Hari ni aku berangkat ke Bandung, tengok le berapa beg aku bawak.. jangan
tak tahu, yg beg besar tu sebenarnya kosong dalam dia hehehe,  sure
korang faham le kan.2 jam dlm flight akhirnya sampai le aku ke Bandung,
dlm flight tido je..bukak2 mata dah sampai.
Sampai2 je dah jadi hal yang menyakitkn hati kat sini, sebabnya..driver
yg sepatutnya ambik kitaorg tak sampi2. 1jam setengah menunggu
dia..hilang mood jadinya. Sepatutnya kita di sambut dgn kmesraan tapi
sebaliknya..first2 masuk je dh macam ni.aduhaiii….Bukan aku je..aku
tengok 2 3 orang pun terkena..so sesiapa yang nak ke sini tu kena
berpuluh kali ingatkan mereka datang awal dan check sentiasa email sebab
kadang2 flight delay or terawal. Penat ooo menunggu kat airport mereka ni
sb orang terlalu ramai.
Nasib baik aku duduk di Amaroosa sebab hotel dia ok dan bersih, tak jauh
dari Jalan riau tempat shopping. Wifi cuma kat lobby je boleh dapat.
Akhirnya aku pakai Digi data roaming,  senang sikit..cuma tunggu bill je
le nanti cukup bulan.
Wokey..utk hari ini, ini je le yg termampu aku tulis. Nak tidur besok
pagi2 nak ke Tangkuban perahu. Tadi dah penat jalan di jalan riau n
dinner kat sana..so choww dulu, nanti bila aku free aku update lagi k…
gnite.

 

Sesampai nya kami di Lapangan terbang Bandara Husein Bandung

Check-in di hotel Amaroosa di Jalan Aceh. Bilik ok, tandas ok..aku puas
hati…