RISES Perfume Dengan Wangian Terbaru - "Bayang Oleh Khai Bahar"

RISES Perfume Dengan Wangian Terbaru – “Bayang Oleh Khai Bahar”

Kecantikkan dan wangian memang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan wanita. Kini kaum lelaki pun dah tak mahu kalah juga dalam penjagaan diri dan juga haruman badan. Aroma dari tubuh yang harum memberi keyakinan diri sesiapa sahaja untuk berhadapan dengan orang sekeliling.

Macam saya, dari dulu sampailah sekarang memang kalau tak spray perfume ke badan memang tak sah jika nak keluar dari rumah. Dah macam-macam perfume saya gunakan, dari perfume yang beli dari luar negara sampailah perfume keluaran tempatan saya dah gunakan. Tak salah untuk berbelanja lebih jika ianya untuk diri kita juga, ya tak? Janji kita puashati dan badan kita wangi-wangi.

Perfume terbaru yang diperkenalkan kepada saya adalah “Bayang Oleh Khai Bahar” yang merupakan edisi terhad edaran RISES Perfumes yang mana ia boleh digunakan untuk lelaki dan wanita.

“Bayang By Khai Bahar” Inspirasi Remaja Masa Kini

Haaa…mesti adik-adik teruja bila dapat tahu ada perfume limited edition “Bayang By Khai Bahar” ni kan? Satu lagi korang mesti happy sebab wangian “Bayang” ni terhasil daripada inspirasi remaja masa kini dan ianya dicipta khas untuk mendekati peminat Khai Bahar yang semakin berkembang di Malaysia dan Indonesia.

Bayang Oleh Khai Bahar, Bayang By Khai Bahar, Limited Edition, Majlis Pelancaran Bayang Oleh Khai Bahar, Bayang, Wangian, Perfume, RISES Perfumes, Tidak mengandungi alkohol, Perfume Halal, RiSES,Harga Bayang Oleh Khai Bahar

Antara kriteria yang ditekankan dalam penghasilan wangian ini adalah berdasarkan personaliti penyanyi tersebut yang sentiasa ceria serta mempunyai gaya hidaup aktif, yang amat bersesuaian dengan “Bayang“. Satu lagi, Khai Bahar yang pilih haruman ni tau! Bila pakai perfume ni sure teringat Khai Bahar gitu..Suka tak?

Bayang Oleh Khai Bahar, Bayang By Khai Bahar, Limited Edition, Majlis Pelancaran Bayang Oleh Khai Bahar, Bayang, Wangian, Perfume, RISES Perfumes, Tidak mengandungi alkohol, Perfume Halal, RiSES,Harga Bayang Oleh Khai Bahar

Pemilihan nama wangian “Bayang” pula adalah rentetan daripada kejayaan single pertama Khai Bahar sendiri iaitu “Bayang” yang sedang meletup sekarang ini dipasaran.

Sebelum di lancarkan RISES Perfumes telah menerima maklum balas yang amat memberangsangkan berdasarkan pemintaan dan saranan peminat beliau melalui akaun Facebook dan Instagram Khai Bahar.

Bayang Oleh Khai Bahar, Bayang By Khai Bahar, Limited Edition, Majlis Pelancaran Bayang Oleh Khai Bahar, Bayang, Wangian, Perfume, RISES Perfumes, Tidak mengandungi alkohol, Perfume Halal, RiSES,Harga Bayang Oleh Khai Bahar

RISES Perfume Dengan Wangian Terbaru “Bayang Oleh Khai Bahar”

Bayang Oleh Khai Bahar, Bayang By Khai Bahar, Limited Edition, Majlis Pelancaran Bayang Oleh Khai Bahar, Bayang, Wangian, Perfume, RISES Perfumes, Tidak mengandungi alkohol, Perfume Halal, RiSES,Harga Bayang Oleh Khai Bahar

“Bayang Oleh Khai Bahar” merupakan alternatif kepada pengemar minyak wangi HALAL yang boleh dipercayai kesahihannya berdasarkan sijil pengiktirafan dari Jakim. Ianya memberi ketenangan fikiran untuk kedua-dua pengguna Islam dan bukan Islam.

Penghasilan wangian “Bayang” di pastikan mematuhi keperluan syariah di mana wangian ini tidak mengandungi alkohol dalam memastikan “Bayang” kekal selamat untuk kulit manusia serta kesesuaian untuk digunakan dalam menunaikan Solat.

Bayang Oleh Khai Bahar, Bayang By Khai Bahar, Limited Edition, Majlis Pelancaran Bayang Oleh Khai Bahar, Bayang, Wangian, Perfume, RISES Perfumes, Tidak mengandungi alkohol, Perfume Halal, RiSES,Harga Bayang Oleh Khai Bahar

Perasmian Perfume “Bayang Oleh Khai Bahar”

Ketika di Majlis Pelancaran Limited Edition “Bayang Oleh Khai Bahar”, Ketua Pegawai Eksekutif RISES Perfume, Ahmad Shauqi Abd Wahab juga turut berkata :-

“Misi kami adalah untuk menghasilkan wangian yang HALAL dan tahan lama, di mana kami menggunakan tumbuhan Patchouli yang menghasilkan bau yang unik dan eksotik “Bayang”. Selain itu pemilihan Khai Bahar sebagai Duta “Bayang” juga dapat menjadi sebuah simbol ke arah kehidupan yang aktif supaya dapat dijadikan inspirasi kepada seluruh kumpulan peminatnya”.

Selain itu RISES akan berada di Jakarta bersama-sama Khai Bahar bermula 15 hb Mei 2017 hingga 20 Mei 2017 sempena sesi jelajah promosi Khai dan sekaligus peluang ini akan dimanfaatkan untuk mempromosikan wangian “Bayang” ini beserta jenama-jenama lain keluaran RISES. Kolaborasi ini bakal memantapkan lagi jenama kesemua wangian RISES di pasaran Indonesia.

Keberanian dalam kesederhanaan, wangian edisi terhad edaran RISES Perfumes ini boleh didapati di dalam bentuk 30ml EDP berharga RM90 dan manakala perbagai wangian eksklusif RISES Perfumes pula berharga RM65 di pasaran tidak lama lagi.

Bayang Oleh Khai Bahar, Bayang By Khai Bahar, Limited Edition, Majlis Pelancaran Bayang Oleh Khai Bahar, Bayang, Wangian, Perfume, RISES Perfumes, Tidak mengandungi alkohol, Perfume Halal, RiSES,Harga Bayang Oleh Khai Bahar

Saya sudah memiliki Limited Edition “Bayang Oleh Khai Bahar” semasa di majlis pelancaran yang di adakan baru-baru ini dan saya memang dah jatuh cinta dengan haruman dari perfume ini. Walaupun ianya adalah dari inspirasi remaja masa kini tapi saya yang dah berumur ni pun turut tersuka dengan haruman dia. Bila spray di badan…perghhh sedap betul bau dia, serious wangi!

Buat peminat yang ingin mendapatkan RISES Perfumes, boleh membuat pesanan untuk memiliki “Bayang oleh Khai Bahar” edisi terhad ini mulai sekarang melalui

Instagram RISES @rises-official 

Facebook : RiSESPerfumes