Althea Korea, Althea Real Fresh Skin Detoxer, produk penjagaan kulit wajah, Real Fresh Skin Detoxer, Get It Beauty, Althea, Rose (skin refining), Green Tea (skin purifying)

Dapatkan Kulit Segar Dan Sihat Dengan Althea Real Fresh Skin Detoxer Set

Dapatkan Kulit Segar Dan Sihat Dengan Althea Real Fresh Skin Detoxer Set | Adalah penting untuk memilih rejim penjagaan kulit yang segar dan sihat dari awal lagi. Untuk kelihatan cantik, amat penting untuk memahami beberapa keperluan asas untuk penjagaan kulit dengan betul serta mendapatkan produk penjagaan kulit wajah yang betul dan sesuai digunakan untuk kulit wajah kita.

Dengan penjagaan kulit wajah yang betul serta dedikasi merawat kulit wajah setiap hari, anda mungkin boleh mengawal tanda-tanda cela yang tidak diingini di wajah.

Sebelum ini saya telah mengamalkan produk Althea Bare Essentials yang membuatkan kulit wajah saya kelihatan sihat dan segar, terkini Althea menambahkan lagi produk mereka untuk membolehkan pembersihan lebih mendalam agar dapat meningkatkan kulit dengan nutrien dan kebaikkan.

Althea dengan kerjasama Get It Beauty iaitu salah satu tv show kecantikkan No.1 Korea, telah menghasilkan Real Fresh Skin Detoxer. Apakah Real Fresh Skin Detoxer? Bagaimana ianya boleh membantu kulit wajah anda?

Althea REAL FRESH SKIN DETOXER SET

 Althea Korea, Althea Real Fresh Skin Detoxer, produk penjagaan kulit wajah, Real Fresh Skin Detoxer, Get It Beauty, Althea, Rose (skin refining), Green Tea (skin purifying)

Althea Real Fresh Skin Detoxer adalah pembersih pek 2-dalam-1 yang mengeluarkan sebum, kotoran dari liang-liang roma ketika menyebarkan pelbagai nutrien ke kulit, menjadikannya segar, lembut dan licin. Ia datang dalam dua versi iaitu Rose (skin refining) and Green Tea (skin purifying) untuk memenuhi keperluan anda.

  • Rose

 Althea Korea, Althea Real Fresh Skin Detoxer, produk penjagaan kulit wajah, Real Fresh Skin Detoxer, Get It Beauty, Althea, Rose (skin refining), Green Tea (skin purifying)

BAHAN-BAHAN UTAMA

  • Real rose petals – Gosok kulit dengan lembut dan memberikan aroma yang ringan, menyenangkan
  • Ekstrak Rose – Mengiritasi dan menenangkan kerengsaan yang mendalam, menghalusi kulit dan menghancurkan tekstur kasar
  • Glycerin – Humectant yang memberi kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi

Edisi Rose mengandungi ekstrak semulajadi daripada bunga ros bermusim yang berasal dari Grasse, Perancis Selatan. Mawar ini hanya mekar sekali setahun pada bulan Mei, dan secara mendalam menghidrat kulit.

Formula ini juga membantu memperbaiki kulit, meminimumkan pori-pori menenangkan kerengsaan kulit serta melembapkan kulit dengan perlahan. Sesuai di gunakan di waktu pagi dan hanya mengambil 10 saat penggunaan.

  • Teh Hijau

 Althea Korea, Althea Real Fresh Skin Detoxer, produk penjagaan kulit wajah, Real Fresh Skin Detoxer, Get It Beauty, Althea, Rose (skin refining), Green Tea (skin purifying)

Bahan-bahan utama :

  • Teh hijau Daun teh hijau sejati – Perlahan-lahan menghilangkan kulit dan memberikan wangian, wangian yang menyenangkan
  • Ekstrak teh hijau – Mengandungi vitamin C dan asid amino untuk membersihkan dan menguatkan kulit
  • Glycerin – Humectant yang memberi kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi

Manakala Versi Teh Hijau berasal dari pulau Jeju, menggunakan ekstrak dari daun teh hijau muda. Kaya dengan vitamin C dan antioksidan untuk membantu melindungi dan mencerahkan kulit.

Dengan kepingan teh hijau yang sebenar dan serbuk teh hijau yang dibalut dengan halus, ia juga membantu untuk membersihkan dan menghidrat kulit, mengeluarkan residu mikro yang tidak diingini yang boleh menyumbat liang-liang. 

Teh Hijau di gunakan pada waktu malam untuk membersihkan sebarang kotoran yang mungkin melekat pada kulit.

Cara Penggunaan Althea Real Fresh Skin Detoxer

 Althea Korea, Althea Real Fresh Skin Detoxer, produk penjagaan kulit wajah, Real Fresh Skin Detoxer, Get It Beauty, Althea, Rose (skin refining), Green Tea (skin purifying)

Cara penggunaan ke dua-dua produk ini sangat mudah. Anda hanya perlu :

  • Cuci muka seperti biasa menggunakan produk yang ada kemudian di biarkan kering.
  • Sapukan Althea Real Fresh Skin Detoxer dengan lapisan tebal dan dibiarkan selama 10 saat.
  • Tambahkan sedikit air kemudian urut dengan perlahan-lahan dalam gerakan bulat sebelum di bilas dengan air.

Kelebihan Althea Real Fresh Skin Detoxer

  • Pembersih 2-dalam-1 yang menyuburkan kulit dalam masa 10 saat sahaja 
  • Mengandungi kelopak mawar sebenar (untuk menyempurnakan) dan daun teh hijau (untuk membersihkan)
  • Meninggalkan kulit segar dan licin

Althea Real Fresh Skin Detoxer ini sesuai untuk semua jenis kulit, merupakan produk yang baru di lancarkan dalam bulan Julai dan berita baiknya kini ianya dijual dalam bungkusan promo, dan anda boleh mendapatkan kedua-dua versi dalam satu set untuk 50% off (untuk masa yang terhad – sehingga stok masih ada)

Anda boleh miliki :

1 x Real Fresh Skin Detoxer Rose: 150ml
1 x Real Fresh Skin Detoxer Green Tea: 150ml

Info lanjut anda boleh layari :

WEBSITE | FACEBOOK