DAY 2

Hari ni awal pagi dah bangun untuk breakfast di coffee house hotel. Hari ni our iternery ialah nak ke Tangkuban Perahu, nak tengok Valcano… Hari ni aku ambik driver..sebab tempat dia 2 jam perjalanan dari tempat aku duduk. Awal nya aku nak ke Kawah Putih, Valcano jugak. 

Ramai yang cakap tempat tu lagi cantik dari tangkuban perahu, tapi driver aku si Bayu namanya cakap Takut banjir sebab musim hujan so ubah plan le..Ok lah janji pergi dari dok shopping je kerja bosan gak kan.

TANGKUBAN PERAHU DAN DAGO






BANDUNG TANGKUBAN PERAHU DAN SAGO

Muka ngantuk lagi tu..terkecoh-kecoh nak bersarapan sebelum bertolak ke Tangkuban 

Perahu




 

Permandangan sepanjang jalan ke Tangkuban perahu…

 
 
Jalan Kampung, Setiap kampung yang kita tempuh kena bayar tol..bukan kat pondok tol tapi ada orang yang tunggu di setiap tempat nak masuk kampung mereka.
 

Di Tangkuban perahu..



Lihat lah mist di belakang tu, sampai tak nampak apa, nasib baik ada angin so bila angin tu bertiup tu yang boleh nampak lurah dan lahar.. Tapi sejuk le pulak.. Kat sini kena hati2 jugak sebab
ramai orang jual barang2, diaorang ni main paksa kita beli. So kita kena berhati-hati dan jangan layan atau bercakap dengan mereka ni, buat bodoh je..







Permandangan yang cantik, tapi ini aje lah yang kita tengok kat sini. Dua jam perjalanan tapi kat sini hanya 20min sahaja. Di sebabkan musim hujan so jalan licin. Nak jalan kebawah lagi tak berani sangat, takut tergolek pulak dalam kawah tu nanti so tengok dari atas je lah..


 


 




CHERRY FARM..BENIH CHERRY DARI BRAZIL
 
Our Driver tanya nak ke kolam air panas tak, aku tak nak sebab dah biasa pergi so tak berminat. Dia tanya nak kutip buah cherry tak..ehhhh nak nak, kat Malaysia jarang tengok Cherry ni, yang banyak Strawberry. 

so aku tak lepaskan peluang. Siap panjat lagi pokok walau pun dalam hujan dan pakai baju hujan di sebabkan nak petik buah cherry..hehehe




 

 
Nasib baik ada tangga untuk petik buah2 cherry tu, kalau tak habis lah patah riuk pokok tu kalau dengan saiz aku yang panjat hehehe….

Memang manis sangat buat ni tapi kalau makan sekali dengan kulit dia huiiii very masam..dalam dia manis sangat, dari apa yang di katakan..biji benih buah ni di bawa dari Brazil, cuba di tanam di kawasan ni..akhirnya menjadi pulak. Ini lah satu2 tempat yang ada tanaman cherry ni di Bandung.




MAKANAN PADANG UNTUK LUNCH

 

 

 

Makanan Padang untuk Lunch, driver kita yang bawak ke sini. Not bad makanan dia, on the way nak turun dari Tangkuban Perahu. Air Avacado dia memang first class, sepanjang aku kat sini(di bandung) ini je lah minuman aku selain teh botol.
 
 
 
 
DAGO AREA FOR SHOPPING
 
  Tak ada apa yang nak di shopping sangat di kawasan Dago ni, rasa macam sama aje barang2 dia..rasa bosan pulak masuk keddai keluar kedai lepas tu jumpa barang2 yang kebanyakkan sama. Ada jugak le beli sehelai dua tapi tak sebanyak yang di inginkan..hehehe..




Outlet yang ada di Dago ialah :


1)  Grande Fashion Gallery


2)  Episode


3)  glamour


4)  Blossom
    
 Dan beberapa lagi cuma aku dah malas nak masuk…baik makan Ice Cream lagi best.

DINNER TIME DI RIAU AREA, MASAKAN SUNDA
( RESTAURANT BELACAN )

Masakan Sunda lagi, ini cadangan driver aku tu lah..dia kata tempat ni sedap masakan dia. Aku ikut je le.. Tapi bagi aku Restaurant ni bukan lah tempat yang sedap pun, just selesa aje tapi dari segi makanan…aku rasa kedai2 yang kecik lagi sedap masakkan mereka.

 Kalau sesiapa yang datang ke Bandung ni dan kalau berani aku suggest kan makan lah kat tempat2 kecik pun tak apa…harga pun selari dengan masakan.

 Sekarang ni kat Restaurant harga dah makin mahal di sana tapi 

rasa dia tak setanding dengan harga. Ini pandangan aku lah…