Althea, Althea Korea, Althea Milk Peel Cream Mask, Mampu Menarik Kotoran Degil, Menghaluskan Kulit Wajah, Milk Peel Cream Mask, produk penjagaan wajah Althea, Masker

Althea Milk Peel Cream Mask

Althea Milk Peel Cream Mask Mampu Menarik Kotoran Degil Sekaligus Menghaluskan Kulit Wajah | Sebenarnya tak susah mana pun nak kan kulit kita bersih dan nampak segar sentiasa, semuanya atas usaha kita sendiri samada rajin atau tidak menjaga kulit wajah agar sentiasa kelihatan bersih berseri. Untuk cantik, kita kenalah rajinkan diri untuk membersih dan merawat wajah setiap hari.

Bila kulit dijaga rapi, jika kita nak keluar kemana-mana tanpa make-up pun dah tak perlu lagi risau sebab kulit dah kelihatan cantik semulajadi, tak perlu dah nak make-up tebal seinci disebabkan nak sorokkan jerawat, jeragat, pori-pori terbuka dan sebagainya.

Althea Milk Peel Cream Mask

Selain melakukan scrub untuk mengeluarkan kulit mati dan kotoran di wajah, masker juga amat penting dalam rutin penjagaan wajah untuk mendapatkan kulit halus.

Kali ini saya kongsikan pula produk yang patut anda cuba untuk dapatkan kulit wajah yang licin dan bersih presis wajah artis Korea iaitu Milk Peel Cream iaitu produk terbaru dari Althea.

Althea, Althea Korea, Althea Milk Peel Cream Mask, Mampu Menarik Kotoran Degil, Menghaluskan Kulit Wajah, Milk Peel Cream Mask, produk penjagaan wajah Althea, Masker

Produk dari Althea memang tak perlu diragui lagi. Setiap produk yang dikeluarkan memang terbaik. Saya merupakan pengguna produk penjagaan wajah Althea dan memang sangat puashati dengan hasil yang saya dapat selepas menggunakan produk mereka.

Bila Althea mengeluarkan Milk Peel Cream Mask, memang saya tak ragu-ragu untuk mencuba produk tersebut. Lagipun memang saya sedang mencari produk yang mampu menarik segala kotoran degil keluar dari pori-pori di wajah saya dan mengeluarkan sel kulit mati yang ada di permukaan kulit.

Lately ni saya macam malas nak buat rawatan facial di kedai so kalau ada produk yang boleh selesaikan masalah saya di rumah lagi senang.

Sebelum nak apply sesuatu produk mestilah kita nak tahu apa yang terkandung dalam produk tersebut kan? So apa yang terkandung dalam produk Althea Milk Peel Cream Mask ni dan apa kelebihan produk ini?

Bahan Utama Yang Terkandung Dalam Althea Milk Peel Cream Mask

  • Ekstrak protein susu – Melembapkan dan menguatkan kulit
  • AHA & BHA – Menghilangkan sel-sel kulit mati untuk kulit yang licin
  • Kaolin – Meretoksifikasi dan menarik keluar kekotoran dari pori-pori

Dengan bekas yang comel serta mempunyai fungsi pump cukup menyenangkan penggunaan, kalau letak dalam beg pun dah tak payah risau kalau tertumpah. Apabila dipicit pump tersebut maka keluarlah krim yang menyerupai tanah liat yang lembut berwarna putih, tetapi apabila disapu kewajah ianya akan berubah menjadi bubble whippes yang halus.

Althea, Althea Korea, Althea Milk Peel Cream Mask, Mampu Menarik Kotoran Degil, Menghaluskan Kulit Wajah, Milk Peel Cream Mask, produk penjagaan wajah Althea, Masker

Pertama kali saya melihat produk yang sebegini, bukan sahaja bermanfaat kepada kulit wajah tapi turut memberi keseronokkan ketika memakainya apabila kita melihat krim tersebut bertukar menjadi bubble halus seolah menyerupai Whippes Cream yang halus dan ianya juga sedap dibau kerana mempunyai aroma susu yang sangat ringan.

Cara pemakaiannya pun tidaklah susah. Hanya perlu lembabkan kulit wajah kemudian sapukan lapisan krim ke kulit wajah sehingga rata dan sedikit tebal dan urut dalam gerakan membulat dan biarkan menjadi bubble selama 30-60 saat, ada sedikit rasa geli-geli tapi menyeronokkan. Kemudian dibilas dengan air suam.

Althea, Althea Korea, Althea Milk Peel Cream Mask, Mampu Menarik Kotoran Degil, Menghaluskan Kulit Wajah, Milk Peel Cream Mask, produk penjagaan wajah Althea, Masker

Selepas pemakaian Milk Peel Cream Mask, kita akan dapat merasai wajah kita licin, lembab dan segar. Memang best! Produk ini sesuai dipakai untuk semua jenis kulit dan semua peringkat umur kerana produk ini tidak mengrengsakan kulit.

Jika anda mempunyai kulit wajah seperti dibawah ini, memang saya cadangkan anda guna Althea Milk Peel Cream Mask ini.

  • Jenis Kulit Kombination
  • Masalah pori-pori besar
  • Kasar, kulit sensitif yang memerlukan pengelupasan lembut
  • Kulit kering yang perlu dilembapkan walaupun selepas mengelupas

Dengan pengunaan secara konsisten, saya pasti lama-lama kulit wajah kita akan berasa lembut dan licin apabila disentuh. Anda tak nak ke kulit wajah anda licin dan bersih tanpa sebarang kotoran yang tersembunyi diwajah?

Jika anda teruja untuk mencuba Althea Milk Peel Cream Mask ini, sekarang ini adalah masa yang sangat sesuai untuk membuat pembelian. Harga asal RM36 tapi sekarang ada 10% OFF untuk masa yang terhad. So apa tunggu lagi…dapatkan sekarang sebelum harga kembali ke asal.

Untuk info lanjut anda boleh layari :

WEBSITE