Althea, Althea Korea, Althea Petal Velvet Sunaway, Melindungi Kulit Daripada Sinaran UV, Pelindungan Matahari, SPF 50+ dan PA ++++, sunblock, sunscreen

Althea Petal Velvet Sunaway Pelindungan Matahari

Saya memang seorang yang amat risau jika kulit wajah mengalami masalah walaupun masalah itu taklah besar mana pun. Sebab itu saya sentiasa pastikan mendapat produk yang lengkap dan berkualiti yang mampu menghindarkan kulit wajah saya dari sebarang masalah.

Selain dari produk asas dalam rutin penjagaan wajah seperti pencuci, toner dan pelembab yang sering saya gunakan, sunblock ataupun sunscreen merupakan produk yang wajib saya gunakan setiap hari untuk melindungi wajah dari sinaran matahari secara langsung.

Disebabkan negara kita yang mempunyai musim panas yang panjang dan lembab, juga kebanyakkan kita lebih banyak berada di luar rumah dan terdedah dari sinaran UV, maka pastikan kita sentiasa melindungi kulit kita dengan pelindung matahari yang mencukupi. Bagi saya, telah menjadi satu kebiasaan setelah mandi pagi walaupun tidak kemana-mana, saya tetap oleskan pelindung matahari ke wajah, agar kulit kita terlindung dari sinar UV.

Terdapat banyak keburukan dari kebaikan yang membuat kulit kita hilang serinya jika sentiasa terdedah dengan sinaran UV ni, antaranya mampu membuatkan kerosakkan pada kulit wajah seperti timbulnya jeragat, mampu mempercepatkan kesan penuaan pada kulit wajah kita dan lebih membimbangkan, dalam masa panjang ianya mampu menyebabkan kanser kulit.

Althea Petal Velvet Sunaway – Pelindung Wajah Dari Sinar UV

Althea, Althea Korea, Althea Petal Velvet Sunaway, Melindungi Kulit Daripada Sinaran UV, Pelindungan Matahari, SPF 50+ dan PA ++++, sunblock, sunscreen

Baru-baru ini saya telah bercuti ke Krabi dan saya memang memerlukan pelindung matahari yang mampu melindungi kulit saya dari panas terik ketika berada di sana kerena memang saya akan banyak lakukan aktiviti di pantai dan lautan.

Dalam mencari produk yang sesuai, saya telah dipertemukan dengan produk dari Althea iaitu Althea Petal Velvet Sunaway yang baru dikeluarkan dan mempunyai SPF 50+ dan PA ++++. Kebetulan saya memang penggunakan produk Althea ( BOLEH KLIK DISINI DAN DISINI ) dan saya suka setiap produk yang dihasilkan maka why not saya cuba produk ini ketika saya di Krabi untuk tahu keberkesanannya.

Apa yang pasti, selepas menggunakan Althea Petal Velvet Sunaway, saya jadi tertarik dengan testurnya yang ringan dan tidak membuatkan kulit wajah saya berminyak. Kulit wajah saya juga tidak terbakar bila saya berlama-lama di bawah matahari terik.

Althea, Althea Korea, Althea Petal Velvet Sunaway, Melindungi Kulit Daripada Sinaran UV, Pelindungan Matahari, SPF 50+ dan PA ++++, sunblock, sunscreen

Althea, Althea Korea, Althea Petal Velvet Sunaway, Melindungi Kulit Daripada Sinaran UV, Pelindungan Matahari, SPF 50+ dan PA ++++, sunblock, sunscreen

Selalunya, bila saya balik dari bercuti di kepulauan atau pantai, kulit wajah saya akan menggelupas tapi kali ini tidak jadi begitu tetapi sebaliknya kulit saya tetap segar dan terhidrat sepanjang hari tanpa sebarang kekasaran dan mengelupas.

Apa yang baiknya tentang Althea Petal Velvet Sunaway ini adalah :

  • Teksturnya yang ringan
  • Lutsinar
  • Membuatkan kulit wajah rasa segar dan terhidrat
  • SPF50 +, PA ++++ membuatkan kulit terlindung sepanjang hari.
  • Boleh digunakan setiap hari.

Bahan utama yang terdapat dalam kandungan Althea Petal Velvet Sunaway ini turut menarik minat saya, antaranya adalah :

  • Damask meningkat ekstrak – Menghidratkan mendalam dan melegakan kerengsaan, menjadikan kulit berasa sihat
  • Hyaluronic acid – Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi
  • Minyak Geranium – Memberi kulit rangsangan berseri dan menyembuhkan jerawat

Anda mencari pelindung matahari yang tahan lama dan kuat untuk kegunaan seharian? Inginkan pelindung matahari yang mampu melembabkan kulit wajah? Inginkan pelindung matahari yang tidak membuat muka bercapuk-capuk putih dan lentur bila kena sinar matahari terik? Althea Petal Velvet Sunaway merupakan jawapannya!

Althea, Althea Korea, Althea Petal Velvet Sunaway, Melindungi Kulit Daripada Sinaran UV, Pelindungan Matahari, SPF 50+ dan PA ++++, sunblock, sunscreen

Sapukan Althea Petal Velvet Sunaway ke kulit dan biarkan menyerap ke dalam kulit sebelum keluar ke bawah matahari dan anda boleh gunakan produk ini setiap hari terutama buat mereka yang sering terdedah di bawah terik matahari.

Untuk info lanjut, anda boleh layari :

ALTHEA KOREA