Apa Yang Anda Faham Tentang Piramid Makanan?

Apa Yang Anda Faham Tentang Piramid Makanan?

Selalu saya asyik cerita pasal makanan je kat blog ni, kali ni saya nak bercerita pula pasal pemakanan yang seimbang iaitu berkenaan tentang piramid makanan. Cerita pasal makan dan makan kemudian kita cerita pula pasal makanan yang seimbang, barulah balance. Ok sebelum saya cerita lebih berkenaan dengan piramid makanan ni, saya nak tanya anda semua dulu, Apa itu Piramid Makanan? Apa yang anda faham tentang Piramid Makanan? 

Saya rasa ramai yang dah tahu tentang piramid makanan ni, tapi buat mereka yang belum tahu, piramid makanan ini merupakan satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari, ia juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat serta membezakan kadar saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana dan seimbang.

Dengan pengambilan makanan yang seimbang boleh membuatkan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

Secara umumnya ada 4 aras dalam Piramid Makanan iaitu :

ARAS 1

Setiap aras mempunyai fungsi yang tersendiri. Aras 1 piramid makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan dalam aras 1 ini juga membekalkan serat, mineral, vitamin dan sedikit protein. Setiap hari kita dicadangkan mengambil makanan dari kumpulan ini diambil 4-8 hidangan.

Makanan seimbang, membezakan kadar saiz hidangan, panduan dalam penyediaan makanan, Piramid Makanan, Apa Itu Piramid Makanan?, 4 Aras Dalam Piramid Makanan, Faham Tentang Piramid Makanan, Kumpulan Makanan

Antara contoh makanan bagi kumpulan ini adalah seperti bijirin sarapan, mi, mihunnasi, bubur, roti, pasta, capatibiskutthosai, ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2

Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanan dalam aras ini dicadangkan diambil paling banyak berbanding aras-aras lain. Sekurang-kurangnya diambil 3 hidangan setiap hari.

Makanan seimbang, membezakan kadar saiz hidangan, panduan dalam penyediaan makanan, Piramid Makanan, Apa Itu Piramid Makanan?, 4 Aras Dalam Piramid Makanan, Faham Tentang Piramid Makanan, Kumpulan Makanan

Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

ARAS 3

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid dan ianya kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.

Makanan seimbang, membezakan kadar saiz hidangan, panduan dalam penyediaan makanan, Piramid Makanan, Apa Itu Piramid Makanan?, 4 Aras Dalam Piramid Makanan, Faham Tentang Piramid Makanan, Kumpulan Makanan

Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.

Selain itu, hasil tenusu seperti susu, keju dan dadih juga terletak pada aras ke 3. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4

Makanan seimbang, membezakan kadar saiz hidangan, panduan dalam penyediaan makanan, Piramid Makanan, Apa Itu Piramid Makanan?, 4 Aras Dalam Piramid Makanan, Faham Tentang Piramid Makanan, Kumpulan Makanan

Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Apa yang penting adalah makanan seharian kita mengandungi nutrisi yang seimbang untuk keperluan badan kita.

Untuk lebih tips-tips kuruskan badan dan menu diet boleh tengok di facebook page Kurus Oh Kurus dan kurusdancantik.com