Althea, Althea Angels, Althea Korea, Althea MakeUp, Althea Makeup box, Beauty Produk, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea, Jenama Sendiri, Koleksi Makeup Althea, Rangkaian Make-Up Jenama Althea

Serious memang excited dan happy tak terkata bila barang yang di tunggu-tunggu dari Althea iaitu Althea Makeup Box selamat sampai depan rumah. Bertuah rasanya dapat makeup yang baharu sahaja di keluarkan atas jenama Althea sendiri.

Untungnya menjadi Althea Angels kerana kami merupakan orang terawal dapat mencuba koleksi makeup Althea, yang baru sahaja dilancarkansetakat ni banyak juga produk penjagaan wajah atas jenama Althea saya dah cuba tapi tertunggu-tunggu juga bilalah Althea nak keluarkan produk makeup pula.

Akhirnya penantian saya berbaloi apabila baru-baru ini saya menerima Althea makeup box yang dipenuhi dengan barangan makeup Althea. Impian menjadi kenyataan. TAHNIAH ALTHEA atas keluaran makeup jenama sendiri yang cukup awesome!

Sampai aje ke tangan, tak sabar-sabar tau saya nak buka Althea Makeup Box, nak tahu apa yang ada dalam box tersebut. Terkejut weii tengok macam-macam ada…rasa nak melompat sampai ke bintang saya dibuatnya..hehehe.

Althea Makeup box – Rangkaian Make-Up Jenama Sendiri Dari Althea

Tak payah cerita banyak, jomlah sama-sama kita saksikan barangan yang terdapat dalam Althea Makeup Box serta review saya tentang satu-satu produk makeup yang saya terima ini.

  • Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea

Althea, Althea Angels, Althea Korea, Althea MakeUp, Althea Makeup box, Beauty Produk, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea, Jenama Sendiri, Koleksi Makeup Althea, Rangkaian Make-Up Jenama Althea

Walaupun sudah mempunyai set lengkap barangan makeup tapi memang tak pernah cukup buat saya. Antara yang paling saya suka kumpul adalah eye shadow, macam-macam pilihan warna ada. Orang perempuan macam ni lah, kalau boleh semua warna nak..hehehe.

Bila dapat Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea memang teruja lah sesangat, sebab jenis glitter glitter ni saya tak ada lagi dan satulagi istimewanya eye palette ini, ianya merupakan pembayang mata Althea yang pertama dengan kerjasama Bunga Cinta Lestari (artis dari Indonesia) yang juga merupakan ikon kecantikan dan fesyen. Saya pun suka tengok kecantikan BCL ni, selalu teringin nak cantik seperti dia. Bila dah ada eye palette ni, boleh lah saya berangan cantik seperti beliau..hehehe.

Althea, Althea Angels, Althea Korea, Althea MakeUp, Althea Makeup box, Beauty Produk, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea, Jenama Sendiri, Koleksi Makeup Althea, Rangkaian Make-Up Jenama Althea

Pembayang mata yang diilhamkan oleh BCL ni didatangkan dalam 8 warna yang cukup menarik dengan satu campuran shimmers, mattes dan glitters yang mudah di gabungkan untuk mendapatkan gaya yang sesuai dalam apa jua acara, sesuai digunakan ketika siang (Sunrise) juga boleh digayakan diwaktu malam (Moonrise).

Bila dah dioleskan ke mata sendiri, ehh cantik pulak saya rasa..(hehehe perasan kan?) Memang berbaloi sangat sesiapa yang dapatkan palette ni.

  • Watercolor Cream Tint (4.5ml)

Althea, Althea Angels, Althea Korea, Althea MakeUp, Althea Makeup box, Beauty Produk, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea, Jenama Sendiri, Koleksi Makeup Althea, Rangkaian Make-Up Jenama Althea

Saya ni kalau bab lisptik memang memilih sikit. Ada yang bila di oleskan di bibir, lama-lama akan berketul-ketul seperti berpasir dan kering. Buatkan rasa tak selesa dan bibir kelihatan comot.

