Pastry And Culinary Challenge 2018, Anchor Food Professionals, KDU Glenmarie, cabaran kulinari, KEK TERBAIK - SALURAN HOTEL, Kategori Kek Terbaik Saluran Hotel, Pemenang Untuk Kategori Kek Terbaik, Pertandingan Pastri Dan Kulinari

Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018 Di KDU Glenmarie

Zaman dulu, kerjaya sebagai tukang masak atau chef ni kurang mendapat sambutan, tapi kini kerjaya sebagai chef makin mendapat tempat di kalangan anak muda sekarang. Tengok sahaja rancangan master chef, junior master chef dan beberapa lagi rancangan pertandingan masakan..rata-rata di kalangan warga muda. Masing-masing berebut untuk menjadi chef hebat dan popular.

Saya kalau program masakan yang ada di kaca TV, memang suka betul tengok, seronok sangat apatah lagi melihat mereka yang memasak mempunyai kemahiran yang hebat-hebat.

Sebab tu bila dipelawa menyaksikan Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018 yang telah diadakan di KDU Glenmarie serta menyaksikan pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah untuk ketegori yang dipertandingkan pada hari tersebut, saya tak lepaskan peluang turut serta.

Cabaran ini berlangsung selama 4 hari dari 13 hingga 16 Mac 2018, ia merupakan cabaran yang ke tiga yang dianjurkan oleh Anchor Food Professionals dan juga yang pertama menampilkan cabaran kulinari.

Pastry And Culinary Challenge 2018, Anchor Food Professionals, KDU Glenmarie, cabaran kulinari, KEK TERBAIK - SALURAN HOTEL, Kategori Kek Terbaik Saluran Hotel, Pemenang Untuk Kategori Kek Terbaik, Pertandingan Pastri Dan Kulinari

Saya pasti anda semua sudah maklum mengenai Anchor Food Professionals yang mana dulunya dikenali dengan nama Fonterra Foodservices). Merupakan satu jenama besar yang membekalkan produk ternusu terkenal dari New Zealand, Anchor kepada industri perkhidmatan makanan di Malaysia.

AFP juga berdedikasi dalam membangunkan bakeri tempatan dan juga saluran HORECA, melalui inovasi produk dan penghasilan resepi. Oleh yang demikian, pertandingan ini diadakan bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan sekaligus menaik tarafkan industri bakeri dan industri kulinari tempatan di Malaysia.

Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018

Pastry And Culinary Challenge 2018, Anchor Food Professionals, KDU Glenmarie, cabaran kulinari, KEK TERBAIK - SALURAN HOTEL, Kategori Kek Terbaik Saluran Hotel, Pemenang Untuk Kategori Kek Terbaik, Pertandingan Pastri Dan Kulinari

Untuk cabaran kali ini, terdapat 3 kategori (Kulinari, Kek dan Pastri) untuk 4 saluran iaitu :

  1. Pastri Terbaik – Saluran Bakeri ( 13 Mac 2018) – 4 finalis.
  2. Kek Terbaik – Saluran Bakeri (14 Mac 2018) – 8 finalis.
  3. Kek Terbaik – Saluran Hotel (15 Mac 2018) – 8 finalis.
  4. Kulinari Terbaik – Saluran Hotel (16 Mac 2018) – 7 finalis.

*Finalis berbeza setiap hari, dari saluran berbeza, dengan penyampaian hadiah setiap hari.

Saya cukup bertuah kerana dapat menyaksikan cabaran dalam kategori KEK TERBAIK – SALURAN HOTEL dan berpeluang menyaksikan bakal-bakal chef muda ini memperlihatkan kek-kek yang yang dipertandingkan untuk cabaran kali ini.

This slideshow requires JavaScript.

(KLIK IMAGE UNTUK GAMBAR SETERUSNYA)

Para peserta Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018 ini juga harus menggunakan sepenuhnya produk utama Anchor seperti :

  • Anchor Cream Cheese
  • Anchor Butter Sheet.
  • Anchor Butter.
  • Anchor UHT Milk.
  • Anchor Whipping Cream.
  • Anchor Extra Yield Cooking Cream.

Para peserta untuk Kategori Kek Terbaik Saluran Hotel ini wajib menyediakan 2 jenis kek menggunakan kompisisi berbeza iaitu setiap resipi mesti mengandungi sekurang-kurangnya sejumlah 30% Anchor Whipping Cream dan Anchor Cream Cheese  dari keseluruhan berat kek.

  • 1 Jenis kek Penuh ( dengan tema Mangga) 800gm – 1000gm berat setiap kek.
  • 1 Jenis kek Individu (Tema Strawberi) 80gm – 100gm berat setiap kek.

Menyaksikan kehebatan para peserta muda yang amat berbakat buatkan saya kagum dengan kebolehan dan bakat mereka membuat kek serta hiasan kek yang begitu cantik yang setaraf dengan kek-kek yang ada di hotel mewah.

Pastry And Culinary Challenge 2018, Anchor Food Professionals, KDU Glenmarie, cabaran kulinari, KEK TERBAIK - SALURAN HOTEL, Kategori Kek Terbaik Saluran Hotel, Pemenang Untuk Kategori Kek Terbaik, Pertandingan Pastri Dan Kulinari

Pengarah Profesional Makanan Anchor, Linda Tan turut berkata, persaingan seperti ini amat penting bagi industri ini kerana ia menyediakan platform bagi perkongsian pengalaman dan pengetahuan, memupuk potensi tukang masak dan pastri masa depan Malaysia.

