10 Produk Dari Althea, Althea, Althea Korea, Harus Ada, Dalam Wishlist, Produk Terbaik Althea, Althea Christmas Wish List

Althea Christmas Wish List – 10 Produk Dari Althea Korea Harus Ada Dalam Wish list Anda

Pejam celik pejam celik kita dah nak sampai ke penghujung tahun, rasanya banyak lagi benda-benda yang belum tercapai dan masih berada dalam wishlist saya. Anda pula bagaimana? Semua Wishlist anda dah dapat ke belum?

Anda nak tahu ke apa yang ada dalam wishlist saya?  Wishlist saya biasa-biasa aje, orang perempuanlah katakan, so banyak le barangan kecantikan dan penjagaan wajah je yang ada dalam wishlist saya.

Disebabkan saya ni merupakan peminat dan pengguna barangan kecantikan dari Korea, makanya wishlist saya juga kebanyakkanya merupakan barangan dari Althea, dan kebetulan Althea ada tanya apa wish list saya untuk Christmas ni sebab diaorang nak bagi hadiah juga walau saya tak sambut Christmas..wahhh apa lagi, banyak lah wish list saya yang saya senaraikan..~hehee~

So sila-silalah tengok 10 jenis produk dari Althea Korea yang ada dalam Althea Christmas Wish List saya ni, mana tahu anda terberkenan pulak,,nanti boleh le beli sama-sama..hehehe.

Althea Christmas Wish List – 10 Produk Terbaik Dari Althea Yang Harus Ada

Actually banyak yang nak saya senaraikan di sini tapi tak apa lah..kita mulakan dengan 10 barang yang terpenting dan bagi saya amat bagus dan berguna untuk penjagaan kecantikkan kita seharian.

Ok jom tengok 10 produk dari Althea Korea yang harus ada dalam wishlist dan harus dimiliki antaranya adalah :

1. Althea Bare Essentials Set

Althea Bare Essentials Set, 10 Produk Dari Althea, Althea, Althea Korea, Harus Ada, Dalam Wishlist, Produk Terbaik Althea, Althea Christmas Wish List

Terus terang cakap, Althea Bare Essentials Set ini merupakan set penjagaan wajah yang telah saya gunakan dalam rutin penjagaan wajah saya sejak pertengahan tahun 2018 ini. Produk yang merangkumi pembersih wajah, toner dan juga pelembab ini memang telah menjadi produk kesayangan saya sekarang.

Apabila menggunakan Althea Bare Essentials ini, kulit wajah saya kelihatan lagi bersih, lembut, lembab, cerah dan gebu. Disebabkan produk ini merupakan produk yang selalu saya pakai dan dah nak abis pun, makanya ia merupakan produk pertama dalam senarai Althea Christmas Wish List saya.

2. Althea Milk Peel Cream Mask

Althea Milk Peel Cream Mask, 10 Produk Dari Althea, Althea, Althea Korea, Harus Ada, Dalam Wishlist, Produk Terbaik Althea, Althea Christmas Wish List

Dengan bekas yang comel serta mempunyai fungsi pump cukup menyenangkan penggunaan, kalau letak dalam beg pun dah tak payah risau kalau tertumpah. Apabila dipicit pump tersebut maka keluarlah krim yang menyerupai tanah liat yang lembut berwarna putih, tetapi apabila disapu kewajah ianya akan berubah menjadi bubble whippes yang halus.

Saya juga sudah mula menyukai Milk Cream Peel Mask ni. Selepas penggunaan wajah terasa tegang tapi tidak mengeringkan dan mengelupas. Merupakan antara wishlist saya juga ni..kalau boleh nak simpan untuk stok..hehehe.

3. Petal Velvet Set 

Petal Velvet Set, 10 Produk Dari Althea, Althea, Althea Korea, Harus Ada, Dalam Wishlist, Produk Terbaik Althea, Althea Christmas Wish List

Merupakan perisai kulit anda dari sinar matahari dan beri perlindungan petal dengan Althea’s Petal Velvet Sunaway. Mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA ++++, jadi kulit anda akan dilindungi sepanjang hari.

Produk yang sangat penting untuk melindungi kulit wajah. Memang saya perlukan pelindungan jika saya keluar ketika matahari panas terik. Untuk lebih lengkap dan untuk wajah kelihatan sempurna, ianya didatangkan sekali dengat Petal Velvet Powder yang mempunyai 3 warna pilihan.

4. Piolang 24K GOLD WRAPPING MASK (80ML)

Piolang 24K GOLD WRAPPING MASK, 10 Produk Dari Althea, Althea, Althea Korea, Harus Ada, Dalam Wishlist, Produk Terbaik Althea, Althea Christmas Wish List

Teringin betul saya nak mencuba mask ni. Bila baca review yang dah menggunakan produk ni buatkan saya lebih teruja untuk mencuba. Terasa juga nak berikan kulit saya rawatan diraja dengan pek dari Piolang ni.