Tapi bila saya gunakan Watercolor Cream Tint ini, ianya tidak mengeringkan bibir dan tidak membuat bibir mengelupas kerana ia mengandungi 5 lapisan asid hyaluronik dan squalene untuk mengelakkan bibir kering dan mengelupas. Memang saya perlukan lisptik sebegini disebabkan bibir saya ni memang cepat kering.

Best juga pakai lisptik ni, bibir terasa lembab aje, cuma color lipstik ini terlalu terang dan berkilat. Saya lebih suka color-color simple dan nampak natural untuk dipakai siang hari. Untuk dapatkan warna yang tidak berapa terang apabila gunakan lipstik ini, saya lekapkan tisu selepas dioles ke bibir.

Kalau nak ke majlis-majlis besar, watercolor cream tint memang sesuai digayakan, nampak sexy aje bibir kita.

Althea, Althea Angels, Althea Korea, Althea MakeUp, Althea Makeup box, Beauty Produk, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea, Jenama Sendiri, Koleksi Makeup Althea, Rangkaian Make-Up Jenama Althea

Antara warna yang hadir adalah :

  1. 01 Plum Cream
  2. 02 Strawberry Cream
  3. 03 Peach Cream
  4. 04 Marron Cream

Dengan teksturnya yang berkirm (dirumus dengan air dan minyak) serta mengandungi larutan hidrat 40%, senang betul dioles ke bibir tanpa rasa lekit dan berat. Rasanya juga cukup menyenangkan iaitu manis-manis buah. Bolehlah anda cuba nanti!

  • Flawless Creamy Concealer (6g)

Althea, Althea Angels, Althea Korea, Althea MakeUp, Althea Makeup box, Beauty Produk, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea, Jenama Sendiri, Koleksi Makeup Althea, Rangkaian Make-Up Jenama Althea

Haaa..concealer ni paling saya suka sangat, memang saya amat memerlukan concealer untuk menutupi kesan garis halus di wajah yang telah di mamah usia ni, dan saya juga mempunyai eyebag yang cukup teruk, tapi bila saya gabungkan dan sapukan conclear ini ke wajah saya, segala masalah tersebut terlindung rapi tanpa kelihatan.

Bukan itu sahaja, formula yang dibuat dengan Aquaxyl, mampu melembapkan dan memperbaiki keseluruhan kulit, kulit terasa sejuk dan tahan lama dengan kemasan yang cukup sempurna dan separuh matte, membuatkan kulit terasa terhidrasi dan selesa di wajah sepanjang hari.

Althea, Althea Angels, Althea Korea, Althea MakeUp, Althea Makeup box, Beauty Produk, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea, Jenama Sendiri, Koleksi Makeup Althea, Rangkaian Make-Up Jenama Althea

Terdapat 4 pilihan warna yang berbeza untuk disesuaikan dengan kulit seseorang. Antara warna yang ada :

  • 01 Vanilla (Pink beige # 21)
  • 02 Ginger (warm ivory #21 shade for natural coverage)
  • 03 Honey (warm peach shade to suit skin tones between #23-#25)
  • 04 Mocha (deeper yellow -based shade best suited for over #30)

Kita boleh gabungkan bersama ikut kesesuaian warna kulit dan keinginan kita untuk menonjolkan bahagian-bahagian tertentu samada nak gelapkan bahagian-bahagian tertentu atau menerangkan, bergantung pada keinginan kita.

Althea, Althea Angels, Althea Korea, Althea MakeUp, Althea Makeup box, Beauty Produk, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea, Jenama Sendiri, Koleksi Makeup Althea, Rangkaian Make-Up Jenama Althea

Dengan botol yang kecil, amat sesuai di bawa kemana-mana terutama ketika travel. Sekurang-kurangnya dapat menutupi wajah yang kusam dan bermasalah.

  • Spotlight Eye Glitter

Althea, Althea Angels, Althea Korea, Althea MakeUp, Althea Makeup box, Beauty Produk, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea, Jenama Sendiri, Koleksi Makeup Althea, Rangkaian Make-Up Jenama Althea

Sekarang ni saya lihat dah menjadi satu trend pakai glitter diwajah. Saya tak pernah lagi pakai, tapi bila tengok orang pakai teringin juga nak pakai..cantik aje saya lihat wajah mereka yang nampak flawless dan berseri-seri.

