Amante, Amante Signature Warm Oil Therapy, aromatherapy essential oil, hot stone, Amante Wellness Beauty, Amante Wellness Beauty Jaya One, Petaling Jaya, Urutan Hot Stone, Massage, Promosi, Contest

Amante Signature Warm Oil Therapy Di Amante Wellness Beauty, Jaya One PJ

Bulan September memang bulan yang sangat memenatkan dan menguji minda buat saya. Apa tak nya, dengan keluar masuk hospital, betul-betul buatkan otak dan badan saya penat teramat sangat. Dalam fikiran, kalaulah dah keluar hospital dan betul-betul sihat, memang saya nak pergi ke pusat urutan dan manja-manjakan diri dengan melakukan urutan badan.

Saya ni memang suka sangat berurut, rasa sedap aje kalau berurut satu badan. Dulu-dulu rajin jugak panggil tukang urut datang rumah untuk urut satu badan saya ni, tapi dia dah balik kampung so tak ada dah tukang urut yang saya rasa sedap untuk urut badan saya ni.

Last saya rasa sedap berurut bila saya ke Amante Wellness Beauty, USJ Taipan, memang syiok bila ahli terapi sana urut-urut badan kita dengan minyak special, rasa lega dan tenang aje badan dan minda. (Boleh klik SINI untuk info Amante USJ Taipan)

Amante, Amante Signature Warm Oil Therapy, aromatherapy essential oil, hot stone, Amante Wellness Beauty, Amante Wellness Beauty Jaya One, Petaling Jaya, Urutan Hot Stone, Massage, Promosi, Contest

Amante Wellness Beauty Di The School @ Jaya One, Petaling Jaya

Amante Wellness Beauty ni ada banyak cawangan, kali ni saya pilih yang berdekatan dengan rumah saya di Petaling Jaya iaitu di The School @ Jaya One.

Bila keluar aje dari hospital, dan rasa diri dah boleh buat urutan, terus saya call buat appointment. Badan ni dah tak sabar-sabar minta di ulit-ulit..hehehe.

Rehatkan Badan Dan Minda Dengan Amante Signature Warm Oil Therapy Di Jaya One Petaling Jaya

Amante, Amante Signature Warm Oil Therapy, aromatherapy essential oil, hot stone, Amante Wellness Beauty, Amante Wellness Beauty Jaya One, Petaling Jaya, Urutan Hot Stone, Massage, Promosi, Contest

Grace terangkan fungsi dan kebaikkan Amante Signature Warm Oil Therapy

Kedatangan saya di cawangan Amante Jaya One di sambut ramah mesra oleh Grace. Di pusat rawatan ini ruangannya tidak lah besar seperti di USJ Taipan tapi terdapat bilik-bilik kecil yang kemas dan tersusun dengan haruman serta music lembut yang mengasyikkan. Membuatkan kita rasa tenang sahaja disana.

Semasa hari kedatangan saya, bilik-bilik semua penuh. Nampak sangat pelanggan suka datang dan buat rawatan disini. Kebanyakkan yang datang merupakan pelanggan tetap yang tahu keberkesanan rawatan yang disediakan di sini.

Amante, Amante Signature Warm Oil Therapy, aromatherapy essential oil, hot stone, Amante Wellness Beauty, Amante Wellness Beauty Jaya One, Petaling Jaya, Urutan Hot Stone, Massage, Promosi, Contest

Bila saya terangkan yang saya terlalu penat dan baru aje keluar dari hospital, maka beliau cadangkan saya mencuba rawatan Amante Signature Warm Oil Therapy.  Katanya rawatan ini mampu merenggangkan otot-otot yang kejang dengan penyembuhan serta mampu merangsang aliran darah dan mampu menenangkan minda. Fuhhh belum buat dah terasa dan terbayang kenikmatannya..hehehe.

Tahukah anda, jika kita merasa terlalu letih selepas hari yang panjang dan tidak dapat tidur dengan baik pada waktu malam, jika ianya berterusan boleh membawa kepada penghasilan semula hormon yang rendah? Ini boleh menyebabkan seseorang mengalami kebimbangan, pening, kemurungan, kulit kering, peredaran darah yang lemah dan sebagainya.

Apabila gejala-gejala ini mula muncul, sudah tiba masanya untuk membuat beberapa “masa” untuk mengisi semula diri kita dengan 90 minit Amante Signature Therapy Oil Warm.

