah, Makan Dalam Sungai, Makan-makan di BBQ Lamb KL Kemensah,Ulu Klang Ampang, Aktiviti Hujung Minggu

kredit image : fb bbq lamb kl kemensah

Sesampai sahaja di perkarangan BBQ Lamb KL Kemensah, mata terpegun melihat suasana tempat ini yang berkonsepkan alam semulajadi dan ketenangan air sungai yang mengalir sementara pengunjung kusyuk menikmati hidangan dalam sungai sementara anak-anak bermain-main merendamkan badan dalam sungai yang mengalir jernih.

Idea yang dibuat oleh pengusaha BBQ Lamb KL Kemensah ini memang cukup unik, satu kelainan yang dibuat untuk menarik pengunjung datang ke sini. Selalu sangat makan di restoran atau gerai biasa kadang-kadang teringin juga merasa kelainan, ya tak?

Aktiviti Hujung Minggu Di BBQ Lamb KL Kemensah

Aktiviti Melukis, BBQ Lamb KL Kemensah, Beriadah DI BBQ Kamb KL Kemensah, Kampung Kemensah, Makan Dalam Sungai, Makan-makan di BBQ Lamb KL Kemensah,Ulu Klang Ampang, Aktiviti Hujung Minggu

Aeysha sedang khusyuk melukis

Berbalik pada aktiviti kami sepanjang berada disana, kami diberi tempat untuk melukis bersebelahan dengan swimming pool. Owhh..untuk pengetahuan anda semua, saya ni hanya penyebuk aje, nak melukis tak pandai, so tugas saya mengambil gambar mereka yang melukis..hehehe.

Suasana di sini membuatkan kami semua berasa tenang lakukan aktiviti bersama. Anak saya bukannya pandai sangat melukis tapi disebabkan dengan suasana di sini dengan ditemani bunyi air sungai yang mengalir lembut buatkan anak saya seronok dan bersemangat melukis.

Aktiviti Melukis, BBQ Lamb KL Kemensah, Beriadah DI BBQ Kamb KL Kemensah, Kampung Kemensah, Makan Dalam Sungai, Makan-makan di BBQ Lamb KL Kemensah,Ulu Klang Ampang, Aktiviti Hujung Minggu

Kami datang berenam tapi yang melukisnya 3 orang aje. Anak saya lukis potret pemilik BBQ Lamb KL Kemensah, En Zainudin Yatim sementara yang berdua tu pula buat gambar pemandangan. Berbakat betullah kak Limah ni, adik yang seorang lagi tu pun lukisan cantik sangat. Anak saya hummm…tapi bolehlah..hehehe.

Selesai melukis, perut masing-masing dah berkeroncong. Kami semua turun ke dalam sungai dan ke meja makan yang berada dalam sungai tersebut. Ini merupaka kali pertama saya merasai pengalaman makan dalam sungai, selalu makan tepi sungai aje, memang satu kelainan dan menyeronokkan, tenang dan sejuk aje.

Aktiviti Melukis, BBQ Lamb KL Kemensah, Beriadah DI BBQ Kamb KL Kemensah, Kampung Kemensah, Makan Dalam Sungai, Makan-makan di BBQ Lamb KL Kemensah,Ulu Klang Ampang, Aktiviti Hujung Minggu

Menikmati hidangan set BBQ di dalam sungai sambil air sungai mengalir dikaki, syiokk ooo

Kami disajikan dengan set hidangan bbq iaitu ayam, daging lembu, kambing serta itik. Hidangan ini disertakan sekali dengan sos pudina, sos barbeku dan sos bawang putih dan tidak lupa juga nasi kuning berempah, salad dan sup.

Apa yang special, kambing akan diasapkan terlebih dahulu di dalam rumah asap cara tradtional, kemudian di panaskan atas arang bila tiba masa untuk dihidangkan memberi rasa yang cukup sedap.

Aktiviti Melukis, BBQ Lamb KL Kemensah, Beriadah DI BBQ Kamb KL Kemensah, Kampung Kemensah, Makan Dalam Sungai, Makan-makan di BBQ Lamb KL Kemensah,Ulu Klang Ampang, Aktiviti Hujung Minggu

Aktiviti Melukis, BBQ Lamb KL Kemensah, Beriadah DI BBQ Kamb KL Kemensah, Kampung Kemensah, Makan Dalam Sungai, Makan-makan di BBQ Lamb KL Kemensah,Ulu Klang Ampang, Aktiviti Hujung Minggu

Aktiviti Melukis, BBQ Lamb KL Kemensah, Beriadah DI BBQ Kamb KL Kemensah, Kampung Kemensah, Makan Dalam Sungai, Makan-makan di BBQ Lamb KL Kemensah,Ulu Klang Ampang, Aktiviti Hujung Minggu

Kambing diasapkan terlebih dahulu dirumah asap ini..traditional sangat kan?

Jika anda nak menu lain selain makanan diatas. Set makanan laut dan beberapa set hidangan lain serta menu ala carte pun ada. Boleh pilih mana yang anda suka ikut selera anda.

Memang berbaloi dengan harga yang diberi. Dah lah dapat makan dalam sungai, dapat pula beriadah dengan lakukan macam-macam aktiviti ditepi sungai.

Tapi kalau anda nak makan dalam sungai, anda kena datang awal sebab masa untuk makan dalam sungai ni hanya dari pukul 12.00pm hingga 5.30 aje. Selepas dari masa tersebut anda hanya boleh menikmati hidangan di dalam kedai tepi sungai yang dibuka sehingga pukul 10 malam.

Aktiviti Melukis, BBQ Lamb KL Kemensah, Beriadah DI BBQ Kamb KL Kemensah, Kampung Kemensah, Makan Dalam Air, Makan-makan di BBQ Lamb KL Kemensah,Ulu Klang Ampang, Aktiviti Hujung Minggu

Aeysha bermain Ukelele menghiburkan kami semua

Selesai kami menikmati hidangan yang lazat tersebut, kami dihiburkan pula dengan nyanyian dan mainan ukelele dari anak saya. Walaupun bukan mahir menyanyi dan bermain Ukelele tapi kami tetap terhibur. Ini baru dinamakan beriadah sambil berhibur, memang aktiviti hujung minggu kami kali ini best! Masing-masing happy buat apa yang disukai.

Kami juga dilayan baik oleh pemilik tempat ini iaitu Pemilik BBQ Lamb KL Kemensah, Zainudin Yatim dan isteri  Puan Mi Mie Iberahim yang cukup ramah tamah.

Aktiviti Melukis, BBQ Lamb KL Kemensah, Beriadah DI BBQ Kamb KL Kemensah, Kampung Kemensah, Makan Dalam Air, Makan-makan di BBQ Lamb KL Kemensah,Ulu Klang Ampang, Aktiviti Hujung Minggu

Bersama pemilik BBQ Lamb KL Kemensah

Siapa yang nak merasa keseronokan beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan, makan dalam sungai sambil celup-celup kaki dalam air, bolehlah ke BBQ Lamb KL Kemensah ni. Sebelum datang digalakkan telephone dahulu untuk membuat tempahan, bukan apa..takut berputih mata nanti sebab orang memang ramai datang sini.

Untuk info lanjut bolehlah layari :

FACEBOOK | INSTAGRAM

Alamat: 
BBQ Lamb KL Kemensah,
Jalan Taman Zooview,
Kampung Kemensah, Ulu Kelang,
Ampang Jaya, Selangor
Call 012-211 4100