Sebagai pembekal terbesar produk dan bahan ternusu berkualiti tinggi di negara ini, kami sentiasa mencari dan korek potensi yang tersembunyi yang ada dalam diri anak-anak muda ini. Sesetengah telah mengukir nama manakala sesetengahnya ada permata yang boleh di bongkar. Menjadi tanggungjawab kami untuk meneroka, menjelajah dan meraikan sejumlah chef muda di negara ini yang dapat mencapai tahap yang lebih tinggi dengan galakkan yang tepat, jelasnya

Antara panel juri yang terbaik adalah ;

  • Chef Jean Francois Arnaud (Ketua Juri – Pastri).
  • Chef Nazeri Ismail (Pastri).
  • Chef Arthur Heng (Pastri).
  • Chef Gerahard Albrecht (Ketua Juri – Kulinari)
  • Chef Fami Taufeq (Kulinari).
  • Chef Sabri Ismail (Kulinari).

Pemenang Untuk Kategori Kek Terbaik – Saluran Hotel

Hadiah yang di beri untuk pemenang juga cukup lumayan buat peserta muda ini. Antara hadiah yang di tawarkan untuk setiap kategori andalah seperti berikut :

  • Tempat Pertama – Hadiah bernilai RM5000 + Trofi + Sijil.
  • Tempat Kedua – Hadiah bernilai RM3000 + Trofi + Sijil.
  • Tempat Ketiga – Hadiah bernilai RM2000 + Trofi + Sijil.

Memenangi kategori tersebut merupakan suatu pengiktirafan dan kebanggan di kalangan peserta muda ini di samping meletakkan mereka di tahap yang lebih tinggi kerana pertandingan ini di pandang tinggi dalam industri dan diadili oleh panel juri yang dianggap terbaik dalam industri.

Bagi saya kesemua mereka memang terbaik, memang sukar para juri untuk membuat pilihan yang mana terbaik dari yang terbaik. Setelah para peserta bertungkus lumus menghasilkan kek yang terbaik, akhirnya keputusan berpihak kepada :

  • Pemenang tempat pertama ( GAN TERK YEONG mewakili hotel Sofitel Kuala Lumpur Damansara)
Pastry And Culinary Challenge 2018, Anchor Food Professionals, KDU Glenmarie, cabaran kulinari, KEK TERBAIK - SALURAN HOTEL, Kategori Kek Terbaik Saluran Hotel, Pemenang Untuk Kategori Kek Terbaik, Pertandingan Pastri Dan Kulinari

Pemenang tempat pertama Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018 – GAN TERK YEONG

Pastry And Culinary Challenge 2018, Anchor Food Professionals, KDU Glenmarie, cabaran kulinari, KEK TERBAIK - SALURAN HOTEL, Kategori Kek Terbaik Saluran Hotel, Pemenang Untuk Kategori Kek Terbaik, Pertandingan Pastri Dan Kulinari

  • Pemenang tempat kedua ( NYON PEI SHAN – mewakili hotel Intercontinential Kuala Lumpur )
Pastry And Culinary Challenge 2018, Anchor Food Professionals, KDU Glenmarie, cabaran kulinari, KEK TERBAIK - SALURAN HOTEL, Kategori Kek Terbaik Saluran Hotel, Pemenang Untuk Kategori Kek Terbaik, Pertandingan Pastri Dan Kulinari

Pemenang tempat kedua Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018 – NYON PEI SHAN

Pastry And Culinary Challenge 2018, Anchor Food Professionals, KDU Glenmarie, cabaran kulinari, KEK TERBAIK - SALURAN HOTEL, Kategori Kek Terbaik Saluran Hotel, Pemenang Untuk Kategori Kek Terbaik, Pertandingan Pastri Dan Kulinari

  • Pemenang tempat ketiga ( TAN SHONG YEE – mewakili hotel Double Tree by Hilton KL)
Pastry And Culinary Challenge 2018, Anchor Food Professionals, KDU Glenmarie, cabaran kulinari, KEK TERBAIK - SALURAN HOTEL, Kategori Kek Terbaik Saluran Hotel, Pemenang Untuk Kategori Kek Terbaik, Pertandingan Pastri Dan Kulinari

Pemenang tempat ketiga Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018 – TAN SHONG YEE

Pastry And Culinary Challenge 2018, Anchor Food Professionals, KDU Glenmarie, cabaran kulinari, KEK TERBAIK - SALURAN HOTEL, Kategori Kek Terbaik Saluran Hotel, Pemenang Untuk Kategori Kek Terbaik, Pertandingan Pastri Dan Kulinari

Pemenang terdahulu telah berpeluang untuk bertanding dalam pertandingan Fonterra peringkat global yang diadakan di Australia, sekaligus memberi pendedahan peringkat antarabangsa yang berharga dalam meningkatkan lagi martabat mereka sebagai chef.

Tahniah buat para pemenang Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018, buat yang tak berjaya jangan bersedih…masa anda masih panjang lagi, teruskan usaha anda dalam bidang yang di minati ini.

Untuk info lanjut Anchor Food Professionals, boleh layari

 WEBSITE