Avillion, Majlis Menandatangani Perjanjian, Pengurusan Hotel Avi Pangkor Beach Resort, Avillion Hotel Group Sdn Bhd, Avi Resort di Pulau Pangkor, Avi Hotel, Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor, Perak

Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Hotel Avi Pangkor Beach Resort By Avillion

Pulau Pangkor memang satu destinasi percutian dalam Malaysia yang saya suka pergi. Merupakan permata di Malaysia. Sebaik sahaja anda datang ke sini, anda tidak akan mahu pergi. Ia mempunyai pelbagai kemudahan yang menarik banyak pelancong di seluruh dunia.

Dah berberapa kali saya bercuti dekat sana, tarikan yang buat saya suka ke sana kerana keindahan pantai dan laut dia. Memang tenang aje fikiran bila melihat laut terbentang luas dihadapan mata.

Banyak juga tempat-tempat menarik di sana serta aktiviti yang boleh kita lakukan. Bila musim cuti, maka ramailah yang akan ke Pangkor, hotel atau resort memang akan penuh dan kita kena buat tempahan awal.

Bercerita pasal resort di Pulau Pangkor ni, baru-baru ini Avillion Hotel Group Sdn Bhd yang merupakan salah satu rantaian hotel di Malaysia telah mengumumkan kemunculan Avi Hotel yang kedua di Malaysia dan juga telah menandatangani perjanjian pengurusan dengan R & R Sky Group untuk menguruskan Avi Resort di Pulau Pangkor.

Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Hotel Avi Pangkor Beach Resort By Avillion

Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Hotel Avi Di Pulau Pangkor

Berkonsepkan kontemporari dan lebih kecil tetapi mampu memberikan pengalaman yang cukup hebat buat tetamu yang menginap di sana.

Mempunyai 65 bilik berkonsep kontemporari yang bergaya di Avi Pangkor Beach Resort yang terletak di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor di negeri Perak. Hotel yang cukup strategik dengan pemandangan yang cukup indah dan mempersona,  terletak di antara pinggiran tropika tepi pantai dan sekitaran Tortoise Hill, mampu untuk menarik mereka yang ingin bercuti atau mengadakan mesyuarat yang mencari destinasi offbeat.

 Hotel By Avillion Di Pulau Pangkor

Resort By Avillion Di Pulau Pangkor Bakal Di Bina

Pengunjung juga masih berpeluang melihat nelayan-nelayan di perkampungan yang terletak di Kampung Pantai, boleh makan-makan di restoran kecil dan boleh melakukan aktiviti sukan laut. Hotel ini juga hanya satu minit memandu ke Hutan Simpan Pangkor Selatan Dutch Fort, tapak bersejarah di pulau tersebut.

Pulau Pangkor telah diberikan status bebas cukai dari 1 Jan 2020 dengan itu Avillion teruja untuk memperkenalkan Avi Pangkor Beach Resort ke pulau itu. Avillion yakin pulau itu akan berkembang menjadi destinasi pulau pilihan kerana status bebas cukai dan promosi pemasaran yang kukuh oleh Lembaga Pelancongan Perak untuk menarik pelancong ke pulau ini.

Resort By Avillion di Pulau Pangkor

Resort Baru By Avillion Bakal Di Buka Di Pulau Pangkor

“Avillion sangat yakin dengan kemunculan Avi Hotel, ianya berpotensi untuk menarik pelancong domestik dan asing,” kata Encik Lihat Ah Sing, Pengarah Urusan Kumpulan Avillion Berhad. “

Tambah beliau lagi, tetamu Avi Pangkor Resort Resort akan dijamin keselesaan, kemudahan dan penginapan yang menyenangkan dengan harga yang berpatutan. Resort ini selesai dan akan dibuka untuk operasi dalam suku ketiga 2019 “

Sesiapa yang pernah dan berpengalaman menginap di Avillion Port Dickson, Melaka, Cameron Highlands dan Bali, pasti akan tahu bagaimana cantiknya hotel-hotel Avillion dan selesanya duduk di hotel tersebut. Saya pasti ramai yang teruja dan tak sabar untuk menginap di Avi Pangkor Beach Resort ini. Sabar tau!

Boleh layari :

www.Facebook.com/AvillionHotelGroup

www.Instagram.com/AvillionHotelGroup