Sekali lagi Astro meneruskan misi mereka mencari bakat cilik yang serba boleh dalam rancangan realiti terbaru iaitu Ceria All Stars. Bertitik tolak dari kejayaan Ceria Popstar dan Ceria Superstar sebelum ini, Ceria All Star membuka peluang yang lebih luas kepada kanak-kanak dalam mempamerkan keperbagaian bakat mereka.

Bakat Cilik Yang Serba Boleh, Ceria All Stars, Astro Ceria

Kali ini bukan hanya terhad kepada bakat tarian dan nyanyian semata, tetapi misi kali ini mencari bakat cilik yang serba boleh di Ceria All Stars. Para peserta diberi kebebasan mempamerkan apa sahaja bakat yang mereka ada.

Ceria All Stars memberi peluang kepada bakat cilik ini mempamerkan bakat masing-masing dari nyanyian, lakonan, aksi akrobatik dan kelincahan di pentas tari, ketangkasan dalam seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo, silap mata mahupun kemahiran bermain alat muzik, semuanya ini akan dapat kita saksikan dalam Ceria All Stars.

Bakat Cilik Yang Serba Boleh, Ceria All Stars , Astro Ceria

Salah seorang peserta cilik yang berbakat besar

Bakat Cilik Yang Serba Boleh, Ceria All Stars, Astro Ceria

Salah seorang peserta cilik mempersembahkan ketangkasan dalam seni mempertahankan diri

Bakat Cilik Yang Serba Boleh Di Ceria All Stars, Peserta Ceria All Stars

Para peserta yang terpilih setelah disaring semasa sesi ujibakat dilihat memang berbakat besar. Saya pasti anda semua akan terhibur apabila anda menyaksikan rancangan Ceria All Stars ini. Rancangan ini akan bersiaran selama 7 episod beserta dengan episod pengenalan. Pemenang untuk setiap episod akan ditentukan sepenuhnya oleh juri tetap dan akan mara ke pusingan separuh akhir 1 Januari 2016. Manakala aksi-aksi terbaik akan layak ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 8 Januari 2016. Peringkat separuh akhir dan akhir akan disiarkan secara langsung khas untuk penonton-penonton dirumah.

Hadiah yang disediakan juga cukup lumayan. Juara Ceria All Stars bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM20,000.00 berserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM15,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM10,000.00 dan juga trofi. Manakala tempat dan kelima pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000.00 dan RM3,000.00 beserta trofi.

Pengacara popular Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung atau penasihat kepada program Ceria All Stars ini. Jihan Muse pula diberi kepercayaan sebagai pengacara yang juga akan di temani oleh Mia Sara (Duta Caliph Kids Expert). Manakala pelakon popular Nora Danish dan Nabil Ahmad dipilih menduduki kerusi juri tetap sambil ditemani seorang lagi selebriti jemputan sebagai juri undangan pada setiap minggu.

Barisan Juri, penaja dan pengajar Ceria All Stars

Juri, Penaja dan Pengajar

Bakat Cilik Yang Serba Boleh, Ceria All Stars, Astro Ceria, Nora Danish

Bersama Nora Danish, selaku juri tetap.

Bakat Cilik Yang Serba Boleh, Ceria All Stars, Astro Ceria

Bersama Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak sebagai penaung dan penasihat

Ceria All Stars diaktifkan oleh Caliph Kids Expert dan diceriakan oleh Legoland. Episod pertama Ceria All Stars bakal bersiaran 20 November 2015 ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria.

Jom sama-sama kita beri sokongan buat bakat cilik luar biasa dan serba boleh ini!!!