Amante Signature Warm Oil Therapy

Amante Signature Warm Oil Therapy Di Amante Wellness Beauty, Jaya One PJ

Amante, Amante Signature Warm Oil Therapy (Kredit : Google Image)

Amante Signature Warm Oil Therapy adalah rawatan gabungan terapi batu panas(hot stone) dan urutan yang mendalam, menggunakan gabungan minyak khas (aromatherapy essential oil) untuk menguatkan lagi kesan penyembuhan. Ia meningkatkan kesejahteraan dalaman dengan memberikan kelonggaran pada urat-urat yang tegang.

Amante, Amante Signature Warm Oil Therapy, aromatherapy essential oil, hot stone, Amante Wellness Beauty, Amante Wellness Beauty Jaya One, Petaling Jaya, Urutan Hot Stone, Massage, Promosi, Contest

Manfaat Amante Signature Warm Oil Therapy:

  1. Mengurangkan sakit belakang atau leher dan bahu tegang
  2. Melegakan kesakitan dan ketegangan otot
  3. Meningkatkan penyembuhan
  4. Mengurangkan tekanan
  5. Meningkatkan kulaiti tidur
  6. Mengurangkan kemurungan
  7. Membuang toksin dalam badan
  8. Memperbaiki peredaran darah
  9. Menenangkan jiwa

Ini merupakan pengalaman pertama saya merasai rawatan Amante Signature Warm Oil Therapy. Serius cakap, memang sedap sangat. Rasa lega keseluruhan tubuh saya selepas rawatan yang dibuat.

Amante, Amante Signature Warm Oil Therapy, aromatherapy essential oil, hot stone, Amante Wellness Beauty, Amante Wellness Beauty Jaya One, Petaling Jaya, Urutan Hot Stone, Massage, Promosi, Contest

Az ahli terapi sedang memanaskan hot stone

Az, ahli terapi yang terlatih melakukan rawatan mengurut keatas saya, terlebih dahulu membersihkan badan saya dengan tuala hangat untuk menghilangkan kotoran atau peluh yang ada di badan, kemudian beliau memanaskan badan kita terlebih dahulu dengan menggosok dan mengurut menggunakan batu panas, urutan tersebut diselang seli dengan tangan menggunakan minyak pati.

Di mulai dengan kaki kemudian naik ke badan belakang serta tangan. Haba dari batu yang di gosok ke badan benar-benar melegakan otot-otat saya yang tegang sebelum ini, ia menggalakkan rangsangan aliran darah yang juga menggalakkan kelonggaran otot.

Amante Signature Warm Oil Therapy Di Amante Wellness Beauty, Jaya One PJ

Az, ahli terapi sedang melakukan urutan. Tangan dia memang power gila..hehehe

Bila batu-batu di oleskan ke badan dan bila jari jemari ahli terapi menekan-nekan badan saya, saya rasa macam berada di awang-awangan sahaja. Rasa tenang sampai tertidur saya dibuatnya..hehehe.

Keseluruhannya saya amat berpuashati dengan rawatan ini dan saya memang suggestkan sesiapa yang mengalami ketegangan otot dan kesakitan, insomnia, atau tekanan, mencuba rawatan Amante Signature Warm Oil Teraphy ini. Tapi sekiranya anda mempunyai sakit yang kronik yang menyebabkan kesakitan bila di urut, berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada urutan warm oil teraphy adalah pilihan yang baik untuk anda.

Amante, Amante Signature Warm Oil Therapy, aromatherapy essential oil, hot stone, Amante Wellness Beauty, Amante Wellness Beauty Jaya One, Petaling Jaya, Urutan Hot Stone, Massage, Promosi, Contest

Ini ada berita baik buat semua, Amante  Wellness sedang mengadakan promosi yang mana harga untuk  Amante Signature Warm Oil Therapy (90 minit) adalah sebanyak RM59 sahaja! (Harga sebenar RM296). Haa…murah gila kan? Rugi sangat kalau anda tak dapatkan harga promosi ini. Bukan itu sahaja, anda juga dapat :

👇👇👇👇👇👇
Percuma
Rawatan Mata Dark Circle
[untuk tawaran terhad atau 100 pelanggan pertama sahaja. Cepat cepat buat appointment sebelum terlambat]
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website  | Facebook | Instagram
 Owhhh ya, satu lagi berita baik! Saya akan adakan contest untuk kesayangan saya yang rajin ikuti saya.
[CONTEST GIVEAWAY]

Amante Wellness Beauty Contest Oct 2017Saya nak bagi kat anda Amante Complimentary Gift Card bernilai RM236 untuk sepuluh (10) pemenang bertuah! Haaa…korang nak tak? Nak tak? Kalau nak, senang aje, korang hanya perlu ke laman facebook page saya ( KLIK DI SINI ) dan ikuti arahan yang saya berikan disana.