Baby Coconut Briyani, Mahesha Restoran, Briyani Sedap, Briyani Indian terbaik, MUSLIM FRIENDLY, Taman Tun Dr Ismail, Hidangan Unik Dan Sedap, Makan Sedap

Baby Coconut Briyani Hidangan Unik Dan Sedap Di Restoran Mahesha

Anda suka makan nasi briyani? Mesti ramai yang suka kan? Makanan yang sangat popular kerana aroma rempah ratus yang harum ditambah dengan kesedapan rasanya yang cukup sempurna bila di campur dengan campuran daging, ikan, ayam dan lain-lain bahan lagi.

Baru-baru ini saya berkesempatan menikmati nasi briyani yang sedang viral sekarang ni disebabkan cara penyediaan nasi briyani tersebut. Bukan cara penyediaan sahaja yang unik tetapi cara masakannya juga istimewa.

Selama ni kita pernah makan nasi briyani gam, nasi briyani muar, nasi briyani batu pahat, bambu briyani dan terkini, kita disajikan pula dengan Nasi Briyani dalam kelapa atau lebih dikenali dengan Baby Coconut Briyani. Haa..unik ke tak?

Baby Coconut Briyani, Mahesha Restoran, Briyani Sedap, Briyani Indian terbaik, MUSLIM FRIENDLY, Taman Tun Dr Ismail, Hidangan Unik Dan Sedap, Makan Sedap

Baby Coconut Briyani Hidangan Unik Dan Sedap Di Restoran Mahesha

Terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Restoran Mahesha ni merupakan satu-satunya restoran yang menghidangkan Baby Coconut Briyani. Bukan sahaja unik tapi rasanya cukup menyelerakan.

Baby Coconut Briyani, Mahesha Restoran, Briyani Sedap, Briyani Indian terbaik, MUSLIM FRIENDLY, Taman Tun Dr Ismail, Hidangan Unik Dan Sedap, Makan Sedap

Selama saya makan nasi briyani, memang tak pernah lagi saya makan nasi briyani dalam kelapa ni. Masa ke India dulu pun tak pernah tau saya makan nasi briyani atau apa-apa makanan dalam kelapa, makan isi kelapa adalah..hehehe, so memang special sangat nasi briyani disini tau.

Baby Coconut Briyani, Mahesha Restoran, Briyani Sedap, Briyani Indian terbaik, MUSLIM FRIENDLY, Taman Tun Dr Ismail, Hidangan Unik Dan Sedap, Makan Sedap

Di restoran ini, anda boleh pilih 6 jenis hidangan yang anda inginkan, antaranya adalah :

  • Mutton
  • Chicken
  • Vegetable
  • Duck
  • Stingray
  • Crab Rasam

Baby Coconut Briyani ini dimasak terlebih dahulu kemudian dikukus pula bersama telur, ayam/daging/dll terlebih dahulu selama 10 minit, kemudian barulah dihidangkan kepada pelanggan. Dengan cara mengukus pastinya akan membangkitkan aroma dari kelapa tersebut dan juga merasai gabungan rempah ratus briyani dengan sempurna.

Baby Coconut Briyani, Mahesha Restoran, Briyani Sedap, Briyani Indian terbaik, MUSLIM FRIENDLY, Taman Tun Dr Ismail, Hidangan Unik Dan Sedap, Makan Sedap

Baby Coconut Briyani, Mahesha Restoran, Briyani Sedap, Briyani Indian terbaik, MUSLIM FRIENDLY, Taman Tun Dr Ismail, Hidangan Unik Dan Sedap, Makan Sedap

Dihidangkan pula dengan raita dan chutney di atas daun pisang untuk penambah rasa. Kemudian nasi dari dalam kelapa dicedok keluar keatas daun pisang tersebut.

Disebabkan hidangan saya pada hari tersebut adalah ayam, jadinya campuran lauk yang ada dalam hidangan baby coconut briyani, maka bila dicedok keluar kelihatan telur, ayam serta isi kelapa bersama nasi beriyani tersebut. Owhh ya, isi kelapa tersebut lembut dan boleh dimakan sekali dengan nasi.

Baby Coconut Briyani, Mahesha Restoran, Briyani Sedap, Briyani Indian terbaik, MUSLIM FRIENDLY, Taman Tun Dr Ismail, Hidangan Unik Dan Sedap, Makan Sedap

Nasi briyani ni boleh terus dimakan macam tu sahaja tanpa sebarang kuah kari, sebab nasi briyani yang dihidangkan memang lembut dan tak kering serta rasanya juga dah cukup sempurna.

Hidangan yang diberikan juga cukup banyak untuk seorang makan, rasa saya 1 kelapa tu boleh rasanya dimakan berdua. (Kalau saya, satu hidangan tu hanya untuk saya je..hehehe)

Manakala jika anda nakkan lauk tambahan pun boleh, disini juga menyediakan hidangan lauk pauk lauk juga. Banyak juga lauk pauk yang ada. Next time kalau saya ke sana lagi, saya nak cuba makan Baby Coconut Briyani ni dengan lauk pauk pula.

Baby Coconut Briyani, Mahesha Restoran, Briyani Sedap, Briyani Indian terbaik, MUSLIM FRIENDLY, Taman Tun Dr Ismail, Hidangan Unik Dan Sedap, Makan Sedap

Baby Coconut Briyani, Mahesha Restoran, Briyani Sedap, Briyani Indian terbaik, MUSLIM FRIENDLY, Taman Tun Dr Ismail, Hidangan Unik Dan Sedap, Makan Sedap

Baby Coconut Briyani, Mahesha Restoran, Briyani Sedap, Briyani Indian terbaik, MUSLIM FRIENDLY, Taman Tun Dr Ismail, Hidangan Unik Dan Sedap, Makan Sedap

Masa saya datang, pelanggan sentiasa datang dan pergi. Seronok sangat tengok. Yang datang pun tak kira bangsa. Lagipun restoran Mahesha ni MUSLIM FRIENDLY jadi tak perlu was-was untuk nikmati hidangan disini.

Buat pencinta nasi Briyani, jika anda tak tahu mana nak dapatkan nasi Briyani Indian terbaik, maka saya suggestkan anda ke Mahesha Restoran dan rasai keistimewaan Baby Coconut Briyani ini sendiri. Untuk info lanjut, anda boleh layari :

FACEBOOK | INSTAGRAM

Alamat :

36, Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr. Ismail,
Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia.
Call 03-7732 5408