Hari ni hari Maulidur Rasul dan hari ni juga Harijadi anak saya Aeysha. Dah 10 tahun dah umur dia , Selamat harijadi Aeysha. Untuk hadiah harijadi dia kali ini , saya bawa dia ke Aquaria KLCC Kuala Lumpur.

Itupun atas permintaan dia jugak sebab sebelum ni dia tak pernah masuk lagi ke Aquaria KLCC Kuala Lumpur ni. Luar negeri ada jugak dia masuk tapi di Kuala Lumpur ni belum pernah lagi. So apa lagi cepat-cepat saya buat booking dengan Livingsosial so murahlah sikit..hehehe.

Aquaria KLCC Kuala Lumpur , Aquaria KLCC , Aquaria KLCC Kuala Lumpur - Cuti-cuti Malaysia

Vouche livingsosial ke Aquaria KLCC

Tidak ada apa yang menggembirakan bila anak anda sihat dan berjaya sehingga ke saat ini. Saya dan dia hanya berdua menjalani kehidupan seharian, susah saya susah juga dia dan senang saya , senang lah dia. Mungkin disebabkan itu untuk harijadi dia ni tidaklah dia minta yang bukan-bukan. Hanya dia nak ke Aquaria ni aja, hadiah atau nak buat birthday party pun dia tak minta.

Saya rasa permintaan dia ke Aquaria KLCC Kuala Lumpur ni pun bagus jugak untuk anak-anak besar dia. Boleh jugak dia melihat kehidupan di laut yang tak pernah dia tengok dengan mata kasar.

Aquaria KLCC Kuala Lumpur , Aquaria KLCC , Aquaria KLCC Kuala Lumpur - Cuti-cuti Malaysia 2014

Maps yang besaq di entrance Aquaria KLCC Kuala Lumpur

Saya pun dah lama sungguh tak masuk Aquaria KLCC ni. Masa saya masuk dulu rasa saya tak secantik sekarang ni. Banyak sungguh perbezaan dulu dan sekarang. Disebabkan itu saya juga teruja sangat bila masuk ke sini. Mengalahkan anak pulak..hehehe.

Aquaria KLCC Kuala Lumpur , Aquaria KLCC , Aquaria Klcc Kuala Lumpur - Cuti-cuti Malaysia 2014

Muka happy nak masuk , muka mak dia pun macam tu jugak..hehehe

Walaupun Aquaria KLCC di Kuala Lumpur ni tidaklah sebesar Aquaria Singapore , Australia dan tempat-tempat lain tapi bagi budak-budak sekecil dia dah cukup happy dapat masuk ke sini.

Aquaria KLCC Kuala Lumpur , Aquaria KLCC , Aquaria KLCC Kuala Lumpur - Cuti-cuti Malaysia 2014

Sampai melekap muka di cermin nak tengok ikan..

Aquaria KLCC Kuala Lumpur , Aquaria KLCC , Aquaria KLCC Kuala Lumpur - Cuti-cuti Malaysia

Aquaria KLCC Kuala Lumpur , Aquaria KLCC Kuala Lumpur - Cuti-cuti Malaysia 2014 , Cuti-cuti Malaysia 2014

Kehidupan di dasar laut yang ada di Aquaria KLCC Kuala Lumpur , banyak lagi gambar tapi ini aje yang sempat saya letak di entry ini.

Jika anda tidak tahu mana nak pergi bila cuti , datang lah ke Aquaria KLCC. Di Malaysia banyak juga tempat yang boleh di lawati dan happening jugak.

Sekarang ni pun Tahun Melawat Malaysia 2014 , jom kita selongkar dulu apa yang ada di Malaysia.

Aquaria KLCC Kuala Lumpur - Cuti-cuti Malaysia 2014 , Aquaria KLCC , Aquaria KLCC Kuala Lumpur , Cuti-cuti Malaysia 2014