Mengandungi 99% emas tulen untuk mengelupas sel kulit mati, mencerahkan dan meningkatkan keanjalan kulit, memberikan cahaya muda yang layak untuk seorang puteri. Memang awal-awal saya dah letakkan dalam wishlist saya.

5. BLACK KILL PORE CLEANER (30ML)

BLACK KILL PORE CLEANER, 10 Produk Dari Althea, Althea, Althea Korea, Harus Ada, Dalam Wishlist, Produk Terbaik Althea, Althea Christmas Wish List

Blackhead memang sesuatu yang sangat merungsingkan dan akan kelihatan jika kita tidak membuangnya. Nak pergi buat facial memang selalu tak ada masa, sebab tu bila lihat aje produk ini memang cepat-cepat saya masukkan dalam wishlist saya.

Harap saya dapat produk ni untuk menghilangkan blackhead yang sering singgah di sekitar hidung saya.

6. TIME FREEZE FACE FIT ROLLER

TIME FREEZE FACE FIT ROLLER, 10 Produk Dari Althea, Althea, Althea Korea, Harus Ada, Dalam Wishlist, Produk Terbaik Althea, Althea Christmas Wish List

Buat yang berusia macam saya ni, produk ni satu benda yang wajib ada. Sekurang-kurangnya membantu menggurangkan masalah kedutan yang ketara di wajah dan leher. Memang dah lama juga teringin dengan produk ni.

7. Laneige – WATER BANK EYE GEL_EX (25ML)

Laneige WATER BANK EYE GEL_EX, 10 Produk Dari Althea, Althea, Althea Korea, Harus Ada, Dalam Wishlist, Produk Terbaik Althea, Althea Christmas Wish List

Krim mata merupakan produk yang penting untuk penjagaan disekitaran mata kita. Saya yakin produk yang terbaik seperti Laneige Water Bank Eye Gel yang didatangkan dengan ekstrak bilberry berkhasiat mampu menjaga kawasan mata dan terhidrasi sementara ia mengurangkan bengkak di sekitar mata letih.

8. Nature Republic – ARGAN ESSENTIAL DEEP CARE SHAMPOO (300ML)

ARGAN ESSENTIAL DEEP CARE SHAMPOO, 10 Produk Dari Althea, Althea, Althea Korea, Harus Ada, Dalam Wishlist, Produk Terbaik Althea, Althea Christmas Wish List

Rambut juga merupakan aset yang penting buat kita semua, sebab itulah ada pepatah mengatakan “Rambut Merupakan Mahkota Wanita”.

Apa yang merisaukan saya bila rambut saya gugur banyak. Styling, perming, pewarna rambut sedah semestinya membuatkan rambut cepat rosak. Dengan bantuan Argan essential deep care shamppo yang mempunyai ekstrak minyak argan diharap dapat menyuburkan dan menguatkan rambut saya.

9. Etude House MOISTFULL COLLAGEN EMULSION (180ML)

Etude House MOISTFULL COLLAGEN EMULSION, 10 Produk Dari Althea, Althea, Althea Korea, Harus Ada, Dalam Wishlist, Produk Terbaik Althea, Althea Christmas Wish List

Kulit yang kering akan mencepatkan kesan penuaan. Wajah memerlukan pelembab  untuk menghidrat dan merapikan kulit dari dalam serta mengekalkan kelembapan untuk jumlah waktu yang lebih lama.

10. Chica-Y-Chico MATT CUSHION (15G)

Chica-Y-Chico MATT CUSHION, 10 Produk Dari Althea, Althea, Althea Korea, Harus Ada, Dalam Wishlist, Produk Terbaik Althea, Althea Christmas Wish List

Ok, yang terakhir sekali yang ada dalam Althea Christmas Wish List saya adalah Chica-Y-Chico’s Matt Fix Cushion. BB Cushion yang saya selalu pakai dah nak habis, jadi memang tunggu masa nak dapatkan penganti baru..hehehe.

Sesiapa yang kulit wajah cepat berminyak memang sesuailah dapatkan Chica-Y-Chico’s Matt Fix Cushion kerana ianya merupakan formula liputan tinggi dibuat dengan “serbuk minyak” yang menyerap sebum yang berlebihan dengan mudah, memastikan kulit anda kelihatan dan terasa segar walaupun pada hari-hari yang panas dan lembap.

Haa…macam mana dengan produk-produk dari Althea yang ada dalam Althea Christmas Wish List saya ni..berminat juga ke? Bagi saya  produk-produk dari Althea Korea ni memang tak pernah menghampakan dan terbukti sesuai dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

Untuk info lanjut, anda juga boleh layari website Althea di :

WEBSITE ALTHEA