Bagus ke Product EPHYRA ni?

Mentang-mentanglah saya pernah buat entry pasal product EPHYRA , jadi masing-masinglah dok tanya saya , sedap ke?  Dah berubah ke kulit muka? , dan macam-macam lagi diaorang tanya.

Saya faham , masing-masing ingin mencuba sesuatu yang terbagus untuk kecantikan dan kesihatan masing-masing. Saya juga begitu , lebih-lebih lagi bila usia dah meningkat ni , penurunan kolagen akan mengakibatkan kulit mula menampakkan kesan garis-garis halus , muka berjeragat , kering dan kusam. Macam-macam penyakit pun mula timbul , macam sakit lutut dan pinggang jangan cakaplah , kalau naik tangga mulalah lutut saya sakit. Ini semua memang merisaukan.

Tapi kalau nak suruh saya ceritakan sekarang jugak pasal perubahan setelah pengambilan product EPHYRA ni , saya tak bolehlah nak cerita lagi buat masa sekarang. Saya baru aje dapat product EPHYRA ni masa dekat #sbbyeos2014 tempoh hari. (Terimakasih Oceanlife2u kerana menaja product EPHYRA ni.)

 

Bagus ke Product EPHYRA ni? , Product EPHYRA , Hari ke-9 menggunakan product EPHYRA

Hari ni dah masuk hari ke-9 saya menggunakan Product EPHYRA ( errr apasal mata tu nampak sebelah kebarat dan sebelah ketimur..hummm )

 

Masuk hari ni kiranya dah 9 hari saya mencuba product Ephyra. Perubahan tu memang ada lah jugak sikit-sikit , tapi nantilah..belum masanya lagi saya nak cerita. Nanti ada pulak yang kata eshhh akak ni nipu nyeee…mana ada product yang sekejapan dah nampak perubahan , so better saya simpan cerita tu dulu. Lepas 2 minggu atau sebulan baru saya akan cerita akan perubahan-perubahan yang saya alami. Sabar ye!

Hari ke 9 mencuba Product Ephyra ni saya tak pernah miss pun walau sehari. Pagi-pagi bangun tidur terus saya minum EPHYRA ni. Beberapa hari lepas minum kemudian belek muka dan kulit nak tengok perubahan , tapi kalau dah selalu dok belek muka sendiri mana nak nampak perubahan kan…kalau orang yang dah lama tak tengok kita mungkin lah kot dapat tengok perubahan kita ni. Kang kalau cakap “wahhh aku dah cantik dan gebu le”..mmmm dah rasa macam perasan dan syiok sendiri le pulak kan! hehehe.

Actually lain orang lain tindakbalasnya , antara cepat dan lambat aje. Macam saya ni , umur pun dah lanjut jadi lambatlah tindakbalas pada sesuatu product tu. Yang penting kita jangan skip minum dan teruskan penggambilan dengan konsisten apa sahaja yang kita ambil. Kalau dah habis sekotak ni , tapi belum nampak apa-apa perubahan , beli sekotak lagi. Sekurang-kurangnya cuba lagi untuk 3 bulan. Jangan cepat putus asa.

Ada setengah orang tu , baru seminggu ambik kemudian tak nampak perubahan terus dah tak nak ambik lagi , kalau macam tu semua product tak kan serasi dengan anda kalau amalkan sikap macam tu.

Saya terpanggil untuk mencuba product EPHYRA ni bila saya baca tentang khasiat yang ada pada product ini. Kebanyakkan testimoni dan kawan yang telah amalkan product ni pun mengatakan hampir yang ada dalam khasiat ini telah dirasai.

  1. Menjadikan kulit anjal , halus dan lebih cerah
  2. Membantu kulit wajah yang bermasalah
  3. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  4. Fomula anti penuaan yang berkesan
  5. Menjadikan rambut lebih sihat , lembut dan bersinar
  6. Melancarkan sistem pencernaan
  7. Mengurangkan kadar kolesterol
  8. Meningkatkan daya ingatan dan tenaga
  9. meningkatkan system imunisasi
  10. Menagatasi masalah imsonia
  11. Mengawal berat badan
  12. Melegakan sakit dan radang sendi
  13. Menjaga kesihatan kardiovaskular

* Mana yang dihighlightkan gan warna biru tu , itu yang saya risaukan dan nak titik beratkan sekarang. Hehehe..banyak kan saya nak kena jaga!

Cara nak minum product EPHYRA ni pun senang , bukak satu sachet kemudian dicampur dengan air kedalam botol yang telah diberi, goncang goncang sampai sebati kemudian..tadaaa boleh diminum dah. Rasa dia pun memang sodapp , macam rasa oren gitu.

Sebelum habis sekotak Ephyra ni memang saya nak beli lagi. Satu kotak EPHYRA ni ada 30 sachet , kalau ambik satu hari satu memang cukup untuk sebulan , tapi kalau nak cepat tengok perubahan boleh je ambik satu hari 2 kali , pagi dan malam sebelum tidur.

Bagus ke Product EPHYRA ni? , Product EPHYRA , EPHYRA

Lepas habis sekotak ni pasti saya akan beli lagi

Product EPHYRA ni tak kira perempuan atau lelaki semua boleh ambik. Jika anda nak tahu Bagus ke Product EPHYRA ni? dan anda juga merupakan seorang yang amat menitik beratkan pasal kesihatan dan kecantikan , anda juga boleh mulakan dari sekarang. Dapatkan product yang betul-betul telah disahkan selamat dan telah mendapat sijil halal, itu yang penting sekali. Product EPHYRA ni memang dijamin selamat dan halal. Tiada keraguan dan tiada was-was.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang product Ephyra , rajin-rajinlah ke laman web Oceanlife2u.