Keenakkan Ayam Panggang Di Restoran Rasamas

Keenakkan Ayam Panggang Di Restoran Rasamas

Baru-baru ni saya mendapat jemputan untuk merasai keenakkan ayam panggang di Restoran Rasamas di KPJ Tawakal, Kuala Lumpur (bangunan baru). Wahhh bagai mengantuk disorongkan batal le..hehehe. Seronok tak terkata, apa tak nya, saya ni kalau dengar aje ayam panggang memang susah nak tolak, memang kegemaran saya dari dulu lagi.

Keenakkan Ayam Panggang Di Restoran Rasamas, Rasamas Restoran, Ayam Panggang Rasamas, Ayam Panggang Halal

Walau kegemaran saya ayam panggang, tapi kalau nak masak sendiri memang le tak pandai sangat, bagi saya leceh nak buat, kalau nak beli diluar ayam panggang ni memang ada dijual di pasar malam, tapi tak dapatlah pilih perasa apa yang kita nak, hanya ayam golek kosong sahaja. Harga pulak boleh tahan mahal, saiz yang kita dapat kecik aje.

Sekarang dah tak payah susah-susah dah, nak dapatkan ayam panggang sedap dan puas makan, just terjah aje Restoran Rasamas di cawangan yang berdekatan dengan anda. Ayam panggang di Restoran Rasamas ini memang telah terbukti menjadi pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia kerana ianya HALAL dan sedap.

Ayam Panggang Rasamas, Rasamas Restoran, Ayam Panggang Halal

Keenakkan Ayam Panggang Di Restoran Rasamas

Restoran Rasamas ini berkonsepkan hidangan keluarga, jadi perbagai hidangan yang tersedia selain dari menu ayam panggang. Dekorasi restoran juga bersih dan lapang, memang selesa jika datang bersama keluarga besar atau kawan-kawan.

Restoran Rasamas juga menawarkan variasi hida­ngan mengikut cita rasa pelanggan terutamanya menu ayam panggang yang sentiasa menjadi pilihan. Menu ayam panggangnya mengikut citarasa pelanggan yang mana terdapat 2 pilihan iaitu ayam panggang black paper dan ayam panggang percik.

Keenakkan Ayam Panggang Di Restoran Rasamas, Ayam panggang black paper, Rasamas Restoran

Ayam panggang black paper

Keenakkan Ayam Panggang Di Restoran Rasamas, ayam panggang percik, Ayam Panggang Halal

Ayam panggang percik

Kalau makan bersama nasi pun sedap, tak payah lauk lain dah, hanya nasi, ayam, sambal, sup dan tofu pun dah sedap dan boleh mengenyangkan. Kalau saya makan ayam panggang ni memang selalu dengan nasi, kalau makan ayam semata macam tak puas makan, maklum selera melayu tetap nak pekena nasi.

Keenakkan Ayam Panggang Di Restoran Rasamas, Set Ala-Cart Di Rasamas Restoran, Ayam Panggang Rasamas

Jika datang sendiri boleh juga order set Ala-Cart ini

Kalau datang bersama keluarga pula, kita boleh ambil set hidangan keluarga, yang mana didatangkan bersama 1 ekor ayam panggang, 4 air, 4 nasi, 4 sos, 4 sup dan 3 side dish (pilihan sendiri). Setiap pinggan didatangkan dengan tofu jepun.

Keenakkan Ayam Panggang Di Restoran Rasamas, Family Set Di Restoran Rasama, Ayam Panggang Halal

Family Set

Ayam panggang di sini memang sedap, lembut dan segar. Diperap pula dengan ramuan yang istimewa mereka sendiri dan cara mereka memanggang buatkan ayam panggang ini nampak keemasan (tak ada hangus-hangus ok..heheh)

Hidangan Selain Ayam Panggang

Disini, bukan hanya menghidangkan ayam sahaja, terdapat juga hidangan barat atau tempatan yang lain yang harus anda cuba seperti asam laksa atau kari laksa, sedap jugak tau! Anda harus cuba. Saiz hidangan yang cukup besar, so puas betul makan.

Keenakkan Ayam Panggang Di Restoran Rasamas, Asam Laksa Di Restoran Rasamas, Rasamas

Asam Laksa

Keenakkan Ayam Panggang Di Restoran Rasamas, Kari Laksa Di Restoran Rasamas

Kari Laksa

Jika anda datang bersama anak-anak kecil, ada pilihan juga untuk mereka seperti fish n chips, spageti atau beberapa hidangan barat yang lain yang sesuai untuk cita rasa mereka.

Selesai makan, kalau tak cuba pencuci mulut yang disediakan disini memang tak sah. Kami dihidangkan pula dengan pencuci mulut yang istimewa di Rasamas Restoran iaitu Brownie bersama ice cream..perghhhh memang tak cukup 1 tau..hehehe.

Keenakkan Ayam Panggang Di Restoran Rasamas, Brownie Dan Ice Cream, Rasamas Restoran

Brownie bersama ice cream

Latabelakang Restoran Rasamas

Rasamas Restoran telah lama bertapak sekitar tahun 1996 lagi, cawangan pertamanya di Bukit Jambu, Pulau Pinang dan di bawah jenama Ayamas Deli. Selepas itu di tukar kepada Rasa Goument Restoran dan berkonsepkan restoran pertama di Malaysia menjual ayam Roaster dengan gabungan Asia dan hidangan barat.

Untuk mengukuhkan lagi hubungan syarikat induk iaitu Ayamas Food Corporation Sdn Bhd atas nama jenama Ayamas, ianya ditukar kepada Rasa Ayamas Restoran sekitar 2003.

Restoran perdana Rasa Ayamas yang pertama memulakan operasi pada Mei 2003 di Sunway Pyramid. Pada bulan Jun 2016, Rasamas telah mempunyai 9 cawangan di seluruh negara iaitu :

  1. Warta Bangi Utama – Bangi UtamaShopping Complex
  2. Giant Batu Caves – Giant Hypermarket Batu Caves
  3. Sunway Carnival – Sunway Carnival Shopping Centre
  4. Tesco Mergong Alor Setar – Tesco Hypermarket Mergong
  5. East Coast Mall – Seksyen 20, Kuantan
  6. Megamall Kuantan – Berjaya Megamall Jln Tun Ismail, Sri Dagangan Kuantan
  7. Giant Kuala Terengganu – Giant Hypermarket Kuala Terengganu, Jalan Padang Hiliran
  8. KPJ Tawakal – Jalan Pahang Barat
  9. AEON Bukit Tinggi – AEON Bukit Tinggi Shopping Centre
Keenakkan Ayam Panggang Di Restoran Rasamas, Restoran Rasamas, Rasamas, Ayam Panggang Halal

Keenakkan Ayam Panggang Di Restoran Rasamas

Jika anda berada di kawasan yang berdekatan dengan cawangan-cawangan yang saya tulis di atas, bolehlah singgah nanti dan rasai keenakkan ayam panggang di Restoran Rasamas. Sure tak menyesal!