Percubaan pertama saya menggunakan spotlight eye glitter dari Althea ni, mula-mula pakai terasa pelik sangat, maklumlah pertama kali pakai glitter di wajah sendiri, lama-lama nampak berseri seri pulak wajah saya ni, terasa muda remaja gitu..hehehe.

Althea, Althea Angels, Althea Korea, Althea MakeUp, Althea Makeup box, Beauty Produk, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea, Jenama Sendiri, Koleksi Makeup Althea, Rangkaian Make-Up Jenama Althea

Di datangkan dengan 2 pilihan warna yang cukup menawan :

  • 01 Gold Light
  • 02 Pink Light

Warna yang tidak lah nampak keterlaluan, boleh juga di pakai untuk berjalan santai atau ke majlis formal. Senang juga di pakai disebabkan hujungnya yang halus.

Althea, Althea Angels, Althea Korea, Althea MakeUp, Althea Makeup box, Beauty Produk, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea, Jenama Sendiri, Koleksi Makeup Althea, Rangkaian Make-Up Jenama Althea

Buat mereka yang suka wajah berkilauan, bolehlah dapatkan sportlight eye glitter jenanam Althea ini, harga pun mampu milik. Boleh digunakan keatas semua jenis kulit.

  • Skin Relief Spot Film Gel

Althea, Althea Angels, Althea Korea, Althea MakeUp, Althea Makeup box, Beauty Produk, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea, Jenama Sendiri, Koleksi Makeup Althea, Rangkaian Make-Up Jenama Althea

Manakala Skin Relief pula bagus digunakan buat mereka yang ada masalah jerawat ataupun ada masalah kulit. Skin relief spot filem ini adalah formula revolusioner yang digunakan secara tipis pada kulit untuk melindungi kawasan tersebut serta membuat kulit wajah licin dan terlindung, membolehkan solekan diterapkan dengan sempurna.

BAHAN UTAMA

  • Minyak pokok teh – Mempunyai sifat antibakteria untuk merawat bintik-bintik jerawat
  • Ekstrak Centella asiatica – Menenangkan kemerahan dan menguatkan kulit
  • Ekstrak daun Pine – Kaya dengan antioksidan untuk memperbaiki dan menenangkan kerengsaan

Skin Relief Spot Film Gel ini merupakan cecair rawatan yang melegakan dan merawat dalam masa yang sama melindungi dari bahan pencemar luaran terkena pada kulit wajah. Gel ini digunakan sebelum mulakan makeup agar kulit wajah terlindung dari segala bahan makeup yang digunakan setiap hari.

Althea, Althea Angels, Althea Korea, Althea MakeUp, Althea Makeup box, Beauty Produk, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea, Jenama Sendiri, Koleksi Makeup Althea, Rangkaian Make-Up Jenama Althea

Macam mana dengan huraian saya? Alaaa..belum puashati lagi ke? Ok lah..kalau macam tu, anda nilaikan lah sendiri dengan menonton video saya menggunakan makeup Althea ini. Actually saya ni bukanlah pro sangat dalam bermakeup, just conteng-conteng sikit-sikit tu bolehlah, saya buat video ni pun sebab nak tunjuk pada anda semua kehebatan makeup ini dan color-color yang sebenar setelah dikenakan ke wajah.

Sebelum tu anda jangan lupa subscribe youtube saya terlebih dahulu. Bila dah subscribe barulah boleh tengok video penuh saya bermakeup di sana. Anda boleh subscribe dengan klik link ini >>https://www.youtube.com/HannyAbdullah<<

So apa macam? Best tak barangan yang ada dalam Althea Makeup Box ni?  Bagi saya memang saya suka dan puashati sangat dengan produk makeup terbaharu Althea ini. Semua dah maklum, barangan dari Korea memang terkenal dengan produk-produk kecantikan dan terbukti berkualiti dan selamat digunakan. Ianya juga sesuai digunakan untuk semua jenis kulit serta tidak memberi sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.

Jika anda mencari makeup yang terbaik dengan harga yang mampu milik, memang saya syorkan anda pilih makeup set jenama Althea ini. Pasti anda tidak akan menyesal!

Untuk keterangan lebih lanjut, anda juga boleh layari :

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM